Di antara tugas-tugas para nabi dan rasul ‘alaihimus salaam:
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ
كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ ﴿٩﴾
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. ( As Sof :9 )
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ …..﴿٢﴾
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak)…( Al Jum’ah : 2)
كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ الْأَنْبِيَاءُ، كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ،
وَإِنَّهُ لَا نَبِيَّ بَعْدِي، وَسَتَكُونُ خُلَفَاءُ فَتَكْثُرُ
Adalah bagi Bani Israil, mereka diuruskan urusannya oleh para nabi. Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi selepas aku, namun akan ada banyak para khalifah
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )
Pengertian Tarbiyyah Harakiyyah
Suatu proses perubahan diri melalui penyemaian ilmu dan pengasuhan amal, pembentukan iman dan pendidikan akhlaq , serta pengukuhan iltizam dan manifestasi pengorbanan ke arah penegakan amal islami melalui manhaj harakah islamiyyah
Konsep Siyasah Syar’iyyah @ Politik Islam
· Mengurus atau mengatur urusan manusia menurut dasar dan kaedah yang tidak menyalahi syari’at Islam.
· Mengatur maslahah kehidupan manusia.
· Berprinsip kepada menolak kerosakan, menarik kebaikan dan mengemukakan landasan ‘makarimul akhlaq’.
· Membina tapak al fardul muslim ke arah melahirkan kader-kader dakwah.
· Menjadi faktor kekuatan harakah Islamiyyah dalam memenangi jihad siyasi.
· Mengawal dan mengendali pengisian kemenangan
· Menegakkan amanah sebagai khalifah Allah dengan melaksanakan Islam dalam kehidupan manusia.
· Melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
· Memberikan keadilan kepada seluruh manusia.
· Mengislah keadaan hidup manusia.
إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ …﴿٥٨﴾
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. ..( An Nisa’ : 58 )
Panduan Tarbiyyah
- Diberi fokus takwin fardil muslim bercirikan peribadi muslim mukmin muttaqi da’ie mujahid.
- Jadual aktiviti untuk membina tsaqafah dan fikrah ahli mestilah disusun dengan sistematik.
- Isti’ab dakhili mestilah dibuat melalui penyeliaan dan pemantauan yang berkesan.
- Perlaksanaan wasilah tarbiyyah seperti usrah dan tamrin mestilah menjadi keutamaan dalam memelihara mood tarbiyyah dalam seluruh peringkat gerak kerja jamaah.
- Perancangan aktiviti tarbiyyah mestilah memberi keutamaan pada membina bidang ilmu,
- syakhsiyyah dan iltizam.
- Penyuburan dan pengislahan ukhuwwah juga keutamaan dalam aktiviti tarbiyyah.
- Pimpinan mestilah menjadi qudwah dalam memimpin jamaah secara tarbawi.
- Pimpinan dan ahli yang tarbawi mestilah diletakkan berperanan besar dalam gerak kerja dakhili dan khoriji.
Panduan Siyasah
- Penglibatan dalam medan siyasah berdasarkan “ukur baju di badan sendiri”.
- Fiqh awlawiyyat dijadikan kayu ukur dalam penguasaan proksi.
- Pembinaan imej pimpinan soleh dan berwibawa pada perspektif masyarakat mestilah diutamakan.
- Syura wajib diutamakan dalam semua peringkat kepimpinan.
- Sikap terbuka dan bersedia untuk tahalluf dengan mana-mana pihak mestilah dijadikan ‘political experiment’ yang penting.
- Siyasah adalah juga medan dakwah, maka sentiasa mengambil peluang dan ruang untuk berdakwah.
- Medan siyasah adalah medan ijtihad yang sentiasa memerlukan penggunaan pemikiran yang agresif, produktif dan proaktif.
- Strategi boleh berubah berdasarkan perubahan sikap dan pemikiran massa.
- Matlamat tidak menghalalkan cara tetapi ambillah cara yang halal untuk matlamat yang halal.
- Amanah, keadilan dan memperbaiki keadaan wajib dijadikan keutamaan dalam pendekatan siyasah.
- Medan siyasah adalah medan ‘training ground’ untuk semua ahli dan pimpinan jamaah.
الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ ﴿٤١﴾
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. ( Al Hajj:41)
AL FAQIR MOHD NOOR OMAR (ABi)
0193353370..takwinusrah@gmail.com
www.takwinfardilmuslim.blogspot.com
No comments:
Post a Comment