Sunday, August 09, 2015

ISTIQAMAH DALAM KEHIDUPAN SEORANG HAMBA





Dari sudut bahasa, istiqamah bererti :

1. Berdiri tegak lurus serta menjulang ke atas.
2. Tetap dan tidak berubah
3. Berterusan iaitu terus menerus.

Jika dikaitkan dengan surat Fusshilat ayat 30 :

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ ﴿٣٠

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu".

Fussilat : 30
Istiqamah pada ayat tersebut bermakna keteguhan seseorang untuk meletakkan dirinya berpegang teguh kepada keimanannya. 

Di dalam beberapa tafsir yang masyhur juga akan kita dapatkan keterangan-keterangan yang menerangkan makna istiqamah yang terdapat dalam surat Fussilat ayat 30-32 :

Tafsir Ibnu Katsir :
1. اخلصوا العمل لله بطاعة الله تعالى على ما شرع الله لهم 
Mengikhlaskan amalan kerana Allah dengan mentaati Allah ta'ala atas segala apa yang disyariatkan ke atas mereka.

2. قد قالها ناس ثم كفر اكثرهم,ومن قالها حتى يموت فقد استقم عليها
(Rasulullah SAW membaca ayat ini lalu bersabda )" Sesungguhnya manusia mengatakannya kemudian kebanyakan mereka mengkufurinya. Barangsiapa mengatakannya sehinggalah mati maka sesungguhnya dia telah beritiqamah atasnya ".

3. هم الذين لم يشركوا بالله شيئا
Merekalah orang-orang yang tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
4. على شهادة الله تعالى
( istiqamah tetap) atas persaksian pada Allah ta'ala.

5. استقاموا على أداء فرائضه
Mereka istiqamah tetap atas menunaikan kewajipan-kewajipanNya.


Tafsir Al Maraghi :
1. ثبتوا على الاقرار ولم يرجعوا الى الشرك
Mereka tetap atas pengakuan tauhid dan tidak kembali kepada syirik

2. الاعتدال فى الطاعة اعتقادا وقولا وفعلا مع الدوام على ذلك 
Tetap lurus di dalam ketaatan baik secara pegangan keyakinan, perkataan, maupun perbuatan diiringi dengan berterusan atas yang demikian itu.


Tafsir Fi Zilalil Quran :

والاستقامة على قول : «ربنا الله» . الاستقامة عليها يحقها وحقيقتها. الاستقامة عليها شعورا في الضمير، وسلوكا في الحياة. الاستقامة عليها والصبر على تكاليفها. أمر ولا شك كبير. وعسير. ومن ثم يستحق عند الله هذا الإنعام الكبير

Sikap beristiqamah atas aqidah tauhid  " Tuhan kami ialah Allah ". Istiqamah atas tugas dan hakikatnya sebenar.. Dalam hati dan perasaan..dan dalam perilaku kehidupan..bersabar dalam memikul tugas-tugasnya adalah satu urusan yang besar dan sukar. Oleh itulah ia berhak mendapat kurniaan yang besar dari sisi Allah ta'ala..

Dari tafsir-tafsir tersebut, pengertian yang dilihat lebih sempurna dan lengkap dibandingkan yang lainnya iaitu :
الاعتدال فى الطاعة اعتقادا وقولا وفعلا مع الدوام على ذلك 

“Tetap lurus di dalam ketaatan baik secara keyakinan, perkataan, maupun perangai diiringi dengan berterusan ".
 " 

Dari istilah syarak : takrif yang paling baik dibuat oleh Ibnu Rajab  dalam kitabnya “Jami’ul ‘Ulum wal Hikam” menyebutkan bahwa istiqamah adalah meniti jalan siratul mustaqim, iaitu agama yang lurus tanpa menoleh ke kanan dan ke kiri, meliputi perlakuan seluruh ketaatan dan  meninggalkan seluruh larangan Allah , baik yang zahir (yang nampak) atau yang batin (tersembunyi)).
Ibnu Rajab RH juga mengatakan :

" Asas istiqamah ialah istiqamah hati atas mentauhidkan Allah.... Apabila istiqamah hati atas makrifatullah iaitu mengenali Allah, atas ketakutan gerun padaNya, keagunganNya, rasa haibat terhadapNya, kecintaan kepadaNya, tunduk pada kehendakNya, mengharap rahmatNya, berdoa hanya padaNya, bertawakal padaNya dan berpaling dari yang lain daripadaNya..maka akan istiqamahlah juga segala anggota zahir pada mentaatiNya. Sesungguhnya hati adalah raja kepada seluruh anggota. Anggota tubuh adalah para tentera hati. maka apabila beristiqamah raja, istiqamahlah juga para tenteranya dan rakyatnya. Lidah pula adalah sebesar-besar anggota tubuh yang menggambarkan istiqamah pegangan hati ".

( Jami' al 'Ulum wal Hikam )

Dalam ayat Allah yang lain ...

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿١٣﴾ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ خَالِدِينَ فِيهَا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١٤)


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.( 13 ) Mereka itulah penghuni-penghuni surga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan.( 14 )

Al Ahqaaf : 13-14

 Tenang hati..tiada gundah gulana, tiada kesedihan yang melemahkan jiwa menjadi petanda seorang hamba Allah yang beristiqamah...

Imam Ibnu Katsir menafsirkan firman Allah ( أَلَّا تَخَافُوا ) " janganlah kamu takut dan khuatir  terhadap amal-amal akhirat yang telah engkau kerjakan " . Sementara ( وَلَا تَحْزَنُوا ) maknanya adalah: " janganlah engkau bersedih dengan urusan dunia yang engkau tinggalkan, baik berupa anak. Keluarga, harta atau hutang ". 

(Tafsir Ibnu Katsir 4/101)

ففي صحيح مسلم عن سفيان بن عبد الله الثقفي قال : قلت : يا رسول الله قل لي في الإسلام قولا لا أسأل عنه أحدا بعدك - وفي رواية - غيرك . قال : قل آمنت بالله ثم استقم  

Dalam sahih Muslim daripada Sufian bin Abdullah Ats Tsaqafi telah berkata : " Aku berkata : Wahai Rasulullah ! Katalah padaku tentang Islam satu perkataan yang aku tidak akan bertanya lagi tentangnya pada orang lain selepas engkau..( pada satu riwayat lain - selain engkau ); Rasulullah SAW bersabda : Katakanlah - Aku beriman kepada Allah kemudian beristiqamahlah!

: (( لا يستقيم إيمان عبد حتى يستقيم قلبه , ولا يستقيم قلبه حتى يستقيم لسانه ))
Tidaklah iman seorang hamba itu lurus (istiqamah) hingga hatinya istiqamah, dan hatinya tidak akan istiqamah kecuali lisannya telah istiqamah 
HR. Ahmad 
سئل صديق الأمة وأعظمها استقامة -  أبو بكر الصديق رضي الله عنه - عن الاستقامة ؟ فقال : أن لا تشرك بالله شيئا .  
Saidina Abu Bakar ash-Shiddiq RA pernah ditanya tentang istiqamah? Beliau menjawab: “Engkau tidak berbuat syirik kepada Allah dengan sesuatu apapun.”


قال عمر بن الخطاب رضي الله عنه : " الاستقامة أن تستقيم على الأمر و النهي ، و لا تروغ روغان الثعالب " 

Saidina Omar ibnu al-Khatthab  RA berkata : 

" Istiqamah adalah engkau berlaku lurus terhadap perintah dan larangan Allah serta tidak menoleh seperti tolehan serigala.”

 قال علي بن أبي طالب ، و مثله عن ابن عباس : " استقاموا أدوا الفرائض " ، 

Saidina ‘Ali bin Abi Thalib  RA pula berkata :

 “Mereka beristiqamah artinya mereka menunaikan segala perintah Allah .”


قال ابن القيم رحمه الله : 
" و الاستقامة تتعلق بالأقوال و الأفعال والأحوال والنِّيَّات، فالاستقامة فيها وقوعها لله و بالله و على أمر الله. 
Ibnu Qayyim RH berkata:

" Istiqamah itu bergantung pada perkataan, perbuatan, keadaan dan niat. Ia berlaku kerana Allah, dengan Allah dan atas perintah Allah " .

 Sebahagian ahlul ilmi berkata :

 كن صاحب الاستقامة لا طالب الكرامة، فإن نفسك متحركة في طلب الكرامة، و ربك يطالبك بالاستقامة، 

"Jadilah seorang yang beristiqamah dan bukannya yang mengejar kemuliaan ( karamah ); sesungguhnya nafsumu bergerak-gerak mahukan kemuliaan ( karamah ) sedangkan Tuhanmu 'azza wa jalla menuntutmu dengan istiqamah."

( Dipetik daripada kitab Sirajut Tholibin syarah Minhajul Abidin )

Justeru...dalam beriman, beramal dan berjuang fi sabillillah..sehingga saat kematian untuk menemui Allah...beristiqamahlah...


من قول الشيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله تعالى  :  " أعظم الكرامة لزوم الاستقامة "
Dari kata-kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah RH :

" Sebesar- besar karamah ( kemulian ) ialah melazimi Istiqamah "


Rukun Istiqamah ....bersambung..





ABi


.... Persiapan sebelum menghadapi saat kematian...



Satu hakikat kehidupan di dunia...penghujungnya ialah kematian..

إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُم مَّيِّتُونَ ﴿٣٠

Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula).

Az Zumar : 30

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗوَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿٣٥


Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali.

 al Anbiya' : 35

Kewajipan kita ialah buat persiapan dan persediaan untuk menghadapi kehidupan selepas kematian.....


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖوَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ ﴿١٨

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Al Hasyr : 18

 كَلَّا إِذَا بَلَغَتِ التَّرَاقِيَ ﴿٢٦ وَقِيلَ مَنْ ۜ رَاقٍ﴿٢٧ وَظَنَّ أَنَّهُ الْفِرَاقُ ﴿٢٨ وَالْتَفَّتِ السَّاقُ بِالسَّاقِ ﴿٢٩ إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمَسَاقُ ﴿٣٠

 Apabila nafas (seseorang) telah sampai ke kerongkong, dan dikatakan kepadanya, "' Siapakah yang dapat menyembuhkan'. Dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan dan bertaut betis kiri dan betis kanan, kepada Tuhanmu lah pada hari itu kamu dikembalikan.

al Qiyamah : 26-30

Di antara persiapan dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum hari kematian :

1. Bertaubat dari segala dosa...

 عن عَائِشَةَ رضي الله عنها، قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ قَبْلَ أَنْ يَمُوتَ: «سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ» وفي رواية: «سُبْحَانَكَ رَبِّي وَبِحَمْدِكَ، اللهُمَّ اغْفِرْ لِي» 
(رواه مسلم:484).
Dari Aisyah dia berkata, Adalah  Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam sebelum meninggal memperbanyak membaca doa, (bermaksud) : " Maha suci Engkau, dan dengan memujiMu, aku meminta ampun dan bertaubat kepadaMu"

 قال النَّبِيِّ  صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ " قَالَ: «وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ» 
(رواه البخاري:6306).


Sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya istighfar yang paling baik adalah; kamu mengucapkan ( bermaksud ):  (Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak diibadahi selain Engkau. Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku menetapi perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui dosaku kepada-Mu dan aku akui nikmat-Mu kepadaku, maka ampunilah aku. Sebab tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain-Mu) '. Beliau bersabda: 'Jika ia mengucapkan di waktu siang dengan penuh keyakinan lalu meninggal pada hari itu sebelum waktu sore, maka ia termasuk dari penghuni surga. Dan jika ia membacanya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka ia termasuk dari penghuni syurga.'

2. Tahsin ( memperelokkan ) solat serta khyusu'...

روى الترمذي (413)  عن أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ( إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ ، فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ : انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنْ الْفَرِيضَةِ ؟ ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ ) 
وصححه الألباني في " صحيح سنن الترمذي " .

Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: 

"Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu. Allah berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain."

HR Tirmizi 378

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مفتاح الجنة الصلاة
رواه الترمذي

Sabda Rasulullah SAW : "Kunci syurga itu ialah SOLAT"

HR Tirmizi 04

3. Memperbanyakkan bekalan ibadat khususnya ibadat sunat untuk membawa pahala ke akhirat ...

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ
Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa ( menjunjung ketaatan dan meninggalkan larangan )

Al Baqarah : 197

( مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ )
 رواه مسلم (728)
Barangsiapa yang solat (sunat ) dua belas rakaat pada siang dan malam dibina baginya dengan sebab solat itu satu rumah di syurga

HR Muslim 728


قال رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

رواه مسلم 1337

Sabda Rasulullah SAW : " Bacalah Al Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pensyafaat kepada para pembacanya "

HR Muslim 1337



4. Selesaikan semua hutang dengan manusia....

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w maksudnya : 

"Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.''

HR Tarmizi 998

5. Banyakkan sadaqah jariah....

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: 

“Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang saleh yang berdo'a untuknya.”

HR Muslim 3084

6. Bersiap sedia untuk empat persoalan .....

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
لا تَزُولُ قَدَمَا عبد يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ : عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ , وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاهُ , وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ , وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ فِيهِ " .

" Tidak akan berganjak dua tapak kaki seorang hamba Allah pada hari kiamat sehinggalah ditanya dengan empat ( perkara ) : tentang umurnya pada apakah telah dihabiskan, tentang waktu mudanya pada apakah telah digunakan, tentang hartanya daripada mana diusahakan dan pada apakah telah dibelanjakan dan tentang ilmunya pada apakah telah diamalkan."

HR Tirmizi 2341



7. Berdakwah mengajak manusia kepada petunjuk dan kebaikan...

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda maksudnya : 

"Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.

HR Imam Muslim 4831

8. Melahirkan dan mendidik zuriat yang soleh

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَيْءٍ ۚ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ ﴿٢١ 

Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.

At Thur : 21

9. Beristiqamah dengan keimanan dan jalan hidup Islam sehingga hembusan nafas yang terakhir...

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ ﴿٣٠

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu".

Fussilat : 30


Justeru ...persiapkanlah dirimu menghadapinya...

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ 
رواه الترمذي

Daripada As Syaddad bin Aus berkata ia: Sabda Rasululullah SAW :

" Orang yang paling cerdik ialah seorang yang menilai dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati "

HR Tirmizi 2383



ABi