Firman Allah Ta’ala :
ۚ قَالَ الَّذِينَ يَظنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو
اللَّـهِ كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٢٤٩﴾
Berkata pula
orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak
(yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang
banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang
sabar".
Al Baqarah
:249
غُلِبَتِ الرُّومُ ﴿٢﴾ فِي
أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُم مِّن بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ ﴿٣﴾ فِي
بِضْعِ سِنِينَ ۗ لِلَّـهِ الْأَمْرُ مِن قَبْلُ وَمِن بَعْدُ ۚ وَيَوْمَئِذٍ
يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ ﴿٤﴾ بِنَصْرِ
اللَّـهِ ۚ يَنصُرُ مَن يَشَاءُ ۖوَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ ﴿٥﴾
Orang-orang
Rom telah dikalahkan (2) Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah
kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya –(3) Dalam masa tidak sampai sepuluh
tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum
berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom)
itu, orang-orang yang beriman akan bergembira –(4) Dengan kemenangan yang
diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia
lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Ar Ruum : 2-5
Ayat-ayat di atas menunjukkan penggunaan
kalimah (غلب - الغالبون ) bermakna satu pihak mengalahkan
atau
menewaskan satu pihak yang lain. Maknanya ada pihak yang menang atau berjaya
dan ada pihak yang kalah dalam medan pertempuran atau peperangan.
Begitulah juga ayat di bawah ini..mengambarkan
perkara yang sama. ِAyat ini menunjukkan
betapa pentingnya sifat sabar sebagai persiapan maknawiyyah yang perlu ada
untuk memenangkan pihak atau golongan muslimin.
يَا أَيُّهَا
النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚإِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن
يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ
قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ ﴿٦٥﴾الْآنَ
خَفَّفَ اللَّـهُ عَنكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًا ۚ فَإِن
يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن
يَكُن مِّنكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوا أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ
مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٦٦﴾
Wahai Nabi,
peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di
antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus
orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus
orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir,
disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.(65) Sekarang
Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana
Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu
seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang;
dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua
ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang
sabar(66)
Al Anfaal :
65-66
Justeru, dalam ayat di bawah Allah Ta’ala meletakkan
pra syarat kemenangan kepada golongan Parti Allah ( HizbulLah )untuk berdepan
dengan musuh di medan ialah al wala’ kepada Allah, RasulNya
dan kepada orang-orang yang beriman.
وَمَن
يَتَوَلَّ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّـهِ هُمُ
الْغَالِبُونَ ﴿٥٦﴾
Dan sesiapa
yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu
penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang
kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.
AL Maidah :
56
Golongan
Parti Allah yang disenaraikan sifat-sifat mereka dengan firman Allah Ta’ala :
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّـهُ
بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ
عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ
لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ
فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ
وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٥٤﴾ إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ
اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ
وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ ﴿٥٥﴾ وَمَن يَتَوَلَّ
اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّـهِ هُمُ
الْغَالِبُونَ ﴿٥٦﴾
Wahai
orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya
(jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka
dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap
orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir,
mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak
takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia
Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha
Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.(54) Sesungguhnya
Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman,
yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk
menjunjung perintah Allah).(55) Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan
rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia),
kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang
tetap menang.(56)
Al Maidah
:54-56
Mereka yang
ditolong oleh Allah Ta’ala, pasti diberi kemenangan..mereka tentera
Allah..mereka Parti Allah ….
Firman Allah
Ta’ala :
Dan Kami
menolong mereka sehingga menjadilah mereka orang-orang yang berjaya mengalahkan
(lawannya);
As Shaafat :
116
Bahawa
sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai
kemenangan (172) Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul),
merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang
kebenaran).(173)
As Shaafat :
173
Dalam
panduanNya yang lain, Allah Taala menyebut tentang kekuatan yang perlu dijaga
dan dipelihara dalam konteks pertempuran di medan dengan firmanNya :
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا
اللَّـهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٤٥﴾
وَأَطِيعُوا
اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦﴾
Wahai
orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh)
maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah
Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).(45)
Dan taatlah
kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau
tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan
sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah
beserta orang-orang yang sabar.(46)
Al Anfaal :
45-46
Tsabat ..yang
lahir dari keimanan, keyakinan dan keutuhan pegangan perjuangan, zikrullah yang
melahirkan ketenangan, sakinah dan kekuatan jiwa, ketaatan kepada Allah dan
RasulNya, serta kesabaran ..tabah dan kuat menghadapi kesusahan dan ujian…semua
itu adalah persiapan maknawiyyah yang menjadi pra syarat kemenangan di medan
tempur yang memercukan istiqamah demi merebut redha Allah dan syurgaNya yang
tinggi di akhirat nanti…
Bersambung….
2 comments:
Terima kasih Abi atas perkongsian ilmu..
Meski sedikit kuantiti, tapi dengan sabar Allah berikan kekuatan dari segi kualiti..
Menarik ayat Al Anfaal : 65-66 , ayat 65 mengambarkan gandaan kekuatan orang yang sabar, dan ayat 66 gandaan makin berkurang pada orang yang sabar, atas sebab Allah telah meringankan daripada apa yang telah diwajibkan dahulu, kerana Allah mengetahui bahawa ada kelemahan..
Abi,ana berminat nak faham apa yang dimaksudkan dengan keringanan dan kelemahan tersebut..?
Asalnya seorang tentera Islam ditentukan utk melawan 10 musuh..namun Allah Maha Mengerti kelemahan fizikal tentera islam..maka ditentukan 1 orang melawan 2 orang shj...itulah rahmat dan kebijaksanaan Allah
Post a Comment