FUTUR (PASIF)
Bekerja secara bermusim sesudah bekerja secara berterusan atau malas menjalankan kerja.Penyakit ini menjadikan mereka rasa malas bekerja atau suka berlengah-lengah atau menangguhkan kerja.
Sebab yang menjadikan seseorang itu berpenyakit sedemikian ialah:
1.Keterlaluan ( al ghuluw ) di dalam agama, seperti di dalam beribadah sehingga tidak memberi ruang kepada badan untuk berehat.Akhirnya ia menjadi lemah, jemu dan seterusnya bekerja dengan tidak konsisten atau dengan malas.
2.Menggunakan segala yang harus dengan melampaui batas, hal ini boleh membawa kepada penguasaan hawa nafsu terhadap seseorang dan akhirnya terasa malas bekerja.
3.Cenderung mengasingkan diri dari jemaah.Akhirnya ia kehilangan para sahabat yang sentiasa memperbaharui kecergasannya.
4.Kurang mengingati mati dan alam akhirah
5.Berlaku kecuaian di dalam amalan harian seperti lewat bangkit untuk menunaikan solat, jarang mengerjakan amalan yang sunat dan lain-lain.
6.Memakan makanan yang tidak halal atau syubhah.
7.Menghayati ajaran agama dalam sudut-sudut yang tertentu sahaja seperti mengambil berat tentang aqidah sahaja dengan meninggalkan yang lain atau cenderung yang melampau terhadap suatu aliran seperti thoriqat sehingga meninggalkan kerja-kerja jamaah.
8.Melupai sunnatullah di bumi dan di dalam alam kehidupan manusia di mana sesuatu perubahan yang besar itu tidak dapat dilakukan sekaligus malahan ia memakan masa.
9.Tidak mempunyai persediaan untuk menghadapi segala ujian dan rintangan di dalam perjuangan.
10.Bersahabat dengan orang-orang yang berjiwa lemah dan tidak mempunyai cita-cita yang tinggi.
11.Menjalankan tugas dalam bentuk yang tidak terancang dan bertindak secara spontan.
12. Selalu terjerumus ke dalam maksiat terutama dalam dosa-dosa kecil dan ia selalu memandang ringan terhadap perkara-perkara tersebut.
13.Cenderung kepada aktiviti keduniaan yang melalaikan. Akhirnya menjadi ketagihkan dunia.
14.Terlalu idealis dan ’lebih cakap dari buat’ sehingga akhirnya ia banyak teruji dengan apa yang dicakapkan dan ia tidak mampu menghadapinya.
No comments:
Post a Comment