Wednesday, October 29, 2008

KECELARUAN TENTANG USRAH

Ada orang berpandangan:

1. Usrah perlu diubah supaya sesuai dengan hala tuju jamaah selepas PRU 12
2. Usrah dah tidak relevan
3. Usrah tidak perlu formal..cukuplah cakap-cakap kat kedai makan, tepi padang bola dan sebagainya
4. Kena ganti usrah dengan pendekatan tarbiyyah yang lain…

Abi menjawab:
1. Apa yang perlu diubah? Rukun-rukunnya…silibus..metodolgi..atau apa? Sebenarnya usrah selama ini suddah cukup flexible untuk dilaksanakan menurut kesesuaian peringkat dan marhalah. Sekadar adjustment je. Sekadar kata kena ubah tapi tiada alternative pun tidak bagus jugak..
2. Konsep usrah ni bukan As Syahid Hassan Al Banna perkenalkan..tapi Sirah Ar Rasul menunjukkan Nabi SAW telah memulakannya sejak di Rumah Arqam Abi Arqam lagi. As Syahid sekadar mentajdidnya. Jadi tidak mungkin ianya tidak relevan dalam keadaan kita sendiri sedang meneruskan jejak perjuangan Nabi SAW.
3. Memang usrah kalau dilihat dari sudut sebuah kehidupan di mana-mana pun boleh buat usrah. Usrah kan keluarga. Namun sebuah keluarga ada pertemuan-pertemuan resminya..masa makan bersama-sama..solat berjamaah..pertemuan masa hari raya dan sebagainya..jadi takkan lah sekadar sembang-sembang tepi jalan boleh melahirkan fardul muslim..kena ada gak pertemuan yang resmi dan biarlah teratur sikit. Bukankah As Sof telah mengajar kita ( maksud ayat ): `Sesungguhnya Allah kasih orang-orang yang berjuang pada jalanNya dalam keadaan satu sof seolah-olah mereka tembok yang tersusun rapi’.....Maksudnya usrah kena ada sistem gak...
4. Nak buat apa ganti kalau yang usrah la ni pun... yang simple dan flexible pun, kita tak buat-buat gak lagi...

Monday, October 13, 2008

GARIS PANDUAN REKRUTMEN QIYADI

Alhamdulillah…satu GARIS PANDUAN REKRUTMEN QIYADI untuk kader-kader telah dapat dihasilkan. Jika berminat hubungi ABi…

ABUkum filLah

TSAQAFAH DAN MUWASOFAT NUQABA'

Penguasaan nuqaba' terhadap cabang ilmu yang menjadi latar belakang dakwah dan tarbiyyah merupakan satu perkara yang amat penting dan menjadi landasan utama kepercayaan anggota usrah terhadap naqib mereka.

Para nuqaba mesti mengetahui dan meyakini bahawa apabila saf pimpinan memberikan tanggungjawab kepada mereka untuk mengetuai usrah, hal itu merupakan satu kepercayaan yang besar. Oleh itu mereka hendaklah memiliki keyakinan diri dan tidak teragak-agak untuk melaksanakan tanggungjawab itu.

Untuk itu mereka mesti mempunyai kekuatan tsaqafah dan keperibadian. Mereka mesti tidak boleh dikalahkan oleh tekanan keilmuan yang cetek, lantaran mereka sebenarnya telah memiliki ilmu. Mereka mesti menyedari bahawa bidang pengajian dan takhassus mereka sebenarnya boleh diolah untuk manfaat usrah dan dakwah. Oleh itu, mereka hendaklah mempelajari kemahiran dan teknik memanfaatkan kepakaran dalam bidang pengajian untuk kepentingan dakwah mereka.

TSAQAFAH NUQABA'

Berikut disenaraikan beberapa rujukan bagi membantu mengatasi masalah ketidakyakinan kepada diri sendiri untuk mengendalikan usrah.

Al-Qur'an ... Naqib hendaklah tahu bacaan al-Qur'an yang betul. Mereka hendaklah mengetahui hukum tajwid yang minimum. Mereka sendiri hendaklah khatam al-Qur'an sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Tafsir al-Qur'an ... Naqib hendaklah mengetahui asas penghantar kepada al-Qur'an. Mereka bolehlah merujuk kepada buku Kunci Mengenal al-Qur'an tulisan Zulkifli Hj.Yusoff.
Mereka juga perlu merujuk buku-buku tafsir yang lengkap huraiannya terhadap isi al- Qur'an. Buku yang dicadangkan ialah Tafsir Al-Azhar oleh Allahyarham Hamka atau buku Abr Al-Athir karangan Ustaz Ahmad Sonhadji.

Al-Hadith ...Setidak-tidaknya mempelajari kitab Hadith 40. Naqib perlu mengetahui maklumat yang minimum tentang pengantar kepada ilmu al-hadith. Buku yang boleh dirujuk ialah Pengantar Ulum al-Hadith oleh Dr. Subhi Salih. Cuba merujuk setiap hadith kepada setiap kitab muktabar seperti Sunan Sittah. Kebanyakan buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.

Sirah Nabawi ... Naqib dapat meujuk Fiqh As-Sirah oleh Said Ramadhan al-Buti atau Fiqh Harakah oleh Abdul Hadi Awang. Juga buku terbaru TG Niks Abdul Aziz tentang Rasulullah SAW.

Aqidah ... Elakkan diri daripada membincangkan aspek akidah seperti ilmu kalam dan falsafah secara mendalam. Sebaliknya firqah-firqah atau mazhab dalam Islam hendaklah mereka ketahui.
Mereka boleh membuat rujukan kepada buku Aqidah Islamiyyah oleh Sayyid Sabiq atau buku Muqaddimah Aqidah Mukmin oleh Abdul Hadi Awang dan siri kitab-kitab aqidah ( Beriman..) yang ditulis oleh beliau.

Fiqh ... Mengetahui asas tarikh perkembangan hukum dalam Islam dan juga pengantar kepada ilmu fiqh. Sejarah Pembinaan Hukum oleh Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid boleh dijadikan bacaan Secara berterusan mempelajari kitab-kitab fiqh yang muktabar.

Tazkirah dan tazkiyyah an nafs ... Boleh rujuk kepada siri buku karangan Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti Tazkiyyah Jiwa dan Nafsu, Air Mata di Mahsyar dan Mati: Satu Peringatan. Juga kitab Bidayatul Hidayah ( al Ghazali ).

Pembacaan terhadap sumber-sumber fiqh harakah merangkumi fiqh dakwah, fiqh tarbiyyah dan fiqh jihad dan siyasah mestilah dilakukan oleh para nuqaba.

Secara berterusan para nuqaba mestilah juga membaca akhbar harakah dan juga perkembangan politik semasa dari blog-blog yang tsiqah.

Apa-apa yang dinyatakan di atas merupakan sumber minimum yang seharusnya dikuasai oleh para nuqaba' bagi melancarkan perjalanan usrah mereka. Pada masa yang sama, mereka hendaklah memiliki penguasaan dalam bidang ilmu dan alat yang lain seperti kenderaan dan ICT.

MUWASOFAT (CIRI-CIRI) NUQABA’

1. Mempunyai kadar minima tsaqafah nuqaba dan sentiasa mempertingkatkannya.
2. Memiliki keperibadian(syakhsiyyah) nuqaba' dan boleh menjadi qudwah yang baik.
- ibadah fardi
- akhlaq dan keterampilan
- public relationship (PR) yang baik
- interpersonal skill
3. Ada kemahiran tarbawiyah dan da'wiyyah:
- usul dan tarkiz tarbawiyyah
- usul dakwah
- isti'ab dakwah
- pengendalian usrah berkesan
4. Ada kemahiran qiyadiyyah.
- menguasai ahli dengan wahdatul fikr dan amal
5. Ada kemahiran jama'iyyah.
- amal jama’iy
- amal ijtima’iy
6. Ada kemahiran tanzimiyyah.
- pengurusan organisasi

Kelihatannya begitu sukar untuk mencari nuqaba’ yang memiliki ciri-ciri di atas. Namun itulah hakikat yang perlu dimengerti oleh mereka. Justeru itu, rekrumen nuqaba adalah satu ‘core business’ yang perlu diambil berat oleh jamaah.

Wallahu a’lam.