Riwayat yang disampaikan oleh
Muhammad bin Ka’ab al Qurazhi: Abdullah bin Rawahah radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Rasulullah SAW pada malam Aqabah Tsaniah (kubro):
“Kemukakanlah syarat untuk Tuhanmu dan untuk dirimu sesukamu.” Nabi SAW bersabda: “Aku mengemukakan syarat untuk Tuhanku,
hendaklah kamu semua menyembahNya dan tidak mempersekutukanNya dengan
sesuatupun; dan aku mengemukakan syarat untuk diriku hendaklah kamu memberikan
pembelaan terhadap diriku sebagaimana kalian memberikan pembelaan terhadap diri
dan harta kamu.” Abdullah bin Rawahah bertanya:”Apa yang kami peroleh jika kami
melakukan hal itu?” Nabi SAW menjawab:
“syurga”. Mereka berkata:”perdagangan yang menguntungkan. Kami tidak akan
membatalkannya dan meminta pembatalan.”
Maka turunlah ayat At taubah : 111-112
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَىٰ
مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚيُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيَقْتُلُونَ
وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ
وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّـهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم
بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿١١١﴾
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
التَّائِبُونَ
الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ
الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ
لِحُدُودِ اللَّـهِ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ ﴿١١٢﴾
(Mereka itu ialah):
orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara
(untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang
menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang
menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah
orang-orang yang beriman
(yang bersifat demikian).
Inilah produk yang mesti keluar dari rekrutmen bai'ah...
No comments:
Post a Comment