Wednesday, February 13, 2008

Ukhuwwah Islamiyyah

UKHUWWAH ISLAMIYYAH

1.0 DEFINASI

1.1 Ukhuwah merupakan satu sinaran suci yang diserapkan Allah ke dalam hati hamba-hambaNya. Dengan jelas menunjukkan ukhuwah adalah suatu pemberian rabbani yang dialirkan Allah ke dalam hati-hati sanubari hamba-hambaNya.

1.2 Ukhuwah juga merupakan kekuatan iman seseorang yang melahirkan perasaan cinta yang mendalam terhadap sahabatdengan berlemah-lembut dan berkasih-sayang.

1.3 Ukhuwah juga adalah sifat mulazamah (sentiasa wujud) iman dimana tidak sempurna iman tanpa ukhuwah dan tiada ukhuwah tanpa iman, seperti tiada sedekah tanpa takwa dan tiada takwa tanpa sedekah.

2.0 CARA-CARA MENGHIDUPKAN RUH UKHUWAH

2.1 Melakukan segala benda yang menunjukkkan ia benar-benar mengasihinya seperti meanggil ia dengan nama yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang dibenci.

Firman Alllah yang bermaksud:-

“Jika kamu belanjakan apa yang di bumi seluruhnya sekalipun nescaya kamu sekali-kali tidak akan dapat dijinakkan di antara hati-hati mereka tetapi Allahlah yang menjinakkan antara hati-hati mereka”

2.2 Apabila berpisah, hendaklah sama-sama mendoakan keselamatan bagi saudaranya ketika ghaibnya.

2.3 Apabila bertemu, hendaklah memaniskan muka di dalam pertemuan itu.

2.4 Apabila bertemu, hendaklah bersegera (mendahulukan) berjabat tangan.

2.5 Hendaklah menziarahi saudara kamu dari masa ke semasa. Ziarah dengan melihat suasana hidup sahabat dari masa ke semasa peningkatan atau penurunan, susah atau senang dan selalu berbincang.

3.0 SYARAT-SYARATNYA

3.1 Hendaklah benar-benar ikhlas kerana Allah, ukhuwah bukan kerana kepentingan peribadi seperti hendakkan pangkat atau harta. Ukhuwah yang tidak ikhlas tidak kekal lama.

3.2 Hendaklah ukhuwah diikat dengan iman dan takwa.

3.3 Hendaklah ukhuwah itu menlazimi di atas manhaj Islam. Oleh itu :-

a) sama-sama menegakkan manhaj Islam (sistem hidup Islam)

b) sama-sama memahami hukum Allah dan kembali kepadanya dalam semua hal

Firman Allah yang bermaksud:-

“Wajiblah kasih sayangKu bagi orang yang berkasih sayang keranaKu dan sering berbincang keranaKu dan berbalas-balas keranaKu”

c) hendaklah benar-benar beriltizam dengan Islam (tidak pura-pura)

d) menghidupkan suasana ingat-mengingati di atas dasar keimanan dan bukan kerana hawa nafsu

e) sama-sama beramal soleh, berpesan dengan kebenaran dan kesabaran

f) beriltizam dengan manaj Al-Quran

g) benar-benar menjadi seorang khalil

3.4 Hendaklah ukhuwah itu didasarakn kepada tolong-menolong semasa senag dan susah (senyum dan nangis bersama).

4.0 HAK-HAK UKHUWAH FILLAH

4.1 Hak jemaah yang kita tinggalkan kepada seluruh manusia yang mengaku beriman kepada Allah SWT iaitu :-

a) memberi salam ketika bertemu

b) menjawab salam

c) menziarahinya ketika sakit

d) mengiringi jenazahnya hingga ke kubur

e) memenuhi jemputan

f) mengucapkan doa ketika bertahmid sesudah bersin

g) baik di dalam pembahagiannya

h) menolongnya ketika dizalimi

i) sentiasa memberi nasihat kepadanya

j) menyelesaikan masalahnya

k) menolongnya memberi kesenangan di dalam kesusahan

l) menutup keaibannya

m) menjauhi dari menghinanya, memarahinya, membuat zalim, dan menyakitinya

4.2 Hak Khassah – iaitu yang kita tunaikan kepada seluruh saudara kita yang sama-sama berjuang di dalam satu saf.

4.3 Haram meninggalkan sahabat lebih daripada 3 hari jika kerana sebab-sebab peribadi. Tetapi jika sebab jemaah menjadi wajib.

4.4 Berkelakuan baik dengan sahabat dalam semua keadaan dan sentiasa mempertahankan sahabat dalam semua hl. Kalau orang mengumpat sahabat belalah ia walaupun umpatan itu benar dan rahsiakan darinya.


Sabda Rasulullah SAW :-

“Tidak halal bagi seseorang muslim meninggalkan saudaranya selama 3 hari”.

Sabda Rasulullah SAW :-

“Dan Allah akan menolong hambaNya selagi hamba itu menolong saudaranya”.

2 comments:

tsu0314 said...

cmne kalo sorng sahabat itu kta xdpt hbungi disbbkn mslh prhubungan ...mcm x tmpat dia tu xbleh gne hp?

alfaqir said...

Guna surat le..poslaju ke..@ kene cari masa gi ziarah

ABi