Sunday, January 22, 2012

TARBIYYAH DAN PERJUANGAN

IMAN, TARBIYYAH DAN PERJUANGAN

1. Asas tarbiyyah kepada semua ahli PAS : Iman dan perjuangan

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ ﴿١٥

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

( Al Hujurat 15 )

Ayat ini berlatarbelakangkan peristiwa Bani Asad yang bertemu Nabi SAW dan mengaku beriman kerana tujuan tertentu. Para ulama' tafsir menyatakan mereka bukanlah orang munafiq. Tetapi baru memeluk Islam dan kurang memahami lagi persoalan iman. Maka penjelasan Nabi SAW tentang itu memahamkan kita tentang bahawa mereka di peringkat awal tarbiyyah mesti dibina sehingga tahap mereka benar-benar beriman dan dibawa masuk ke dalam jihad dan perjuangan sebagai bukti keimanan mereka.

Mengekal ‘mood’ tarbiyyah dalam medan pertempuran.

2. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّـهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٤٥

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

3. وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

( Al Anfaal : 45-46 )

Ayat-ayat ini pula menggambarkan tarbiyyah dalam medan tempur. Arahan tsabat dalam pertempuran, memperbanyakkan zikrullah, mentaati perintah Pimpinan Tertinggi serta larangan berbantah-bantah sehingga menimbulkan perpecahan adalah unsur-unsur tarbiyyah yang sangat penting dalam medan pertempuran.

Dalam peperangan Uhud wujudnya sabotaj yang dibuat oleh Abdullah bin Ubai yang membawa keluar 300 tentera Islam semata-mata kerana katanya " Buat apa kita berperang..Muhammad tidak bertanya kepada aku pun tentang peperangan ini...". Ini menggambarkan keangkuhan dan takjub pada dirinya kerana merasa dirinya adalah seorang pemimpin yang hebat. Ini antara contoh yang sering berlaku dalam 'peperangan' dalam konteks pilihanraya.

Jiwa tarbiyyah berdepan dengan ujian kemenangan.

4. يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَنفَالِ ۖ قُلِ الْأَنفَالُ لِلَّـهِ وَالرَّسُولِ ۖ فَاتَّقُوا اللَّـهَ وَأَصْلِحُوا ذَاتَ بَيْنِكُمْ ۖ وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ﴿١ إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّـهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ﴿٢الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿٣ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُمْ دَرَجَاتٌ عِندَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ ﴿٤

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang. Katakanlah: "Harta rampasan perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi RasulNya (untuk menentukan pembahagiannya). Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman".

( Al Anfaal :1-4 )

مَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَن يَكُونَ لَهُ أَسْرَىٰ حَتَّىٰ يُثْخِنَ فِي الْأَرْضِ ۚ تُرِيدُونَ عَرَضَ الدُّنْيَا وَاللَّـهُ يُرِيدُ الْآخِرَةَ ۗ وَاللَّـهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ﴿٦٧ لَّوْلَا كِتَابٌ مِّنَ اللَّـهِ سَبَقَ لَمَسَّكُمْ فِيمَا أَخَذْتُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ ﴿٦٨

Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

( Al Anfaal : 67-68 )

Ayat-ayat ini pula memberi tasawwur ujian harta benda dunia bila mana sudah memenangi peperangan. Nafsu manusia tetap cenderung kepada perkara-perkara ini. Tambah dalam konteks memenangi pilihanraya dan memerintah kerajaan, maka kesenangan dan kemewahan dunia terbentang di hadapan mata. Maka dari ayat-ayat ini menekan persoalan ' ar rujuk ilalLah war Rasul' iaitu kembalikan kepada Allah SWT dan Rasul SAW, perelokkan hubungan ukhuwwah yang mudah retak kerana dunia, juga tarbiyyah imaniyyah yang perlu diperhaluskan serta serahkan pergantungan mutlak dalam bentuk tawakkal hanya kepada Allah SWT.

Dalam konteks pilihanraya, tidak ada ghanimah yang dimenangi tetapi amanah yang besar menanti. Amanah kerajaan, jawatan-jawatan, pengurusan kekayaan negara semuanya adlah amanah yang wajib diserahkan kepada mereka yang beramanah, berkeupayaan dan berkemahiran. Jika tidak, akan hilang kepercayaan manusia kepada Harakah Islamiyyah.

إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا عِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Wallahu a'laam.

ABi

No comments: