Wednesday, February 18, 2009

TAKWIN : Marhalah Pembinaan

Takwin ialah marhalah yang lebih khusus dari ta’arif. Ahli di peringkat ini telah memiliki asas ilmu dan fikrah, asas syakhsiah dan asas iltizam . Mereka adalah ahli yang telah berbai’ah. Di awal marhalah, mereka berada di aras kefahaman dan penghayatan. Mereka mestilah diproses ke arah aras keyakinan.

Oleh itu, di peringkat ini adalah menjadi objektif usrah khususnya :

1. Memperteguh dan memperkayakan bidang ilmu dan fikrah
2. Memperhaluskan aspek-aspek syakhsiah khususnya ibadah dan adab
3. Meletakkan mereka berperanan untuk memperkembangkan bakat dan keistimewaan mereka.

Untuk mencapai objektif-objektif tersebut:
1. Para nuqaba mestilah membantu ahli dengan menyusun jadual pengajian (subjek dan majlis pengajian) dan senarai pembacaan.
2. Merancang pertemuan-pertemuan tidak formal di luar liqa usrah dalam mengeratkan ukhuwwah dan memperhalusi kefahaman melalui qudwah yang baik. Contohnya solat berjamaah, wirid al ma’thurat bersama, makan bersama, rehlah untuk tujuan riyadhah, ziarah keluarga ahli di waktu cuti dan sebagainya.
3. Aspek ruhiy wajib dipertekankan. Qiyamulail, al ma’thurat dan tilawah Al Quran mestilah sentiasa diaudit.
4. Mencadang dan memantau penglibatan ahli dalam tanzim proksi atau dalam kerja-kerja jamaah
5. Membantu ahli-ahli menyusun penggunaan waktu untuk akademik dan kerja-kerja jama’iy.

Dalam liqa usrah :
1. Ahli mestilah dicadangkan objektif-objektif yang mesti diusahakan seperti hafazan, penguasaan ilmu, sifat dan sikap yang perlu ada, sifat dan sikap yang perlu dijauhi.
2. Ahli mestilah diberikan keluasan memberi pandangan.
3. Jika berlaku salah faham, naqib mestilah mengambil jalan tengah dan berusaha membentuk sikap berlapang dada di kalangan ahli.
4. Jadikan liqa wadah perkongsian ilmu,fikrah,idea,pengalaman,kemahiran dan perasaan. Semua ahli mesti digerakkan samada bertanya,ditanya,berkongsi atau membentang.
5. Latihan mempengerusikan usrah, pembentangan tajuk, isu dan tazkirah mesti disusun oleh naqib.
6. Naqib mengulas dan menyimpul keseluruhan liqa dan update info jamaah kepada ahli-ahli usrah.
7. Sentuhan ruhiy mestilah dibuat oleh naqib seawal qiyamullail dan robithah di awal hari usrah.

Wallahu a’lam......ABi

Apabila MULHIM Membisikkan Keyakinan…….

Pernah satu pagi, Abi tertidor sebentar…ketika itu belum Solat Dhuha lagi. Tiba-tiba terjaga dan seluruh ingatan dan perasaan Abi tertumpu kepada satu perkara iaitu MATI. Seolah-olahnya sesak nafas ketika ruh ditarik keluar dapat Abi rasai. Ingatan melayang kepada sahabat-sahabat Abi yang telah menemui Allah Ta’ala. Bagaimana agaknya mereka di alam barzakh. Perasaan ketakutan, sesak dan rimas dalam ruang kubur yang sempit tiba-tiba menyelinap dalam dada Abi.

Lantas Abi ambil wudhuk..Solat Dhuha..berdoa…dan cuba meneruskan hidup seperti biasa. Namun perasaan terhadap MATI masih terus menyelubungi.

Sehinggalah satu ketika…ketika berbaring-baring , Abi tiba-tiba ‘diperingatkan’ dengan sepotong kalam Allah yang amat mempersonakan..melapangkan dada..dan menghilangkan sesak dada Abi…

“Ingatlah ..Sesungguhnya para awliya’ Allah ..tiada ketakutan ke atas mereka..dan tiadalah mereka merasa sedih..”( Yunus :62)

“Sesungguhnya orang-orang yang berkata ‘Tuhan kami ialah Allah’,kemudian mereka beristiqamah..turun ke atas mereka malaikat (yang berkata)..`Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih, dan bergembiralah kamu dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu’..(Fussilat :30)

Tiba-tiba ketenangan ..kegembiraan..menyapu perasaan Abi..dan lapang dada Abi…Subnallah! Apakah itu bisikan dari MULHIM..bisikan yang menyerikan keyakinan terhadap jalan perjuangan yang sedang dilalui ini..

ABi