Seterusnya Al Quran membicarakan golongan yang
berjaya atau beroleh kemenangan dengan penggunaan kalimah ( فاز فوز فائزون
)
كُلُّ
نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ
الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ﴿١٨٥﴾
Tiap-tiap
yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah
akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka
dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah
bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat
kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
يُصْلِحْ لَكُمْ
أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَن
يُطِعِ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا ﴿٧١﴾
Supaya Ia
memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa
kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka
sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.
Al Ahzab : 71
تِلْكَ
حُدُودُ اللَّـهِ ۚ وَمَن يُطِعِ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ
جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿١٣﴾
Segala hukum
yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada
Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir
dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan
yang amat besar.
An Nisaa’ :
13
قَالَ اللَّـهُ هَـٰذَا يَوْمُ يَنفَعُ الصَّادِقِينَ
صِدْقُهُمْ ۚ لَهُمْ
جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ رَّضِيَ
اللَّـهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ
الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿١١٩﴾
Allah
berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar
(pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka
beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal
di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan
Dia. Itulah kejayaan yang amat besar".
Al Maaidah :
119
وَعَدَ
اللَّـهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا
الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ وَرِضْوَانٌ مِّنَ اللَّـهِ أَكْبَرُ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿٧٢﴾
Allah
menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh)
Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di
dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn"
serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang
demikian itulah kejayaan yang besar.
At Taubah :
72
فَأَمَّا
الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُدْخِلُهُمْ رَبُّهُمْ فِي
رَحْمَتِهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ﴿٣٠﴾
Adapun
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan dimasukkan oleh
Tuhan mereka ke dalam rahmatNya; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.
Al Jatsiyah :
30
إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيَقْتُلُونَ
وَيُقْتَلُونَ ۖوَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ
وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّـهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم
بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿١١١﴾
Sesungguhnya
Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda
mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka
berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan
terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang
ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran;
dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu,
bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan
(ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
At Taubah 111
الَّذِينَ
آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ بِأَمْوَالِهِمْ
وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللَّـهِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الفَائِزُونَ ﴿٢٠﴾
(Sesungguhnya)
orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan
harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi
Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang
yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
At Taubah :
20
وَمَن
يُطِعِ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّـهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ
الْفَائِزُونَ ﴿٥٢﴾
Dan sesiapa
yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta,
menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang
yang beroleh kemenangan.
An Nur : 25
لَا
يَسْتَوِي أَصْحَابُ النَّارِ وَأَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۚأَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمُ الْفَائِزُونَ ﴿٢٠﴾
Tidaklah sama
ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan
(mendapat segala yang diingini).
Al Hasyr : 20
Penggunaan kalimah ( فاز فوز فائزون
) lebih dirujuk
kepada kemenangan dan kejayaan mendapat keredhaan Allah Ta’ala dan di akhirat
dimasukkan ke dalam syurga Allah. Ianya hasil dari keimanan, amal saleh,
keikhlasan, jihad dan perjuangan yang telah dilalui di dunia.
Bersambung……
No comments:
Post a Comment