...Islam mengajarku..bahawa setiap muslim itu sentiasa di dalam JIHAD..kerana para mujahid ialah seorang yang sentiasa bermujahadah menunduk dan memaksa nafsunya supaya mentaati Tuhannya...
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى * فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى ( لنازعات . ٤ - ٤١ )
Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, (40)
maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya) (41)
An Naazi'at : 40-41
عن فَضَالَة بْنَ عُبَيْدٍ، يَقُولُ:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «الْمُجَاهِدُ مَنْ جَاهَدَ نَفْسَهُ فِي اللَّهِ»
أخرجه أبوداود (2500)، وابن حبان (الإحسان 4624)
Dari Fadhalaah bin 'Ubaid berkata ia: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Mujahid itu ialah seorang yang menunduk dan memaksa nafsunya pada ( mentaati ) Allah ".
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ:
إِنَّ الْمُهَاجِرَ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى الله عَنْهُ،
أخرجه أحمدج في المسند (11/511 )
Dari Abdullah bin 'Umar dari Nabi SAW bahawasanya telah bersabda: " Sesungguhnya seorang muhajir itu ialah yang berhijrah dari apa yang dilarang oleh Allah "
Maka...usahlah memaksa manusia dalam mentarbiyyah mereka ...
namun didiklah agar mereka mampu memaksa nafsu mereka sendiri..
... Hanya seorang yang kuat dan berani sanggup menentang keinginan nafsunya untuk ke syurga ....
( حديث أنس رضي الله عنه الثابت في صحيح مسلم ) أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ ».
Dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda,
حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ
“Syurga itu diliputi perkara-perkara yang dibenci (oleh jiwa) dan neraka itu diliputi perkara-perkara yang disukai syahwat.”(HR. Muslim)
Huffat: Berasal dari kata al-hafaf (الحَفَاف) yang berarti sesuatu yang meliputi sesuatu yang lain yang berarti surga dan neraka itu diliputi sesuatu. Seseorang tidak akan memasuki surga dan neraka kecuali setelah melewati hijab terebut. Dalam riwayat Bukhari kata huffat diganti dengan kata hujibat (حُجِبَت ) yang berarti tabir, hijab ataupun pembatas dan keduanya memiliki makna sama. Hal ini ditegaskan Ibnul Arabi sebagaimana dinukil Ibnu Hajar dalam Fathul Baari.
Al-Jannah: Kampung kenikmatan.
Al-Makarih: Perkara-perkara yang dibenci (oleh jiwa) berupa ketaatan dan ketundukan terhadap aturan-aturan Allah Ta’ala.
An-Nar: Kampung siksaan dan adzab.
Asy-Syahawat: Nafsu yang condong kepada kejelekan-
“Para ulama mengatakan,’Hadits ini mengandung kalimat-kalimat yang indah dengan cakupan makna yang luas serta kefasihan bahasa yang ada pada diri Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam. Sehingga baginda membuat perumpamaan yang sangat baik dan tepat.
Hadits ini menjelaskan kepada kita bahwa seseorang itu tidak akan masuk syurga sehingga mengamalkan perkara-perkara yang dibenci jiwa, begitupula sebaliknya seseorang itu tidak akan masuk neraka sehingga ia mengamalkan perkara-perkara yang disenangi oleh syahwat. Demikian itu disebabkan ada tabir yang menghiasi syurga dan neraka berupa perkara-perkara yang dibenci ataupun yang disukai jiwa. Barangsiapa yang berhasil membuka tabir maka ia akan sampai kedalamnya. Tabir syurga itu dibuka dengan amalan-amalan yang dibenci jiwa dan tabir neraka itu dibuka dengan amalan-amalan yang disenangi syahwat.
Diantara amalan-amalan yang dibenci jiwa seperti halnya bersungguh-sungguh dalam beribadah kepada Allah Ta’ala serta menekuninya, bersabar disaat berat menjalankannya, menahan amarah, memaafkan orang lain, berlaku lemah lembut, bersedekah, berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat salah, bersabar untuk tidak memperturutkan hawa nafsu dan yang lainnya. Sementara perkara yang menghiasi neraka adalah perkara-perkara yang disukai syahwat yang jelas keharamannya seperti minum khamr, berzina, memandang wanita yang bukan mahramnya (tanpa hajat), mengumpat , leka bermain musik dan permainan yang lainnya.
Adapun syahwat yang mubah maka tidak termasuk dalam hal ini. Namun makruh hukumnya bila berlebih-lebihan karena dikhawatirkan akan menjerumuskan pada perkara-perkara haram, setidaknya hatinya menjadi kering atau melalaikan hati untuk melakukan ketaatan bahkan mampu jadi hatinya menjadi condong kepada gemerlapnya dunia.”
(Syarhun Nawawi ‘ala Muslim, Asy-Syamilah).
Ibnu Hajar rahimahullah dalam Fathul Baari berkata,
“Yang dimaksud dengan al-makarih (perkara-perkara yang dibenci jiwa) adalah perkara-perkara yang dibebankan kepada seorang hamba baik berupa perintah ataupun larangan dimana ia dituntut bersungguh-sungguh mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan tersebut.
Seperti bersungguh sungguh mengerjakan ibadah serta berusaha menjaganya dan menjauhi perbuatan dan perkataan yang dilarang Allah Ta’ala. Penggunaan kata al-makarih disini disebabkan karena kesulitan dan kesukaran yang ditemui seorang hamba dalam menjalankan perintah dan meninggalkan larangan.
Adapun yang dimaksud syahwat disini adalah perkara-perkara yang dilakukan untuk menikmati lezatnya dunia sementara syariat melarangnya. Baik karena perbuatan tersebut haram dikerjakan maupun perbuatan yang membuat pelakunya meninggalkan hal yang dianjurkan. Seakan akan Nabi shallallahu’alaihi wasallam mengatakan seseorang tidaklah sampai ke syurga kecuali setelah melakukan amalan yang dirasa begitu sulit dan berat. Dan sebaliknya seseorang tidak akan sampai ke neraka kecuali setelah menuruti keinginan nafsunya. Syurga dan neraka dihijabi oleh dua perkara tersebut, barangsiapa membukanya maka ia sampai kedalamnya. Meskipun dalam hadits tersebut menggunakan kalimat khabar (berita) akan tetapi maksudnya adalah larangan.”
( Fathul Baari 18/317, Asy-Syamilah)
...memang yang kuat sahaja mampu mengharungi mujahadah ini......
...rasa lemah (العجز) dan malas (الكسل) ..dua penyakit dari nafsu manusia yang boleh dikesan dalam diri manusia setiap kali nak melakukan ketaatan....
...tambah lagi ketika keinginan nafsu sentiasa cenderung kepada manusia...dan dunia...
وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي ۚ إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي ۚ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٥٣
Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.
( Yusuf : 53 )
اللهم إني اعوذ بك من العجز والكسل.....
Ya Allah..aku mohon perlindungan Mu dari rasa lemah dan malas...
...bimbangi hijab ghaflah ( kelalaian )....
اقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُّعْرِضُونَ ﴿١﴾ مَا يَأْتِيهِم مِّن ذِكْرٍ مِّن رَّبِّهِم مُّحْدَثٍ إِلَّا اسْتَمَعُوهُ وَهُمْ يَلْعَبُونَ ﴿٢﴾ لَاهِيَةً قُلُوبُهُمْ ۗ .....(٣)
Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.(1) Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya (2) Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya....(3)
Al Anbiya' : 1 - 3
علاج الغفلة
أولاً: العلم بالله :
معرفة الله عز وجل، ومعرفة نبيه صلى الله عليه وسلم ، ومعرفة دينه وشرعه ، قال الله تعالى: (قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ) الزمر ٩
وعن معاوية رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: (من يرد الله به خيراً يفقهه في الدين)رواه البخاري
ثانياً: ذكر الله تعالى على كل حال :
فعن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه، أن النبي قال: ( مثل الذي يذكر ربه والذي لا يذكره مثل الحي والميت)
ثالثا مجالس الذكر :
فعن أنس بن مالك رضي الله عنه: أن رسول الله قال: (إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا) قالوا: وما رياض الجنة؟ قال: (حلق الذكر) أخرجه الترمذي
رابعاً: قراءة القرآن :
قال خبَّاب بن الأرتِّ رضي الله عنه: (تقرّب إلى الله ما استطعت، واعلم أنك لن تتقرب بشيء أحب عليه من كلامه)
خامسا : الدعاء والتضرع إلى الله تعالى :
حديث أبي سعيد رضي الله عنه أن النبي قال: (ما من مسلم يدعو الله بدعوة ليس فيها إثم ولا قطيعةُ رحم إلا أعطاه بها إحدى ثلاث: إما أن تُعجَّل له دعوته، وإما أن يدخرها له في الآخرة، وإما أن يُصرف عنه من السوء مثلها) قالوا: إذاً نكثر، قال: (الله أكثر) رواه البخاري
سادساً: المحافظة على الصلوات الخمس مع الجماعة:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من حافظ على هؤلاء الصلوات المكتوبات لم يكتب من الغافلين)رواه ابن خزيمة وصححه الألباني
سابعا : الحرص على قيام الليل :
ولو بعشر آيات في قيامه، فعن عبدالله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: (من قام بعشر آيات لم يكتب من الغافلين، ومن قام بمائة آية كتب من القانتين، ومن قام بألف آية كتب من المقنطرين) رواه أبو داود
ثامنا : الإكثار من ذكر الموت :
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (أكثروا ذكر هاذم اللذات)يعني الموت ،قال الألباني في صحيح النسائي (حسن صحيح)
Merawat dan mengubati hati yang ghaflah ( lalai )
1. Carilah penawar hati dalam ilmu dan makrifat..kerana segala segala kebaikan ada di dalamnya..maka hadirilah majlis-majlis ilmu untuk mencari cahaya ketenangan dan petunjuk serta barakah yang ada di dalamnya.
وعن معاوية رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: (من يرد الله به خيراً يفقهه في الدين)رواه البخاري
Daripada Mu'awiyah RH, daripada Nabi SAW bahawa baginda telah bersabda :
" Barangsiapa yang Allah mahu kebaikan pada dirinya maka Ia fahamkannya akan agamaNya ".
2. Berzikir mengingati Allah dalam semua waktu dan keadaan samaada dengan lidah mahu pun dengan hati.
فعن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه، أن النبي قال: ( مثل الذي يذكر ربه والذي لا يذكره مثل الحي والميت)
Daripada Abu Musa Al Asy'ari RH bahawa Nabi SAW telah bersabda :
" Bandingan orang yang berzikir mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak berzikir seperti bandingan orang yang hidup dengan orang yang mati ".
3. Bersama dengan majlis-majlis zikir yang dapat mendekatkan ingatan hati pada Nya..
فعن أنس بن مالك رضي الله عنه: أن رسول الله قال: (إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا) قالوا: وما رياض الجنة؟ قال: (حلق الذكر) أخرجه الترمذي
Daripada Anas bin Malik RH: Rasululullah SAW telah bersabda:
" Apabila kamu melalui taman-taman syurga maka raikanlah ". Sahabat bertanya " Pakah dia taman-taman syurga? ". Nabi SAW bersabda " perkumpulan zikir ".
4. Dekati Allah melalui kalaamNya iaitu Al Quran
قال خبَّاب بن الأرتِّ رضي الله عنه: (تقرّب إلى الله ما استطعت، واعلم أنك لن تتقرب بشيء أحب عليه من كلامه)
Khabbab bin Al Arat RH berkata : " Dekatilah Allah semampu yang engkau boleh..dan ketahuilah engkau tidak akan dapat mendekatiNya dengan sesuatu yang terlebih Dia kasih melainkan dengan KALAMNYA ( Al Quran ) ".
5. Berdoa memohon dengan sungguh-sungguh agar dibuka hatimu daripada kegelapan ghaflah itu
حديث أبي سعيد رضي الله عنه أن النبي قال: (ما من مسلم يدعو الله بدعوة ليس فيها إثم ولا قطيعةُ رحم إلا أعطاه بها إحدى ثلاث: إما أن تُعجَّل له دعوته، وإما أن يدخرها له في الآخرة، وإما أن يُصرف عنه من السوء مثلها) قالوا: إذاً نكثر، قال: (الله أكثر) رواه احمد
Daripada Abu Sa‘id Al-Khudri berkata sesungguhnya Nabi SAW bersabda yang maksudnya : “Tiada seorang muslim berdoa dengan satu doa, bukan doa yang mengandungi dosa dan bukan doa yang memutuskan silaturrahim, melainkan Allah akan mengurniakan dengan doanya itu salah satu daripada tiga perkara: sama ada dipercepatkan (disegerakan) baginya doanya itu, atau disimpan baginya pahala doanya itu di akhirat (sebagai balasan), atau dihindarkan daripadanya sesuatu keburukan seumpamanya. Mereka berkata: “Kalau begitu baiklah kami memperbanyakkan doa”. Bersabda Nabi: “Allah lebih banyak menerima doa hamba-hambanya.”
6. Peliharalah solat yang fardhu lima waktu itu dengan berjamaah
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من حافظ على هؤلاء الصلوات المكتوبات لم يكتب من الغافلين)رواه ابن خزيمة
Daripada Abu Hurairah RH berkata: Rasululullah SAW telah bersabda :
" Barangsiapa yang memelihara solat yang fardhu maka tidak termaktub ia di kalangan yang lalai ".
7. Bangkitlah beribadah di malam hari untuk mengintai rahmat dan taufiq Ilahi agar terungkai belenggu ghaflah dari hati
فعن عبدالله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: (من قام بعشر آيات لم يكتب من الغافلين، ومن قام بمائة آية كتب من القانتين، ومن قام بألف آية كتب من المقنطرين) رواه أبو داود
Daripada Abdullah bin Amru bin Al 'As RHM daripada Rasululllah SAW bersabda baginda : " Barangsiapa yang mendirikan malam dengan ( membaca ) sepuluh ayat ( Al Quran ) tidak dimaktub dia sebagai seorang yang lalai. dan barangsiapa yang mendirikan malam dengan (membaca) satu ratus ayat ( Al Quran) ditulis ia sebagai seorang yang yang tetap dalam ibadah. Dan barangsiapa yang mendirikan malam dengan ( membaca ) satu ribu ayat ( Al Quran) ditulis ia sebagai seorang yang sangat beruntung."
8. Banyakkanlah mengingati mati dan kehidupan abadi di akhirat
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (أكثروا ذكر هاذم اللذات)يعني الموت ،في صحيح النسائي (حسن صحيح)
Daripada Abu Hurairah RH berkata ia: daripada Rasulullah SAW bersabda :
" Perbanyakkanlah mengingati pemutus kelazatan ( MAUT )
No comments:
Post a Comment