Wednesday, October 29, 2008

KECELARUAN TENTANG USRAH

Ada orang berpandangan:

1. Usrah perlu diubah supaya sesuai dengan hala tuju jamaah selepas PRU 12
2. Usrah dah tidak relevan
3. Usrah tidak perlu formal..cukuplah cakap-cakap kat kedai makan, tepi padang bola dan sebagainya
4. Kena ganti usrah dengan pendekatan tarbiyyah yang lain…

Abi menjawab:
1. Apa yang perlu diubah? Rukun-rukunnya…silibus..metodolgi..atau apa? Sebenarnya usrah selama ini suddah cukup flexible untuk dilaksanakan menurut kesesuaian peringkat dan marhalah. Sekadar adjustment je. Sekadar kata kena ubah tapi tiada alternative pun tidak bagus jugak..
2. Konsep usrah ni bukan As Syahid Hassan Al Banna perkenalkan..tapi Sirah Ar Rasul menunjukkan Nabi SAW telah memulakannya sejak di Rumah Arqam Abi Arqam lagi. As Syahid sekadar mentajdidnya. Jadi tidak mungkin ianya tidak relevan dalam keadaan kita sendiri sedang meneruskan jejak perjuangan Nabi SAW.
3. Memang usrah kalau dilihat dari sudut sebuah kehidupan di mana-mana pun boleh buat usrah. Usrah kan keluarga. Namun sebuah keluarga ada pertemuan-pertemuan resminya..masa makan bersama-sama..solat berjamaah..pertemuan masa hari raya dan sebagainya..jadi takkan lah sekadar sembang-sembang tepi jalan boleh melahirkan fardul muslim..kena ada gak pertemuan yang resmi dan biarlah teratur sikit. Bukankah As Sof telah mengajar kita ( maksud ayat ): `Sesungguhnya Allah kasih orang-orang yang berjuang pada jalanNya dalam keadaan satu sof seolah-olah mereka tembok yang tersusun rapi’.....Maksudnya usrah kena ada sistem gak...
4. Nak buat apa ganti kalau yang usrah la ni pun... yang simple dan flexible pun, kita tak buat-buat gak lagi...

5 comments:

Jundiummah said...

Setuju dengan pendapat ABI......
Kadang-kadang depa banyak bagi alasan, yang sebenarnya usrahpun tak berapa komit...tidak sem,pat merasai natijah dan kelazatan sebenar sentuhan usrah...

shahrin azam bin ismaon said...

Setuju tu abi.
Kalu tgok ahli di sini, lebih byk bg cdgn. Tp, bila disuruh wat usrah, ribuan alasan yg timbul.
x yakin, xde masa, x bersedia dn lain2..

Edaran Husna (KT 0386368-K) said...

Pendek kata.. ahli usrah rajin2 turun , dan naqib jangan MC jer..

authors said...

Usrah dan pendekatan semasa memang banyak diperakatakan tapi sedar atau tidak sebenarnya ia hangat diperkatakan antara ahli-ahli jemaah sahaja yang jika dibuat perbandingan hanya sekitar 1% jika dinisbahkan 50 orang ahli jemaah dengan 5000 student yg berada di kampus.

maaf sekiranya Pandangan ini mungkin sedikit pesimis.Cadangan ana refreshment tarbiah perlu ada bagi memastikan pentarbiah lebih mantap bukan lebih ringkas sebenarnya.

Anonymous said...

ana setuju dgn pandgn abi..sbnrnya dtg dari diri kte sndiri samada nk wat @ x usrah 2..
minta pandgn abi, bagaimana nk tarik student y couple, asyik sembang psl perempuan??adakah perlu kte ikut rentak mereka?