Monday, November 03, 2008

Bila Anak-anak Memerlukan 'Orang Tua ' Dalam Kehidupan Berjamaah.....

Pengalaman hidup berjama'ah lebih 28 tahun mengajar ABi..:

Berjama'ah adalah satu survival..banyak kemanisan namun banyak juga kepahitannya. Survive sabagai student..survive sebagai mahasiswa..survive sebagai ahli jmaa'ah..sebagai pimpinan..sebagai suami..sebagai bapa..sebagai pejuang..sebagai `orang tua' dalam tarbiyyah.

Justeru itu, hidup dalam jama'ah memang perlukan sentuhan-sentuhan kasih sayang, ilmu dan pengalaman dari seorang yang telah melalui semua itu...

Kadang-kadang ada orang yang begitu hebat semangat perjuangannya..tapi ketika idealisme perjuangan kampus menguasai dirinya. Tetapi bila telah meninggalkan kampus..dia jadi kosong kerana idealisme kampus telah ditinggalkannya.

Ada orang yang begitu hebat memimpin organisasi dan memimpin orang lain..tetapi dalam mengatur diri sendiri dia begitu lemah dan tidak berdaya.

Ada orang yang begitu gagah di medan demonstrasi..tapi kucar-kacir dalam mengatur urusan Baitul Muslimnya sendiri.

Ada orang cukup menarik lidahnya dalam mentarbiyyah dan merekrut orang lain dalam tamrin-tamrin..namun bila berdepan dengan medan sebenar dialah orang yang mula-mula tewas dan keciciran.

Oleh kerana itulah..ABi hampir-hampir memutuskan satu keyakinan dalam diri...anak-anak jama'ah sentiasa memerlukan 'orang tua' dalam kehidupan berjama'ah..
Wallahu a'lam.

11 comments:

M_news said...

erm...betul 3x sebab itu mana-mana gerakan islam sendiri perlukan murabbi yang menjadi sumber rujukan dan sumber panduan dalam memandu perjalanan dakwah..

apatah lagi di kampus lagi lah memerlukan sentuhan-sentuhan "orang lama(sedap sikit)" dalam memastikan idealisme perjuangan tidak lari dari realiti mahupun terlalu realistik dan simplistik.

Rasa risau juga sebab di tempat ana masih kekurangan tenaga orang lama ni,,lebih-lebih lagi tempat ana belajar tidak ada budak jurusan agama..

walhualam..sekadar pandangan yg daif..

feinar said...

perjalanan hidup memberi pelbagai hikmah dalam perjuangan...

belajar dari alam...
menilai setiap pengembaraan agar dapat belajar sesuatu...

begitu dalam jamaah..belajar survive macam2...

wallahu'alam

feinar said...

"...ABi hampir-hampir memutuskan satu keyakinan dalam diri...anak-anak jama'ah sentiasa memerlukan 'orang tua' dalam kehidupan berjama'ah.."

...nak tanye, ape maksud quote tu?

The Gatekeeper said...

Abi maksudkan adalah selama pemerhatian abi yang lama dengan ahli jemaah kampus, mereka (ahli jemaah kampus) perlu kepada bimbingan dan rujukan dari 'orang lama' iaitu murabbi yang lama duduk hidup dalam berjemaah. ahli jemaah kampus masih baru bertatih dalam dunia jemaah walaupun telah 2-4 tahun berkecimpung dalam jemaah

Pengalaman berada dalam jemaah dikampus adalah terlalu mentah dan tidak merangkumi semua pengalaman yang ada diluar.

Kadang2 darah muda ahli jemaah membuat penilaian berbeza dengan 'orang lama', dan sebab itu anak-anak jemaah (ahli jemaah kampus) memerlukan sentuhan dari pengalaman orang lama agar jemaah tidak jatuh untuk kali kedua untuk perkara yang sama..

namzali said...

Tahniah abi, semakin aktif meng update blog!!

shahrin azam bin ismaon said...

Kesinambungan pemikiran yang sihat antara golongan elit dan golongan muda dlm perjuangan dpt meningkatkan momentum dakwah kan abi..? Ana setuju dengan abi.

nurilhakim said...

Slm ziarah..emm..betul kata ustz..ana pnah tlis jg artikel tntng ni..tjuknye 'ibubapaku milik masyarakat'..tentng mslh yg dihadapi sbhgn penggerak yg punya ibubpa yg sgt aktif brsma msyrkt smpi anak2 terbiar..
em..bila lg agak2 blh ketemu..br skali jmpe ustz di Baitul Qurra suatu ms dulu..

ummu sulaim said...
This comment has been removed by the author.
ummu sulaim said...

Assalamualaikm abi...
blog yg memberi kembali semangat ana dalam berjuang...
nak tanya pandangan abi berkenaan 'helah' dengan keluarga yg samar dgn apa yang kita bawa..
adakah keizinan daripada ibu bapa itu penting dalam perjuangan..
sebab ana seorang perempuan... terkadang ana rasa tertekan.. dalam situasi tertentu.. mohon pendapat abi...

ABi said...

rujuk lah seerah..jln dkwah golongan muda sentiasa bdepan dgn ibubapa pnentang...sabar,tabah n bjaksana hadapinya..termasuk berhelah

PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN said...

Orang tua ialah Syuyuk. Syuyuk sentiasa berjuang hingga ke akhir hayat walaupun kepimpinan ditangan orang muda. Rujuk dan kembali kepada Syuyuk. Syuyuk ialah titik penyatuan dan mencegah perpecahan. Syuyuk sungguh berpengalaman dan matang dalam menentukan keputusan. Rujuk kepada Syuyuk ialah salah satu daripada tanzim.