1.0 PENGERTIAN USRAH
Kalimah ‘usrah’ bererti ‘keluarga’. Ianya menggambarkan sebuah keluarga yang dipertautkan ahli-ahlinya oleh satu ikatan hati yang kukuh dan mesra, yang wujud interaksi dan komunikasi yang baik antara satu sama lain. Dalam konteks Jama’ah Islam, usrah merupakan satu unit atau kumpulan kecil di kalangan ahli dan pemimpin yang diketuai oleh seorang naqib; bertindak sebagai sebuah keluarga yang saling kasih mengasihi dan mengambil berat antara satu sama lain serta sentiasa berusaha mempertingkatkan ilmu, kefahaman, amalan dan penghayatan Islam melalui berbagai aktiviti yang sesuai dan munasabah.
Usrah menjadi satu wasilah dan institusi penting dalam merekrut kader-kader dakwah yang berperanan di dalam tanzim jamaah juga di dalam masyarakat. Kader dakwah yang diperlukan mestilah seorang yang mempunyai ilmu dan fikrah yang jelas, syaksiah yang boleh dicontohi serta iltizam yang kukuh terhadap penghayatan Islam dan perjuangannya.
Oleh itu, usrah mempunyai matlamat dan tujuan yang perlu dicapai dan ia juga diikat oleh rukun dan adab tertentu demi keutuhan dan keberkesanan penubuhannya.
1.0 MATLAMAT DAN TUJUAN
Usrah adalah merupakan nadi pergerakan jama’ah Islam. Ianya adalah sebuah keluarga yang terhimpun di dalamnya keyakinan, ukhuwwah dan iltizam. Secara umumnya usra mestilah mencapai matlamat:
Mengukuhkan keyakinan ahli kepada dan cita-cita perjuangan Islam.
Membina ukhuwwah Islamiyyah sebagai kekuatan jama’ah Islam.
Memantapkan iltizam pegangan dan penghayatan serta penglibatan ahli di dalam kerja-kerja Islami.
Secara khususnya, usrah mestilah:
Mendedahkan kefahaman yang betul tentang Islam dan pejuangannya.
Menjelaskan matlamat dan dasar serta usaha dan pendekatan jama’ah Islam dalam konteks perjuangan di Malaysia.
Mendidik ahli agar berpegang teguh dan mengamalkan ajaran Islam di dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Menekankan hubungan baik antara manusia dan akhlak yang mulia di dalam kehidupan berjama’ah dan bermasyarakat.
Mendedahkan kerja-kerja berjama’ah sebagai satu usaha jihad untuk merealisasikan perjuangan Islam.
Membina petugas-petugas Islam yang dinamik dan produktif di dalam menjalankan tugasan dakwah, tarbiyyah dan amar makruf nahi mungkar dalam konteks amal Islam.
3.0 AKTIVITI USRAH
Di antara aktiviti-aktiviti usrah yang boleh dirancang:
Liqa’ (pertemuan mingguan)
Program boleh diisi dengan pengisian ilmu, fikrah, tazkirah dan perbincangn tentang isu-isu semasa dan masaalah peribadi ahli.
Halaqah ilmu umum dan khusus
Bertujuan menyempurnakan penguasaan ilmu ahli-ahli usrah. Penekanan boleh dibuat untuk menyelesaikan penguasaan ilmu fardhu ain (aqidah, fiqh dan akhlak), Al-Quran, Al-Hadith, Fiqh Dakwah, Fiqh Sirah, Ulum Lughoh Arabiyah dan sebagainya.
Tamrin (kursus)
Program ini dibuat bertujuan untuk melengkapkan kefahaman ahli tentang tajuk-tajuk tertentu atau kemahiran-kemahiran tertentu seperti pengurusan jama’ah, pengurusan dakwah dan tarbiyyah dan sebagainya.
Rehlah (perkelahan)
Program ini lebih bersifat ukhuwwah dan rekreasi. Ianya akan dapat mengeratkan hubungan ukhuwwah di kalangan ahli di samping ianya memperluaskan pengetahuan ahli-ahli tentang alam persekitaran.
Mukhayyam tarbawi (perkhemahan tarbiyyah)
Program menekankan aktiviti-aktiviti rekreasi, survival dan semangat berpasukan di samping membentuk fizikal, mental dan ruh yang kental di dalam menghadapi segala keadaan.
Sunduq (tabung kebajikan usrah)
Tabungan kewangan untuk membantu ahli yang memerlukan.
3.0 RUKUN-RUKUN USRAH
Rukun-rukun usrah yang wajib ditegakkan ialah:
Ta’aruf (Saling berkenalan)
Setiap ahli mestilah berusaha untuk mengenali ahli yang lain supaya pengertian persahabatan yang sebenar dapat dirasai. Dengan itu, setiap ahli akan dapat memelihara perhubungan ukhuwwah serta menyuburkannya sebaik mungkin.
Tafahum (Saling bersefahaman)
Asas kesefahaman yang penting ialah semua ahli mestilah bercita-cita menghayati hidup Islam. Ini bermakna segala usaha mestilah difahami sebagai bertujuan untuk mencapai cita-cita tersebut. Jangan ada ahli yang merasa terpinggir atau merasakan dirinya terasing dari usaha-usaha tersebut.
Takaful (Saling melindungi)
Seluruh ahli adalah ibarat tubuh yang satu. Perasaan ini akan menjadikan usrah satu tubuh yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain. Maka tidak akan ada seorang ahli yang di dalam kesusahan melainkan seluruh ahli akan merasainya bersama. Inilah kemuncak ukhuwwah Islamiyyah yang dituntut oleh Islam.
4.0 ADAB-ADAB USRAH
Adab-adab usrah yang perlu dipelihara:
Memelihara persaudaraan kerana nilai persaudaraan amat tinggi dan berharga di sisi Islam.
Memelihara adab-adab persahabatan.
Berusaha menghadiri semua program yang dirancang oleh usrah.
Berusaha menepati masa.
Menghormati naqib sebagai pemimpin.
Melatih diri supaya terlibat dengan perbincangan dalam pertemuan usrah.
Menyediakan diri untuk ditarbiyyah.
Mematuhi arahan dan keputusan usrah dan jama’ah.
Berusaha menghayati kehidupan Islam yang sebenar.
Menjadikan usrah sebagai rujukan di dalam segala perkara samaada bersifat peribadi atau yang lainnya.
Mengelakkan pertengkaran dan perdebatan di dalam liqa’ yang boleh membawa keruh hubungan persaudaraan.
Menegur sahabat dengan penuh hikmah semoga yang ditegur berubah dan yang menegur tidak merasai dirinya lebih baik.
Melatih diri berkorban demi kepentingan Islam dan perjuangan.
5.0 PENUTUP
Jalan kemenangan Islam masih jauh lagi. Ianya perlu dilalui oleh pendokong-pendokong perjuangan Islam yang teguh peribadi dan kuat keyakinannya. Itulah natijah yang dicita-citakan akan dapat dilahirkan melalui program usrah. Semoga ianya akan berhasil demi keredhaan Allah Azza wa Jalla.. Wallahu a’lam.
4 comments:
abi, ana ada soalan sket..
sbb ana tak faham..
pasal ukhwah..
knp dlm J ..ukhwah pntg yek..
knp penumpuannya kurang dari soal aqidah..
ye..mayb j tumpukan aqidah jugak..
cuma dr mata kasar ana, ana nmpk fokusnya lebih pada ukhwah..
ana sendiri terlalu lemah bab aqidah..
ana pernah kena tanya..
dakwah Rasulullah 13 tahun kat mekah...
dan fokus pada soal aqidah..
selepas 13 tahun tu..
baru trn soal akhlak dan soal lainnya..
dan ukhwah termasuk dlm soal akhlak..
cuma persoalnnya, knp ukhwah yang kita fokuskan yek abi?
dan bukannya aqidah..
sbb abi...ana tak mantap dr segi aqidah...
ana dgr tntg soal pengorbanan...
tapi tak pernah nak berkorban mcm ikhwan sehingga sanggup derma basikal yang dia ada..dan jalan kaki berpuluh km..
ana rs ana tak de kekuatan nak pertahankan islam..
kalau ana kena siksa macam zainab alghazali..
camane yek abi..nak faham semua ini..
camane nak bntk diri supaya dpt jadi mcm para sahabat..
berkorban harta dan jiwa..
belajar mudah..
tapi nak aplikasikan...
sgt susah...huhu..
camane yek?
ana pohon kemaafan kalau terdapat salah dan silap dalam soalan ni..
ana tak faham sgt bnda ni..huhu..
ukhuwwah bukan soal akhlaq.tapi buah IMAN.13 tahun makkiyyah penuh dgn sentuhan iman dan ukhuwwah.aqidah disentuh secara short n sharp dlm ayat2 makkiyah.tp iman n ukhuwah praktikal.tarbiyah di rumah arqm abi arqm jd bukti.abu bkr n khadjah bebaskan ramai hamba demi ukhuwwah.
ukhuwwah bukan soal akhlaq.tp buah dari IMAN.13 thun makiyyah adalah sentuhan IMAN dan UKHUWWAH.Ingat tarbiyah di rumah Arqam Ab Arqam.wujudnya taaruf,tafahum dan takaful.Ab Bkr n Khadijah mbebaskan sramai mungkin mukmin di kalangan hamba2 yg terseksa. makiyyah sentuh aqidah secara short n sharp..tetapi iman dan ukhuwwah secara praktikal.
terima kasih..
baru faham..
sbb ada yg menanyakan sy sebelum ini..
jzkk..
Post a Comment