Ya abnaie...
Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
العلم علمان :
فعلم في القلب فذالك هو العلم النافع ؛ وعلم على السان فذالك حجة الله على ابن آدم
` Ilmu itu ada dua jenis : Ilmu yang ada dalam hati ( disertakan amal ), maka itulah yang bermanfaat; dan ilmu (yang hanya) berada di atas lidah ( tanpa diamal), maka itulah ilmu (yang menjadi) hujjah Allah (untuk mendakwa kesalahan) terhadap anak Adam.’
Riwayat Ibnu Syaibah ddan Al Khatib
Kata Imam Ghazali RahimahulLah Ta’ala :
`Ilmu yang meemberi manfaat itu ialah ilmu yang menambahkan perasaan takutmu kepada Allah Ta’ala; ( ilmu ) yang menambahkan celik mata hatimu terhadap keaiban-keaiban dirimu; (ilmu) yang menambahkan ibdahmu kepada Tuhanmu ‘Azza wa Jalla dengan sebab makrifatmu kepadaNya; (ilmu) yang mengurangkan gemar kasihmu kepada dunia; (ilmu) yang menambahkan gemar kasihmu kepada akhirat; (ilmu) yang membukakan pandangan mata hatimu terhadap kebinasaan-kebinasaan segala amalmu sehingga kamu dapat memeliharakan dirimu daripadanya; (ilmu) yang menampakkan kepada kamu segala perdayaan syaithan dan tipuannya’.
( Bidayatul Hidayah )
Oleh itu, jika antum mahu menyuluh diri dan perilaku..suluhlah dengan ilmu yang memberi manfaat. Rapatkan dirimu dengan para `ulama. Sirami hati dan aqalmu dengan ilmu nescaya kamu akan sentiasa terpimpin.
ABi
2 comments:
salam, abi...boleh saya dapatkan num contact abi? saya ada perkara yg perlu dirujuk...prkr ini tlh mnjdi beban sjk bbrp ketika. jiwa saya taraddud kini..
phone Abi...0199753370
Post a Comment