Thursday, May 13, 2010

Bila hati tersedar.....

Baru ni ada seorang ibnu jama'ah bertanya melalui sms..."Kalau tiba-tiba abi rasa tak tenang dan gelisah..abi akan buat apa?". Abi menjawab," Istighfar". Dia bertanya lagi,"Sudah beristighfar , tapi hati masih gelisah..kenapa abi?". Abi pun menjawab," Tak cukup banyak.."...Dia menjawab lagi," Oh ..hurm ..okay..dah dapat jawapannya..". Walaupun melalui sms, tapi abi dapat merasakan kelegaan dan kepuasan jiwanya bila mendapat jawapan terhadap persoalannya...

Mungkin itulah juga suasana hati yang sering dirasai oleh ramai abnaal jamaah..." Dosa kita menggunung banyaknya..tapi istighfar kita hanya sekelumit..camne nak dapat ketenangan hati.." satu lagi sms abi hantar sebagai kesimpulan sentuhan ruhiy tadi. Begitulah..begitu agung dan maha besarnya Allah Azza wa Jalla..tetapi terlalu sedikit yang kita takbirkan. Begitu suci dan qudusnya Allah Azza wa Jalla..tetapi terlalu sedikit yang kita tasbihkankan ..begitulah begitu banyak sifat-sifat kepujian dan keindahan Allah Azza wa Jalla..tetapi begitu sedikit kita tahmidkan pada hati dan lafaz lidah....Jadi macam mana hati kita dapat merasai ketenangan..kedamaian dan ketenteram dengan zikir yang sebut dengan lidah dan hati ...

واذكروا الله كثيرا لعلكم تفلحون....
..dan ingatilah sebanyak-banyaknya mudah-mudahan kamu berjaya.
( Al Jumu'ah : )

5 comments:

akuinsanlemah said...

salam.
hum..
kadang kala menghadapi situasi ini.
mungkin belum cukup menghayati dgn hati kan abi?.

PUTERI ISLAM said...

salam ust..
syukran atas perkongsian.pendek, tapi bermakna..

salam perjuangan ust...

محمد حذوان بن حميدان said...

perkongsian yg amt berguna..
salam ukhuwah dari ana, lame dh x jmpe ust..

whiteperl said...

Assalamualaikum...

Abi, apa khabar?harap2 sihat bersama keluarga, syukran ABi,harap boleh dapat lg buah tangan dari ABi dalam blog nie.Nak jumpa x boleh, tengok kat sini jea.

ABi said...

أنتم في قلبي...شكرا على ما كتبتم