Saturday, January 05, 2013

DAKWAH AR RASUL DIMULAI DENGAN INZAR ( ANCAMAN DAN AMARAN )

Wahyu pertama dari Allah Ta'ala, melantik Muhammad bin Abdullah menjadi seorang NABI...seorang lelaki yang diberikan wahyu untuk dirinya sendiri. Dalam keadaan kebingungan Nabi SAW diberikan satu tasawwur sunnah perjuangan para nabi dan rasul oleh Waraqah bin Naufal ( seorang 'alim kita-kitab samawi ..sepupu kepada Khadijah isteri Nabi SAW ). " ...mereka akan mendustai mu, mereka akan menyakiti mu, mereka akan mengusir mu dan mereka akan memerangi mu Muhammad..."...kata-kata Waraqah yang benar-benar menusuk ke dalam jiwa Nabi SAW. Bekalan yang ada pada Nabi SAW ketika itu hanyalah ..' Bacalah oleh mu ( Muhammad ) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan..Ia menjadikan manusia dari segumpal darah....'.


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ ﴿١ خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ ﴿٢

Selepas satu tempoh keputusan wahyu ( fatrah al wahyi )...Nabi SAW ke Gua Hira' ..menanti-nanti wahyu yang seterusnya. Episod yang menyaksikan Jibril 'Alaihis Salaam muncul dengan rupanya yang sebenar..mengejut Nabi SAW, ...ketika gementar wahyu turun melantik Baginda  sebagai seorang RASUL...seorang lelaki yang diwahyukan untuk dirinya dan untuk disampaikan kepada manusia keseluruhannya. Bermulanya gerakan kebangkitan dakwah seorang rasul...yang bangkit dengan INZAR..!

 يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ ﴿١ قُمْ فَأَنذِرْ ﴿٢
Wahai orang yang berselimut ! Bangun..! Maka berilah peringatan ( ancaman amaran )..!

Bangsa arab ialah bangsa yang telah didatangi oleh para nabi dan rasul. Nabi Ibrahim dan Ismail 'alaihima as salaam..Mereka membawa ajaran tauhid ..ajaran fithrah Islam yang membawa bangsa arab keluar dari kegelapan dan kesesatan. Namun mereka menyeleweng, mengadakan sembahan-sembahan lain lalu menyengutukan Allah dengan berhala-berhala yang mereka ciptakan sendiri. Ka'abah tempat ibadat haji dinodai dengan amalan haji yang bersalahan dengan syariat yang sebenarnya...

Maka oleh itu dakwah Ar Rasul SAW datang dengan INZAR..berupa ancaman dan amaran supaya manusia kembali kepada fithrah Islam.... 

Maka begitulah dengan dakwah KITA ..kita perlu beri INZAR kepada ummat supaya mereka kembali Islam yang sebenarnya. 

Wallahu a'lam


No comments: