Wednesday, February 13, 2008

Ummi, kakak ( 'Abidah 'Aqilah ) dan kak cik ( Nurfathiyyah ) . Foto diambil pada tahun 2007 di rumah sungai Udang. Rumah yang penuh dengan memori dan nostalgia kepada afrad muslim yang lahir dari tarbiyyah ....

Ummi , Muhammad Syamil dan Muhammad Nabil.
Foto diambil pada tahun 2007 di rumah Sungai Udang.

Foto ummi dan abang ( Umar Mukhtar ) diambil pada tahun
1992

Pemerkasaan Usrah Sebagai Wasilah Tarbiyyah

1.0 MUQADDIMAH

Beberapa persoalan:

- Adakah kita puas hati dengan tarbiyah kita? Perjalanannya? Hasil dan natijahnya?

- Sejauh mana kesan tarbiyah kita terhadap ahli dan pimpinan kita?

- Adakah gejala-gejala yang wujud dalam jama’ah adalah natijah dan hasil tarbiyah kita atau akibat dari kegagalan perlaksanaan tarbiyah kita di seluruh peringkat?

2.0 MUHASABAH

  1. Krisis keperibadian – ahli dan pimpinan
  2. Krisis sikap
  3. Krisis ukhuwwah

- Usrah mampu merubah, mengislah dan membentuk keperibadian,sikap dan ukhuwwah

3.0 CABARAN

- bersifat dalaman :

a. Ahli tidak minat - perlu kepada tawjihat dan gesaan dari jama’ah.

b.Nuqaba’ tidak bersedia

- tidak jelas tasawwur tarbiyah harakiyyah yang sebenar

- perlukan panjang masa untuk melihat hasil

- perlukan kesabaran dalam hadapi persoalan sedikit ahli dan tiada

peruntukan kewangan.

c. Nuqaba’ tidak mencukupi dan tidak kaya dengan seni dan

kemahiran pengendalian usrah.

d. Pengurusan usrah yang tidak cekap.

e. Tarbiyah tidak jadi agenda penting organisasi.

4.0 PEMERKASAAN

  1. Usrah sebagai organisasi kecil.
  2. Manhaj dipermudahkan
  3. Pengurusan masa usrah yang tidak membebankan.
  4. Penekanan unsur-unsur latihan terhadap :

- menepati masa

- ruhiyyah : qiyam, ma’thurat,solat nawafil dan solat jama’ah.

- latihan bercakap di sekitar nas Al Quran dan Al Hadith.

- usrah bermula dari qiyam.

e. Penekanan peranan usrah sebagai:

- wadah perkongsian ilmu,pengalaman dan perasaan.

- pembudayaan amar ma’ruf nahi mungkar dan nasihat

menasihati.

  1. Penekanan peranan naqib sebagai murabbi, pembimbing, pemimpin,

penasihat, kaunselor dan pemudahcara ( fasilitator ).

  1. Pemantauan dari organisasi secara berterusan.
  2. Orientasi kepada tugasan tarbiyah dan dakwah.
  3. Sentiasa utamakan ukhuwwah.

Wallahu a’lam.


Ukhuwwah Islamiyyah

UKHUWWAH ISLAMIYYAH

1.0 DEFINASI

1.1 Ukhuwah merupakan satu sinaran suci yang diserapkan Allah ke dalam hati hamba-hambaNya. Dengan jelas menunjukkan ukhuwah adalah suatu pemberian rabbani yang dialirkan Allah ke dalam hati-hati sanubari hamba-hambaNya.

1.2 Ukhuwah juga merupakan kekuatan iman seseorang yang melahirkan perasaan cinta yang mendalam terhadap sahabatdengan berlemah-lembut dan berkasih-sayang.

1.3 Ukhuwah juga adalah sifat mulazamah (sentiasa wujud) iman dimana tidak sempurna iman tanpa ukhuwah dan tiada ukhuwah tanpa iman, seperti tiada sedekah tanpa takwa dan tiada takwa tanpa sedekah.

2.0 CARA-CARA MENGHIDUPKAN RUH UKHUWAH

2.1 Melakukan segala benda yang menunjukkkan ia benar-benar mengasihinya seperti meanggil ia dengan nama yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang dibenci.

Firman Alllah yang bermaksud:-

“Jika kamu belanjakan apa yang di bumi seluruhnya sekalipun nescaya kamu sekali-kali tidak akan dapat dijinakkan di antara hati-hati mereka tetapi Allahlah yang menjinakkan antara hati-hati mereka”

2.2 Apabila berpisah, hendaklah sama-sama mendoakan keselamatan bagi saudaranya ketika ghaibnya.

2.3 Apabila bertemu, hendaklah memaniskan muka di dalam pertemuan itu.

2.4 Apabila bertemu, hendaklah bersegera (mendahulukan) berjabat tangan.

2.5 Hendaklah menziarahi saudara kamu dari masa ke semasa. Ziarah dengan melihat suasana hidup sahabat dari masa ke semasa peningkatan atau penurunan, susah atau senang dan selalu berbincang.

3.0 SYARAT-SYARATNYA

3.1 Hendaklah benar-benar ikhlas kerana Allah, ukhuwah bukan kerana kepentingan peribadi seperti hendakkan pangkat atau harta. Ukhuwah yang tidak ikhlas tidak kekal lama.

3.2 Hendaklah ukhuwah diikat dengan iman dan takwa.

3.3 Hendaklah ukhuwah itu menlazimi di atas manhaj Islam. Oleh itu :-

a) sama-sama menegakkan manhaj Islam (sistem hidup Islam)

b) sama-sama memahami hukum Allah dan kembali kepadanya dalam semua hal

Firman Allah yang bermaksud:-

“Wajiblah kasih sayangKu bagi orang yang berkasih sayang keranaKu dan sering berbincang keranaKu dan berbalas-balas keranaKu”

c) hendaklah benar-benar beriltizam dengan Islam (tidak pura-pura)

d) menghidupkan suasana ingat-mengingati di atas dasar keimanan dan bukan kerana hawa nafsu

e) sama-sama beramal soleh, berpesan dengan kebenaran dan kesabaran

f) beriltizam dengan manaj Al-Quran

g) benar-benar menjadi seorang khalil

3.4 Hendaklah ukhuwah itu didasarakn kepada tolong-menolong semasa senag dan susah (senyum dan nangis bersama).

4.0 HAK-HAK UKHUWAH FILLAH

4.1 Hak jemaah yang kita tinggalkan kepada seluruh manusia yang mengaku beriman kepada Allah SWT iaitu :-

a) memberi salam ketika bertemu

b) menjawab salam

c) menziarahinya ketika sakit

d) mengiringi jenazahnya hingga ke kubur

e) memenuhi jemputan

f) mengucapkan doa ketika bertahmid sesudah bersin

g) baik di dalam pembahagiannya

h) menolongnya ketika dizalimi

i) sentiasa memberi nasihat kepadanya

j) menyelesaikan masalahnya

k) menolongnya memberi kesenangan di dalam kesusahan

l) menutup keaibannya

m) menjauhi dari menghinanya, memarahinya, membuat zalim, dan menyakitinya

4.2 Hak Khassah – iaitu yang kita tunaikan kepada seluruh saudara kita yang sama-sama berjuang di dalam satu saf.

4.3 Haram meninggalkan sahabat lebih daripada 3 hari jika kerana sebab-sebab peribadi. Tetapi jika sebab jemaah menjadi wajib.

4.4 Berkelakuan baik dengan sahabat dalam semua keadaan dan sentiasa mempertahankan sahabat dalam semua hl. Kalau orang mengumpat sahabat belalah ia walaupun umpatan itu benar dan rahsiakan darinya.


Sabda Rasulullah SAW :-

“Tidak halal bagi seseorang muslim meninggalkan saudaranya selama 3 hari”.

Sabda Rasulullah SAW :-

“Dan Allah akan menolong hambaNya selagi hamba itu menolong saudaranya”.

Tazkiyah An Nafs Dalam Gerakan Islam


1.0 Misi kebangkitan Ar Rasul SAW:

a. Mendakwahkan ayat-ayat Allah Ta’ala

b. Menyucikan jiwa

c. Mengajarkan ilmu Al Quran dan As Sunnah

2.0 Misi tazkiyyah an nafs merujuk kepada penyucian jiwa manusia dari syirik,kufur,nifaq dan segala caabang-cabangnya. AN NAFS membawa pengertian `diri manusia’ yang merangkumi ruh, aqal, hati dan nafsu manusia. `Diri manusia’ pada asalnya berada di dalam keadaan fithrah tetapi hanyut dalam kelalaian dan penyelewengan apabila berinteraksi dengan alam asbab iaitu selepas lahir ke dunia. Maka Islam datang untuk mengembalikan `diri manusia’ kepada fithrahnya yang asal.

3.0 Dalam konteks gerakan Islam, tazkiyyah an nafs berperanan untuk meletakkan ahli-ahlinya:

a. Bersih jiwa ( mukhlisin ) supaya pembentukan peribadi mujahid terbina di atas maqam keikhlasan.


“Dialah ( Allah ) yang mengutuskan kepada umat yang ummi ( arab ) seorang rasul di antara mereka , yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, dan menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu dalam kesesatan yang nyata.Dan (kepada umt) yang lain di antara mereka yang belum berhubungan dengan mereka ( iaitu orang ajam) Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” - Al Jummu’ah : 2-3

`Tiadalah anak yang baru lahir melainkan dilahirkan dalam keadaan fithrah. Maka kedua ibubapanyalah yang akan menjadikan ia yahudi atau nasrani atau majusi’

- Al Hadith

“Maka luruskanlah (hadapkanlah) mukamu ke arah agama , serta condong kepadanya. Itulah agama( fithrah ) Allah yang yang dijadikan manusia sesuai dengannya. Tiadalah bertukar perbuatan Allah. Itulah agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Hendaklah kamu kembali ( taubat) kepadaNya, dan takutlah kepadaNya dan dirikanlah solat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang musyrik.”

- Ar Rum 30-31

“Dan mereka tidak disuruh melainkan supaya menyembah Allah, serta mengikhlaskan agama bagiNya ( beribadat dan mengharapkan redhaNya), sambil cenderung kepada tauhid,dan supaya mereka mendirikan solat dan memberikan zakat dan itulah agama yang lurus” - Al Bayyinah 5

b. Mempunyai keteguhan iman ketahanan diri di dalam berdepan dengan mehnah dan tribulasi.

c. Mempunyai kecintaan yang tinggi kepada Allah dan Rasul serta kehidupan akhirat.

4.0 Rukun dan wasilah tazkiyyah an nafs :

4.1 Rukun

a. Al Ilmu ( )

b. At Takhali ( )

c. At Tahalli ( )

d. Al Mujahadah( )

4.2 Wasilah

a. Taubat

b. Isti’anah dan isti’azah

c. Ibadah khususi

d. Zikrullah

e. Aurad Yaumi

5.0 Tazkiyyah An Nafs mestilah menjadi rutin hidup yng berterusan kepada ahli-ahli gerakan Islam tanpa rasa jemu dan penat. Ini disebabkan:

5.1 Tugas dan tanggungjawab dakwah dan jihad yang berat.

5.2 Medan amal yang penuh dengan mehnah dan tribulasi

5.3 Penghalang dan perosak amalan banyak mencabar perjalanan da’ie

5.4 Cita-cita merebut maqam syuhada’ dan mardhatillah

6.0 Wallahu a’lam.

“Dia yang menurunkan ketenangan ke dalam hati-hati orng-orang yng beriman supaya bertambah keimanannya bersama iman ( yang telah sedia ada)…….” - Al Fath 4

`Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah Allah dan RasulNya lebih dikasihi dari segalanya.’

- Al Hadith

Tips amalan:

1.`Apa yang tidak dapat diamal semua jangan ditinggal semua.’

2.`Sedikit yang berterusan lebih baik dari banyak yang terputus-putus.’

3.`Mudahkan jangan sukarkan.’

4.`Sesungguhnya Allah sukakan seorang yang bila beramal dia lakukan sebaik-baiknya.’

“Sesungguhnya Kami akan meletakkan perkataan yang berat ke atas engkau” – Al Muzzammil 5

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam (menyembah) Kami, nescaya Kami tunjuki mereka ke Jalan Kami……” - Ar Rum 39

“Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada hawa nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempat diamnya.” - An Naazi’at 40-41

`Ya Allah berilah diriku ketaqwaan dan kesucian Engkaulah sebaik-baik yang menyucikannya Engkaulah wali dan tuan empunya diriku ini.’ - Al Hadith