Monday, August 06, 2012

Untuk Diri Sendiri....

Bismillahi walhamdulillah....Hari ini nak mengajar pelajaran tafsir untuk kelas ikdadi 2, ..belek-belek kitab terbitan Yayasan Islam Kelantan lalu terbaca hadith di bawah ini....

رواه الحافظ الطبرانى عن الحارث بن مالك الأنصارى أنه مر برسول الله صلى الله عليه والسلام فقال له كيف اصبحت يا حارث؟ قال  اصبحت مؤمنا حقا قال انظرما تقول فان لكل شيئ حقيقة فما حقيقة ايمانك؟ فقال عزفت نفسي عن الدنيا فأ سهرت ليلي وأظمأت نهاري وكأني  أنظر الى أهل الجنة يتزاورون فيها وكأنى أنظر الى أهل النار يتضاغون فيها  فقال  يا حارث عرفت فالزم ثلاثا

Telah meriwayatkannya oleh Al Hafiz Thabarani daripada Al Harith bin Malik Al Ansari, bahawasanya ia melalui Rasulullah SAW, lalu Baginda bersabda : " Bagaimana berpagi-pagi engkau wahai Harith?Harith menjawab:'Berpagi2 aku beriman dengan sebenarnya'.Rasulullah SAW bersabda,'Engkau perhatikan apa yang engkau katakan..Sesungguhnya setiap sesuatu tu ada hakikatnya..Apakah hakikat iman engkau.?'..Maka Harith berkata :' Aku berpaling dari dunia, aku berjaga malam, berdahaga di siang hari, seolah-olah aku nampak Arasy Allah secara terang, seolah-olah aku melihat ahli-ahli syurga saling kunjung mengunjugi di dalam syurga, seolah-olah aku melihat ahli neraka menjerit melolong di dalamnya..'.Rasulullah SAW bersabda: 'Wahai Harith..engkau benar-benar telah memahami hakikat iman..maka engkau tetaplah beriltizam..(Rasulullah SAW mengulangi 3x)...

Subhanallah....sangat berkesan hadith ini bila dibaca tatkala kini di bulan Ramadhan, yang mana tinggal beberapa hari lagi Allah Rabbu Jalil akan menyenaraikan nama-nama hambaNya yang akan dibebaskan dari api neraka...Allahuma adkhilna minhum....Amin!

3 comments:

sare ared said...

ana x faham la ust berkenaan dengan hadis yg ust kirim tu...ape kene mengena ngan orang yg terlepas dari azab kubur...?

ABi said...

Hadith tu gambaran seorang mukmin yang sebenar..yang dapat rasa hakikat iman..maka seorang yang beriman akan benar-benar berpuasa dan mendirikan malam2 ramadhan..maka merekalah di antara hamba2 Allah yang akan dibebaskan dari ancaman apai neraka..seperti janji Allah :' Ramadhan awalnya RAHMAH, pertengahannya MAGHFIRAH, dan penghujungnya PEMBEBASAN DARI API NERAKA..'

ABi said...

Hadith tu gambaran seorang mukmin yang sebenar..yang dapat rasa hakikat iman..maka seorang yang beriman akan benar-benar berpuasa dan mendirikan malam2 ramadhan..maka merekalah di antara hamba2 Allah yang akan dibebaskan dari ancaman apai neraka..seperti janji Allah :' Ramadhan awalnya RAHMAH, pertengahannya MAGHFIRAH, dan penghujungnya PEMBEBASAN DARI API NERAKA..'