Dalam Al Quran banyak kalimah digunakan untuk menggambarkan
golongan yang berjaya. Di antaranya ialah (
المفلحون ) yang berasal dari
kata dasarnya ( افلح ). Kalimah ini
menggambarkan mereka yang berjaya adalah mereka memiliki sifat-sifat tertentu
yang ditentukan oleh Allah Ta’ala. Dan kejayaannya itu dijamin dengan balasan
setimpal di akhirat.
Firman Allah Ta’ala :
الم ﴿١﴾ ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا
رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ﴿٣﴾ وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن
قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ ﴿٤﴾ أُولَـٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ﴿٥﴾
Alif, Laam, Miim.
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari
Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang
(hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang
ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan
(mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga
orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan
kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu,
serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka
itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah
orang-orang yang berjaya
Al Baqarah : 1-5
الَّذِينَ
يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا
عِندَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ يَأْمُرُهُم بِالْمَعْرُوفِ
وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ
الْخَبَائِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالْأَغْلَالَ الَّتِي كَانَتْ
عَلَيْهِمْ ۚ فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ
وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنزِلَ مَعَهُ ۙ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ﴿١٥٧﴾
"Iaitu
orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang
mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil
yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik,
dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia
menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka
segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan
belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya,
serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah
orang-orang yang berjaya.
Al A’raaf :
157
وَلْتَكُن
مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ
وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ﴿١٠٤﴾
Dan
hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,
serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
Ali
‘Imran : 104
لَـٰكِنِ
الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ جَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ ۚ وَأُولَـٰئِكَ لَهُمُ الْخَيْرَاتُ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ﴿٨٨﴾
(Mereka
tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya,
berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka; dan mereka itulah orang-orang yang
mendapat kebaikan, dan mereka itulah juga yang berjaya.
At
Taubah : 88
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّـهَ
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٢٠٠﴾
Wahai
orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam
mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu
lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Ali
‘Imran : 200
قَدْ أَفْلَحَ
الْمُؤْمِنُونَ ﴿١﴾ الَّذِينَ
هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ ﴿٢﴾وَالَّذِينَ
هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ ﴿٣﴾ وَالَّذِينَ
هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ﴿٤﴾ وَالَّذِينَ
هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ﴿٥﴾ إِلَّا
عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ
مَلُومِينَ ﴿٦﴾ فَمَنِ
ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ﴿٧﴾ وَالَّذِينَ
هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ ﴿٨﴾ وَالَّذِينَ
هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ ﴿٩﴾ أُولَـٰئِكَ
هُمُ الْوَارِثُونَ ﴿١٠﴾ الَّذِينَ
يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ﴿١١﴾ وَلَقَدْ
خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن سُلَالَةٍ مِّن طِينٍ ﴿١٢﴾
Sesungguhnya
berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam Dan mereka
yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta
itu);sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan
perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -Kecuali kepada
isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -Kemudian,
sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang
yang melampaui batas; Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka
yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak
mewarisi -Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
Al Mukminun : 1 -12
لَّا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَـٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ مِّنْهُ ۖوَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ رَضِيَ اللَّـهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ أُولَـٰئِكَ حِزْبُ اللَّـهِ ۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّـهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ﴿٢٢﴾
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.
Al Mujadalah : 22
Kesimpulan
sifat-sifat golongan yang berjaya menurut
Al Quran, di antaranya ialah :
1. Beriman kepada Allah Ta’ala dan seluruh
rukun-ruku keimanan.
2. Bertakwa kepada Allah dengan menjunjung seluruh
perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
3. Memelihara hubungan dengan Allah Ta’ala dan
hubungan sesama manusia seperti mendirikan solat dan member infaq kepada
manusia.
4. Beriman kepada Rasul dan
memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan
kepadanya (Al-Quran).
5. Berada dalam jamaah dan melakukan
dakwah amar makruf dan nahi mungkar.
6. Berjihad fi sabilillah dengan harta
dan jiwa raga serta bersabar menghadapi perjuangan.
7. Memiliki sifat-sifat keimanan yang sempurna iaitu
memelihar
solat dan khusyuk dalam solat, berusaha membersihkan hartanya (dengan
menunaikan zakat harta itu); menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang
sia-sia; menjaga kehormatannya, menjaga
amanah dan janjinya.
4 comments:
syukran abi atas taujihadnya!
insyaAllah berusaha menjadi org berjaya acuan al-Quran!
doakan.
Setuju dengan pendapat Fakir... insya Allah...
minta izin share di fb :)
Syukran jazilan ya Akhie.
Post a Comment