Monday, November 12, 2012

KETERUJAAN PARA MUSLIMAT UNTUK MULIA DI SISI ALLAH TA'ALA


Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW, " Kenapa golongan lelaki sahaja disebut di dalam Al Quran dan golongan wanita tidak disebut..". Maka Allah Ta'ala menurunkan ayat ini....

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّـهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّـهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴿٣٥
الأحزاب : 35

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.


Golongan muslimat juga tidak ketinggalan untuk berbai'ah dengan bai'ah yang khusus yang terkenal sebagai Bai'atun Nisaa..sebagaimana dirakam dalam surah Al Mumtahanah  : 12 

                                               
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ عَلَىٰ أَن لَّا يُشْرِكْنَ بِاللَّـهِ شَيْئًا وَلَا يَسْرِقْنَ وَلَا يَزْنِينَ وَلَا يَقْتُلْنَ أَوْلَادَهُنَّ وَلَا يَأْتِينَ بِبُهْتَانٍ يَفْتَرِينَهُ بَيْنَ أَيْدِيهِنَّ وَأَرْجُلِهِنَّ وَلَا يَعْصِينَكَ فِي مَعْرُوفٍ ۙفَبَايِعْهُنَّ وَاسْتَغْفِرْ لَهُنَّ اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿١٢

Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, - maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah 
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Maka tidak sewajarnya para muslimat tidak berada di medan jihad bersama golongan muslimin...

Nusaibah bt Ka’ab Al Ansari Serikandi Bai’ah


Nusaibah merupakan salah seorang daripada serikandi Islam dan merupakan pejuang Muslimah Islam yang pertama. Dia turut serta dalam Perjanjian (Bai’ah Aqabah Ke dua ), Perang Uhud, Bai’ah Ridhwan dan Perjanjian  Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah (menentang golongan murtad )
Nusaibah di Bai’ah Aqabah Kedua ( Tsaniah )
Nusaibah adalah salah seorang wanita yang telah turut serta bergabung dengan 73 orang lelaki Ansar yang ingin berbai’ah kepada Rasulullah SAW. Dalam bai’ah Aqabah yang kedua itu, dia bersama dengan suaminya Zaid Bin Ahsim dan dua orang puteranya Hubaib (yang telah dibunuh oleh Musailamah setelah itu) dan Abdullah (perawi hadith wuduk) telah membuat janji setia kepada Rasulullah S.A.W. Sedangkan wanita yang seorang lagi adalah saudaranya. Ummu Umarah merupakan seorang wanita yang berani, pandai menjaga harga diri, jujur dan rajin. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah sendiri ketika dia membuat bai’ah. Baginda bersabda maksudnya : ” Janganlah mengalirkan darah dengan sia-sia.”

Nusaibah di Perang Uhud

Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi 
Rasulullah dari dikejar musuh.

Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang di hadapanku.” Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. 

Rasulullah yang melihat peristiwa itu merasa terharu. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” kata Rasulullah kepadanya. Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah.

Kemudian, Nusaibah dengan bantuan beberapa tentera Muslimin berjaya membunuh orang itu. Melihatkan keadaan ini, Rasulullah berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah menenangkanmu dan menggembirakan hatimu daripada musuhmu serta memperlihatkan balas dendammu dihadapanmu.”

Ketika Perang Uhud ini, Nusaibah mengalami luka yang banyak, terutamanya di bahagian bahu. Rasulullah memeriksa lukanya lalu meminta Abdullah, anaknya untuk mengikat luka tersebut sambil berkata, “Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kamu semua.”

Nusaibah mendengar kata-kata Rasulullah itu. “Ya Rasulullah! Mohonlah kepada Allah agar kami boleh menemanimu di syurga nanti,” kata Nusaibah. Maka Rasulullah pun berdoa, “Ya Allah! Jadikanlah mereka semua ini penemanku di syurga kelak.” “Aku tidak akan mengeluh setiap musibah yang menimpa diriku di dunia ini,” kata Nusaibah sebagai membalas.

PRODUK REKRUTMEN BAI'AH...


Riwayat yang disampaikan oleh Muhammad bin Ka’ab al Qurazhi: Abdullah bin Rawahah radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Rasulullah SAW pada malam Aqabah Tsaniah (kubro): “Kemukakanlah syarat untuk Tuhanmu dan untuk dirimu sesukamu.” Nabi SAW  bersabda: “Aku mengemukakan syarat untuk Tuhanku, hendaklah kamu semua menyembahNya dan tidak mempersekutukanNya dengan sesuatupun; dan aku mengemukakan syarat untuk diriku hendaklah kamu memberikan pembelaan terhadap diriku sebagaimana kalian memberikan pembelaan terhadap diri dan harta kamu.” Abdullah bin Rawahah bertanya:”Apa yang kami peroleh jika kami melakukan hal itu?” Nabi SAW menjawab: “syurga”. Mereka berkata:”perdagangan yang menguntungkan. Kami tidak akan membatalkannya dan meminta pembatalan.”

Maka turunlah ayat At taubah : 111-112




إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚيُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّـهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿١١١


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.




التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّـهِ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ ﴿١١٢

(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah 
orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).

Inilah produk yang mesti keluar dari rekrutmen bai'ah...







Sunday, November 04, 2012

5 Asas Mengenali HATI (sambungan)...

Asas yang ke empat ( mengenali HATI ) :

..sesungguhnya HATI adalah satu perbendaharaan bagi segala permata bagi diri manusia yang bernilai, dan segala arti kemuliaan dan kebesaran..

yang pertama iaitu AQAL dan kemuncak kemuliaan ialah MAKRIFATULLAH, yang mana ianya menjadi sebab kepada kebahagiaan dua dunia iaitu DUNIA dan AKHIRAT...

yang kedua iaitu BASIROH ( mata hati yang mempunyai kekuatan
cahaya Allah untuk melihat hakikat kebenaran ) yang dengannya seorang hamba itu mendapat kedudukan yang tinggi serta harga dan kemuliaan di sisi Allah azz wa Jalla....

yang ke tiga iaitu NIAT YANG IKHLAS pada ketaatan yang bergantung padanya pahala yang berpanjangan ...

yang ke empat iaitu SEGALA CABANG ILMU DAN HIKMAH yang menjadi kemuliaan hamba dan segala akhlaq peri laku yang mulia...

yang ke lima iaitu SEGALA SIFAT MAHMUDAH ( yang terpuji ) seperti taubat, syukur, zuhud, khauf dan raja'....





Asas yang ke lima ( mengenal HATI ) menurut Imam Ghazali :



...jika direnung hal keadaan HATI maka ada 5 ehwalnya :



1. Hati tempat malaikat turunkan ILHAM..manakala syaitan menurunkan was-wasnya...



2. Banyak perkara yang membimbangkan HATI ..seperti HATI jadi medan peperangan antara tentera hawa nafsu dengan tentera aqal yang perlukan kawalan dan tidak boleh dilalaikan...



3. Banyak khawathir yang m
elintangi HATI..bagaikan anak panah yang jatuh padanya, bagaikan hujan yang turun padanya siang dan malam..



4. Banyak pula penyakit-penyakitnya namun penawarnya amat payah kerana HATI tak dapat dilihat,..maka perlukan penilaian berpanjangan, halus tilikannya dan perlukan banyak riyadhah iaitu latihan dan pengajarannya..



5. Kebinasaan HATI pula terlalu cepat, kegelinciran lebih cepat dari kuali yang penuh dengan minyak yang menggelegak...'Tidak dinamakan HATI melainkan kerana mudahnya ia berbolak balik'...





Wallahu a'lam....