Monday, June 14, 2010

Wajah-wajah Yang Mengingatkan Tentang Perjuangan...

Hari Rabu lepas..Abi ke Perasmian Muktamar Dewan-dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat di PUTIK. Selepas ucapan perasmian TGNA ..yang sangat berkesan dan bermakna, Dewan Pemuda menganugerahkan Tokoh Pemuda pada Al Marhum Ust Hj Hassan Syukri. Manakala Dewan Muslimat menganugerahkan TGNA dan Ustazah Hajjah Jamilah dengan anugerah tersendiri. Abi begitu tersentuh bila mengingatkan 3 tokoh hebat ini. Abi bersama mereka sejak zaman student..zaman 80an. Dada Abi sebak..airmata mengalir...apabila berpaling ke belakang untuk keluar dewan terpandang pulak Al Fadhil Murobbi Abi..Ust Hj Yahya Osman ( Rahmatullah 'alaihi ). Abi cium tangannya..dia bertanya dulu " Anta di Johor atau di Melaka la ni..". Abi menjawab " Roja'tu ila Melaka al aan ya Ustaz..".. Gembira Abi kerana beliau update tentang perkembangan Abi walaupun dah lama tak berjumpa...

Subhanallah..alhamdulillah..Allah 'Azza wa Jalla yang mempertemukan Abi dengan tokoh-tokoh hebat itu dalam kesempatan hidup berjamaah ini.

Di Dewan MADU..selepas berlangsung perasmian Muktamar Dewan Ulama..Al Marhum Ust Hassan Syukri pula datang ke tempat ABi dan bersalaman dan bertanya khabar...rupa-rupanya pertemuan terakhir bagi ABi dengan beliau..dan mendengar suaranya.

Itulah wajah-wajah yang mengingatkan Abi dengan perjuangan...namun terdetik dalam hati Abi..apakah bila tiba masa tua dan ajal...Abi akan diingati lagi dalam senarai wajah-wajah yang mengingatkan tentang perjuangan....

ABi

3 comments:

akuinsanlemah said...

InsyaAllah. Abi inspirasi perjuangan kmi.

Zaim Abdul Aziz said...

Insyallah abi, hidup mati ini lilahirabil alami.. semoga hidup mati kita ini menjadi teladan kebaikan.. (sayu dngn pemergian ustaz Hassan, apa akan trjd bila Tok Guru Haji Hadi dan Tok Guru nik aziz pula pergi...)

mawarberduri said...

kami anak didik abi akan sentiasa mengingati abi dan ummi dalam doa kami.

abi dan perjuangan, amat sinonim. moga kami sume akn mjadi secekal itu, ameen.

sayu hati ble pk kata2 zaim. slalu tertanya2, mampu ke ht nt na btahan ble satu hari Kekasih Hati mjemput pulang TG Nik n TG Hj Hadi....