Monday, November 12, 2012

KETERUJAAN PARA MUSLIMAT UNTUK MULIA DI SISI ALLAH TA'ALA


Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW, " Kenapa golongan lelaki sahaja disebut di dalam Al Quran dan golongan wanita tidak disebut..". Maka Allah Ta'ala menurunkan ayat ini....

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّـهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّـهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴿٣٥
الأحزاب : 35

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.


Golongan muslimat juga tidak ketinggalan untuk berbai'ah dengan bai'ah yang khusus yang terkenal sebagai Bai'atun Nisaa..sebagaimana dirakam dalam surah Al Mumtahanah  : 12 

                                               
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ عَلَىٰ أَن لَّا يُشْرِكْنَ بِاللَّـهِ شَيْئًا وَلَا يَسْرِقْنَ وَلَا يَزْنِينَ وَلَا يَقْتُلْنَ أَوْلَادَهُنَّ وَلَا يَأْتِينَ بِبُهْتَانٍ يَفْتَرِينَهُ بَيْنَ أَيْدِيهِنَّ وَأَرْجُلِهِنَّ وَلَا يَعْصِينَكَ فِي مَعْرُوفٍ ۙفَبَايِعْهُنَّ وَاسْتَغْفِرْ لَهُنَّ اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿١٢

Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, - maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah 
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Maka tidak sewajarnya para muslimat tidak berada di medan jihad bersama golongan muslimin...

Nusaibah bt Ka’ab Al Ansari Serikandi Bai’ah


Nusaibah merupakan salah seorang daripada serikandi Islam dan merupakan pejuang Muslimah Islam yang pertama. Dia turut serta dalam Perjanjian (Bai’ah Aqabah Ke dua ), Perang Uhud, Bai’ah Ridhwan dan Perjanjian  Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah (menentang golongan murtad )
Nusaibah di Bai’ah Aqabah Kedua ( Tsaniah )
Nusaibah adalah salah seorang wanita yang telah turut serta bergabung dengan 73 orang lelaki Ansar yang ingin berbai’ah kepada Rasulullah SAW. Dalam bai’ah Aqabah yang kedua itu, dia bersama dengan suaminya Zaid Bin Ahsim dan dua orang puteranya Hubaib (yang telah dibunuh oleh Musailamah setelah itu) dan Abdullah (perawi hadith wuduk) telah membuat janji setia kepada Rasulullah S.A.W. Sedangkan wanita yang seorang lagi adalah saudaranya. Ummu Umarah merupakan seorang wanita yang berani, pandai menjaga harga diri, jujur dan rajin. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah sendiri ketika dia membuat bai’ah. Baginda bersabda maksudnya : ” Janganlah mengalirkan darah dengan sia-sia.”

Nusaibah di Perang Uhud

Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi 
Rasulullah dari dikejar musuh.

Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang di hadapanku.” Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. 

Rasulullah yang melihat peristiwa itu merasa terharu. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” kata Rasulullah kepadanya. Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah.

Kemudian, Nusaibah dengan bantuan beberapa tentera Muslimin berjaya membunuh orang itu. Melihatkan keadaan ini, Rasulullah berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah menenangkanmu dan menggembirakan hatimu daripada musuhmu serta memperlihatkan balas dendammu dihadapanmu.”

Ketika Perang Uhud ini, Nusaibah mengalami luka yang banyak, terutamanya di bahagian bahu. Rasulullah memeriksa lukanya lalu meminta Abdullah, anaknya untuk mengikat luka tersebut sambil berkata, “Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kamu semua.”

Nusaibah mendengar kata-kata Rasulullah itu. “Ya Rasulullah! Mohonlah kepada Allah agar kami boleh menemanimu di syurga nanti,” kata Nusaibah. Maka Rasulullah pun berdoa, “Ya Allah! Jadikanlah mereka semua ini penemanku di syurga kelak.” “Aku tidak akan mengeluh setiap musibah yang menimpa diriku di dunia ini,” kata Nusaibah sebagai membalas.

PRODUK REKRUTMEN BAI'AH...


Riwayat yang disampaikan oleh Muhammad bin Ka’ab al Qurazhi: Abdullah bin Rawahah radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Rasulullah SAW pada malam Aqabah Tsaniah (kubro): “Kemukakanlah syarat untuk Tuhanmu dan untuk dirimu sesukamu.” Nabi SAW  bersabda: “Aku mengemukakan syarat untuk Tuhanku, hendaklah kamu semua menyembahNya dan tidak mempersekutukanNya dengan sesuatupun; dan aku mengemukakan syarat untuk diriku hendaklah kamu memberikan pembelaan terhadap diriku sebagaimana kalian memberikan pembelaan terhadap diri dan harta kamu.” Abdullah bin Rawahah bertanya:”Apa yang kami peroleh jika kami melakukan hal itu?” Nabi SAW menjawab: “syurga”. Mereka berkata:”perdagangan yang menguntungkan. Kami tidak akan membatalkannya dan meminta pembatalan.”

Maka turunlah ayat At taubah : 111-112




إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚيُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّـهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿١١١


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.




التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّـهِ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ ﴿١١٢

(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah 
orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).

Inilah produk yang mesti keluar dari rekrutmen bai'ah...







Sunday, November 04, 2012

5 Asas Mengenali HATI (sambungan)...

Asas yang ke empat ( mengenali HATI ) :

..sesungguhnya HATI adalah satu perbendaharaan bagi segala permata bagi diri manusia yang bernilai, dan segala arti kemuliaan dan kebesaran..

yang pertama iaitu AQAL dan kemuncak kemuliaan ialah MAKRIFATULLAH, yang mana ianya menjadi sebab kepada kebahagiaan dua dunia iaitu DUNIA dan AKHIRAT...

yang kedua iaitu BASIROH ( mata hati yang mempunyai kekuatan
cahaya Allah untuk melihat hakikat kebenaran ) yang dengannya seorang hamba itu mendapat kedudukan yang tinggi serta harga dan kemuliaan di sisi Allah azz wa Jalla....

yang ke tiga iaitu NIAT YANG IKHLAS pada ketaatan yang bergantung padanya pahala yang berpanjangan ...

yang ke empat iaitu SEGALA CABANG ILMU DAN HIKMAH yang menjadi kemuliaan hamba dan segala akhlaq peri laku yang mulia...

yang ke lima iaitu SEGALA SIFAT MAHMUDAH ( yang terpuji ) seperti taubat, syukur, zuhud, khauf dan raja'....





Asas yang ke lima ( mengenal HATI ) menurut Imam Ghazali :



...jika direnung hal keadaan HATI maka ada 5 ehwalnya :



1. Hati tempat malaikat turunkan ILHAM..manakala syaitan menurunkan was-wasnya...



2. Banyak perkara yang membimbangkan HATI ..seperti HATI jadi medan peperangan antara tentera hawa nafsu dengan tentera aqal yang perlukan kawalan dan tidak boleh dilalaikan...



3. Banyak khawathir yang m
elintangi HATI..bagaikan anak panah yang jatuh padanya, bagaikan hujan yang turun padanya siang dan malam..



4. Banyak pula penyakit-penyakitnya namun penawarnya amat payah kerana HATI tak dapat dilihat,..maka perlukan penilaian berpanjangan, halus tilikannya dan perlukan banyak riyadhah iaitu latihan dan pengajarannya..



5. Kebinasaan HATI pula terlalu cepat, kegelinciran lebih cepat dari kuali yang penuh dengan minyak yang menggelegak...'Tidak dinamakan HATI melainkan kerana mudahnya ia berbolak balik'...





Wallahu a'lam....

Monday, October 22, 2012

5 ASAS MENGENALI HATI....

Asas Pertama mengenal HATI:


يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ ﴿١٩: غافر ) 

Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan 
mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati

. وَأَسِرُّوا قَوْلَكُمْ أَوِ اجْهَرُوا بِهِ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ ﴿الملك: ١٣

Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring
, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada

...Hati seorang hamba cukup berhati-hati dengan amalannya terhadap Allah kerana Zat yang ia berurusan adalah Zat Yang Maha Mengetahui dan Mengerti apa yang ada di dalam hati seorang hamba




Asas yang ke dua "mengenal HATI"...Sabda Rasulullah S.A.W. :


(إن الله لا ينظر إلى صوركم وأبشاركم ولكن ينظر إلى قلوبكم )..


"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras kamu dan tubuh badan kamu akan tetapi Dia memandang kepada ( kesucian ) hati-hati kamu"...Maka HATI itu adalah tempat pandang dan telek Rabb Sekian Alam, Sangat heranlah seorang yang mementingkan rupa wajahnya sedang ia hanyalah tempat pandang dan telek manusia semata-mata... 

Asas Ketiga :
Berkata Al Imam Ghazali ...' Sesungguhnya hati itu adalah raja yang ditaati, pemimpin yang diikuti, anggota-anggota tubuh itu keseluruhannya ialah pengikut, maka apabila baik orang yg diikuti maka baiklah para pengikutnya..maka apabila tetap istiqamah raja maka tetap istiqamah jugalah rakyatnya...seperti mana hadith Nabi SAW berbicara : 'Sesungguhnya dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, bila baik ia maka baiklah seluruh jasad, dan apabila rosak maka rosaklah seluruh jasad..ingatlah ianya adalah HATI..'


Bersambung.....

Monday, August 06, 2012

Untuk Diri Sendiri....

Bismillahi walhamdulillah....Hari ini nak mengajar pelajaran tafsir untuk kelas ikdadi 2, ..belek-belek kitab terbitan Yayasan Islam Kelantan lalu terbaca hadith di bawah ini....

رواه الحافظ الطبرانى عن الحارث بن مالك الأنصارى أنه مر برسول الله صلى الله عليه والسلام فقال له كيف اصبحت يا حارث؟ قال  اصبحت مؤمنا حقا قال انظرما تقول فان لكل شيئ حقيقة فما حقيقة ايمانك؟ فقال عزفت نفسي عن الدنيا فأ سهرت ليلي وأظمأت نهاري وكأني  أنظر الى أهل الجنة يتزاورون فيها وكأنى أنظر الى أهل النار يتضاغون فيها  فقال  يا حارث عرفت فالزم ثلاثا

Telah meriwayatkannya oleh Al Hafiz Thabarani daripada Al Harith bin Malik Al Ansari, bahawasanya ia melalui Rasulullah SAW, lalu Baginda bersabda : " Bagaimana berpagi-pagi engkau wahai Harith?Harith menjawab:'Berpagi2 aku beriman dengan sebenarnya'.Rasulullah SAW bersabda,'Engkau perhatikan apa yang engkau katakan..Sesungguhnya setiap sesuatu tu ada hakikatnya..Apakah hakikat iman engkau.?'..Maka Harith berkata :' Aku berpaling dari dunia, aku berjaga malam, berdahaga di siang hari, seolah-olah aku nampak Arasy Allah secara terang, seolah-olah aku melihat ahli-ahli syurga saling kunjung mengunjugi di dalam syurga, seolah-olah aku melihat ahli neraka menjerit melolong di dalamnya..'.Rasulullah SAW bersabda: 'Wahai Harith..engkau benar-benar telah memahami hakikat iman..maka engkau tetaplah beriltizam..(Rasulullah SAW mengulangi 3x)...

Subhanallah....sangat berkesan hadith ini bila dibaca tatkala kini di bulan Ramadhan, yang mana tinggal beberapa hari lagi Allah Rabbu Jalil akan menyenaraikan nama-nama hambaNya yang akan dibebaskan dari api neraka...Allahuma adkhilna minhum....Amin!

Monday, June 18, 2012

GOLONGAN YANG MENANG @ BERJAYA DALAM MEDAN


Firman Allah Ta’ala :

ۚ قَالَ الَّذِينَ يَظنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو اللَّـهِ كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٢٤٩

Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".

Al Baqarah :249

غُلِبَتِ الرُّومُ ﴿٢ فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُم مِّن بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ ﴿٣ فِي بِضْعِ سِنِينَ ۗ لِلَّـهِ الْأَمْرُ مِن قَبْلُ وَمِن بَعْدُ ۚ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ ﴿٤ بِنَصْرِ اللَّـهِ ۚ يَنصُرُ مَن يَشَاءُ ۖوَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ ﴿٥

Orang-orang Rom telah dikalahkan (2) Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya –(3) Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira –(4) Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Ar Ruum : 2-5


Ayat-ayat di atas menunjukkan penggunaan kalimah  (غلب    - الغالبون  ) bermakna satu pihak mengalahkan  
atau menewaskan satu pihak yang lain. Maknanya ada pihak yang menang atau berjaya dan ada pihak yang kalah dalam medan pertempuran atau peperangan.

Begitulah juga ayat di bawah ini..mengambarkan perkara yang sama. ِAyat ini  menunjukkan betapa pentingnya sifat sabar sebagai persiapan maknawiyyah yang perlu ada untuk memenangkan pihak atau golongan muslimin.

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚإِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ ﴿٦٥الْآنَ خَفَّفَ اللَّـهُ عَنكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًا ۚ فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوا أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٦٦ 

Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.(65) Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar(66)

Al Anfaal : 65-66


Justeru, dalam ayat di bawah Allah Ta’ala meletakkan pra syarat kemenangan kepada golongan Parti Allah ( HizbulLah )untuk berdepan dengan musuh di medan  ialah al wala’ kepada Allah, RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman.

وَمَن يَتَوَلَّ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّـهِ هُمُ الْغَالِبُونَ ﴿٥٦
Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.

AL Maidah : 56


Golongan Parti Allah yang disenaraikan sifat-sifat mereka dengan firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّـهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٥٤ إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ ﴿٥٥ وَمَن يَتَوَلَّ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّـهِ هُمُ الْغَالِبُونَ ﴿٥٦
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.(54) Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).(55) Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.(56)

Al Maidah :54-56



Mereka yang ditolong oleh Allah Ta’ala, pasti diberi kemenangan..mereka tentera Allah..mereka Parti Allah ….

Firman Allah Ta’ala :

وَنَصَرْنَاهُمْ فَكَانُوا هُمُ الْغَالِبِينَ ﴿١١٦

Dan Kami menolong mereka sehingga menjadilah mereka orang-orang yang berjaya mengalahkan (lawannya);

As Shaafat : 116

إِنَّهُمْ لَهُمُ الْمَنصُورُونَ﴿١٧٢ وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ الْغَالِبُونَ ﴿١٧٣
Bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan (172) Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran).(173)

As Shaafat : 173

Dalam panduanNya yang lain, Allah Taala menyebut tentang kekuatan yang perlu dijaga dan dipelihara dalam konteks pertempuran di medan dengan firmanNya :



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّـهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٤٥
وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).(45)
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.(46)

Al Anfaal : 45-46

Tsabat ..yang lahir dari keimanan, keyakinan dan keutuhan pegangan perjuangan, zikrullah yang melahirkan ketenangan, sakinah dan kekuatan jiwa, ketaatan kepada Allah dan RasulNya, serta kesabaran ..tabah dan kuat menghadapi kesusahan dan ujian…semua itu adalah persiapan maknawiyyah yang menjadi pra syarat kemenangan di medan tempur yang memercukan istiqamah demi merebut redha Allah dan syurgaNya yang tinggi di akhirat nanti…

Bersambung….


Monday, May 21, 2012

GOLONGAN YANG BERJAYA@BEROLEH KEMENANGAN ….(Sambungan)




Seterusnya Al Quran membicarakan golongan yang berjaya atau beroleh kemenangan dengan penggunaan kalimah ( فاز    فوز    فائزون   )

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ﴿١٨٥

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.


يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَن يُطِعِ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا ﴿٧١ 
Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.

Al Ahzab : 71


تِلْكَ حُدُودُ اللَّـهِ ۚ وَمَن يُطِعِ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿١٣
Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.

An Nisaa’ : 13

 قَالَ اللَّـهُ هَـٰذَا يَوْمُ يَنفَعُ الصَّادِقِينَ صِدْقُهُمْ ۚ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ رَّضِيَ اللَّـهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿١١٩
Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar".

Al Maaidah : 119

وَعَدَ اللَّـهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ وَرِضْوَانٌ مِّنَ اللَّـهِ أَكْبَرُ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿٧٢
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.

At Taubah : 72

فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُدْخِلُهُمْ رَبُّهُمْ فِي رَحْمَتِهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ﴿٣٠
Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan dimasukkan oleh Tuhan mereka ke dalam rahmatNya; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

Al Jatsiyah : 30



 إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖوَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّـهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿١١١

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

At Taubah 111

الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللَّـهِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الفَائِزُونَ ﴿٢٠
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.

At Taubah : 20

وَمَن يُطِعِ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّـهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ ﴿٥٢
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.

An Nur : 25

لَا يَسْتَوِي أَصْحَابُ النَّارِ وَأَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۚأَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمُ الْفَائِزُونَ ﴿٢٠
Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini).

Al Hasyr : 20

Penggunaan kalimah ( فاز    فوز    فائزون   ) lebih dirujuk kepada kemenangan dan kejayaan mendapat keredhaan Allah Ta’ala dan di akhirat dimasukkan ke dalam syurga Allah. Ianya hasil dari keimanan, amal saleh, keikhlasan, jihad dan perjuangan yang telah dilalui di dunia.


Bersambung……