1. Peringatan dari Allah Ta’ala tentang peperangan dan pertempuran yang akan sentiasa dirasai oleh Islam dan ummatnya di sepanjang zaman.
وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ..
البقرة 217
Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian);
2. Allah Ta’ala sangat mengasihi para pejuang yang berperang di JalanNya
إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ
الصف 4
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
Allah Ta’ala menyebut dengan kalimah ‘يقاتلون ' yang menggambarkan peperangan, pertempuran antara dua pihak atau lebih. Medan peperangan benar-benar menguji keyakinan dan pengorbanan orang-orang yang beriman. Maka layaklah mereka menerima cinta Allah Ta’ala.
3. Justeru. di antara tugas penting Rasulullah SAW ialah mengobarkan semangat perang kepada orang-orang yang beriman.
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ
الانفال 65
Wahai Nabi, kobarkanlah semangat orang-orang yang beriman itu untuk berperang.
Bukan sekadar berdakwah, mentarbiyyah dan memberi qudwah hasanah dalam ibadah dan akhlaq, bahkan Rasulullah SAW merupakan seorang pakar strategi, melakukan sabotaj, bertindak selaku jenderal dan komander perang yang hebat dan berdaya juang yang tinggi.
4. Oleh itu, persediaan maknawiyyah dan maaddiyyah wajib dipersiapkan dalam menghadapi peperangan.
وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ….
الأنفال 60
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan
Persediaan maknawiyyah berupa persiapan keimanan, keyakinan, tawakkal dan pergantungan hati yang mutlak pada Allah Ta’ala, kekuatan ruhiyyah melalui qiyam, tartil Al Quran, zikrullah, keikhlasan dan sebagainya.
Persediaan maadiyah termasuk persiapan tenaga manusia, organisasi, jentera, logistic, strategi, taktik, teknik, perang saraf dan sebagainya.
Dengan turunnya ayat ini para mufassir menjelaskan kemenangan tentera Islam seperti di Badar iaitu tanpa persiapan maadiyyah yang lengkap dan teratur itu tidak akan berlaku lagi.
5. Iman, pengorbanan jiwa raga dan harta benda, ganjaran syurga, sikap siaga orang-orang yang beriman….
إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّـهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ..التوبة 112
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
Ayat ini turun setelah berlakunya Bay’atul Aqabah Pertama..walaupun kewajipan perang belum diturunkan lagi. Allah Ta’ala menyebut secara jelas يقاتلون في سبيل الله فيقتلون ويقتلون
( mereka berperang pada Jalan Allah..Maka mereka membunuh dan dibunuh )..sebagai menggambarkan keyakinan dan kesanggupan mereka yang beriman untuk berbuat apa saja demi keredhaanNya walau pun terpaksa mengorbankan diri mereka. Maka wajar dan layaklah mereka menerima janji syurga Allah yang tinggi…
6. Ciri-ciri golongan beriman yang berbay’ah dengan perjuangan Islam…
التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّـهِ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
التوبة 111
(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
Inilah tasawwur yang sempurna peribadi mukmin yang sanggup berbay’ah mengikat dirinya dengan sumpah setia demi perjuangan dan demi merebut keredhaan Allah ‘Azza wa Jalla. Iman yang melahirkan amal fardi ( yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara, yang rukuk dan sujud ).. dan amal jama’ie ( yang melakukan amar makruf dan nahi munkar dan memelihara hudud Allah ).
Oleh itu dalam konteks perjuangan PAS, yang mengambil pendekatan muwajjahah silmiyyah ( penentangan secara aman )..dan dalam konteks demokrasi ..PAS mengambil bahagian dalam pilihanraya..maka pilihanraya adalah medan tempur bagi ahli-ahli PAS. Dalam pilihanraya berlakunya peperangan idea, media, perang saraf . perang teknologi dan sebagainya. Dalam pilihanraya jugalah persiapan yang tinggi dalam konteks maknawiyyah dan maadiyah berlaku.
Justeru ahli-ahli PAS mestilah bersedia dengan segala persiapan tersebut. Dan yakinlah medan ini adalah medan perang yang menuntut pengorbanan yang tinggi dari ahli-ahli demi kemenangan Islam. Dan yakinlah janji syurga bagi mereka yang berperang pada Jalan Allah Ta’ala…
Kesimpulan
1. Medan tempur dalam konteks perjuangan PAS ialah pilihanraya.
2. Wajib ditanam semangat peperangan dalam menghadapi pilihanraya.
3. Pilihanraya memerlukan persiapan dan pengorbanan sebagaimana berdepan dengan peperangan.
4. Pembinaan peribadi ‘tentera’ mestilah dibina dalam jiwa pemimpin dan ahli-ahli PAS.
5. Bay’ah sebagai pengikat ahli dengan perjuangan mestilah dilaksanakan secara menyeluruh di semua peringkat parti.
ABi
2 comments:
sgt bgs pengisiannya
AllahU akbar99 s0lawat33 perjuangan dan peng0rbanan yang kekita d0k0ng dan s0k0ng demi kedaulatan Islam di Tanahair tercinta ini. Salam dari blog "kemega"
Post a Comment