Monday, March 22, 2010

SENTUHAN TARBIYYAH BIARLAH HALUS DAN BERTERUSAN

Abi teringat kata-kata Tok Guru Nik Aziz, Murobbi Rabbani kita..dalam satu tamrin yang Abi hadiri ketika zaman masih dalam Dewan Pemuda Pusat...` Tarbiyyah kita bermula di sini..iaitu QIYAMULLAIL'.. kata-kata yang cukup menyentuh dan menguja tarbiyyah dalam diri Abi sehingga hari ini. Juga kata-kata Al Fadhil Ust Hj Yahya Othman, Murobbi Rabbani kita juga dalam banyak tamrin yang Abi hadiri..`Tarbiyyah adalah proses perubahan diri...' iaitu proses yang halus dan berterusan..Subhanallah..itulah sentuhan-sentuhan rabbani dari tokoh-tokoh agung tarbawi yang mana mereka sendiri telah melalui dan merasainya secara ilmu dan pengalaman..
Pernah Ust Hj Yahya berkata..`Ya akhi ..antara program tarbiyyah yang anta kena buat ialah anta kena rasa solat di belakang Tok Guru Nik Aziz..' Memang benar.. pernah sekali Abi solat menjadi makmum di belakang Tok Guru Nik Aziz...dalam solat Subuh...hampir setengah jam untuk 2 rakaat ! Subhanallah....
Justeru.., tarbiyyah perlukan sentuhan ilmu..pengalaman..yang dirasa..yang dilihat..yang didengar...yang dicontohi..sebagaimana Murobbi Agung kita Nabi Muhammad SAW kehidupannya ...kata-katanya..mimik mukanya..senyum tangisnya..hatta libasan pedangnya ..keseluruhannya menjadi sentuhan tarbiyyah yang agung demi membina umat..
ABi

2 comments:

ehsanhalim said...

tertarik dengan kata-kata ni:

`Tarbiyyah adalah proses perubahan diri...' iaitu proses yang halus dan berterusan..


tarbiah itu halus dan berterusan.sikit-sikit lama-lama akan jd menjadi sesuatu yg baik dan kekal dalam diri kita.

Unknown said...

terbaik ABi...mmg byk nikmatnye BerQIAMULAIL...nanti ABi sambung dalam usrah ye..=)