Saturday, January 26, 2013

Kenapa Wajib Berjamaah...


As Salaamu ‘alaikum wr wb

Kepada abnail harakah..para pecinta Islam dan para pejuang fi sabilillah…

1.      Apabila kesedaran Islam sudah muncul dan penghayatan hidup bermula, akan terdetik dalam hati..” Cukupkah aku sekadar beramal Islam secara individu? Apakah pula peranan dan tanggung jawab aku sebagai seorang muslim terhadap Islam?”…Maka Al Quran menjawab : ( As Sof : 9 )

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ ﴿٩
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

            Islam wajib diperjuangkan ! Perjuangan memenangkan dan meninggikan Islam inilah yang disebut sebagai JIHAD FI SABILILLAH

2.      Perjuangan Islam adalah kesinambungan perjuangan para nabi dan rasul ‘alaihimus salaatu wa salaam.  ( Ali ‘Imran :146 )

وَكَأَيِّن مِّن نَّبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا ۗ وَاللَّـهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ ﴿١٤٦
Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.

3.      Sirah Ar Rasul membuktikan perjuangan Nabi SAW yang panjang sejak bermula menerima wahyu pertama yang melantik baginda menjadi seorang NABI ( wahyu untuk dirinya sahaja ) dengan perintah( اقراء  )  sehinggalah menerima lantikan sebagai seorang RASUL ( wahyu di sampaikan kepada manusia keseluruhannya ) dengan perintah ( قم فانذر ). Dan perjuangan ini didokong bersama oleh jama’ah sahabatnya sejak zaman makkiyah hinggalah ke zaman madaniyyah.

4.      Sesungguhnya Allah Ta’ala mengasihi mereka yang berjuang pada Jalan Allah bahkan member tawaran besar kepada mereka yang berjihad kerana jihad adalah gandingan IMAN.


إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ ﴿٤
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

( As Sof : 4 )

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿١٠ تُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿١١ يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿١٢ وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا ۖ نَصْرٌ مِّنَ اللَّـهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ ﴿١٣

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? ( 10 )

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). ( 11 )

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar. (12 )

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. ( 13 )

( As Sof : 10 – 13 )

5.      Perjuangan Islam bererti perjuangan menegakkan Islam dari sudut aqidah dan syari’atnya.  Menjadikan Islam sebagai cara hidup ( Ad Din ) dan juga menjadikan Islam sebagai asas dan panduan kepada sistem hidup manusia ( Nizam al Hayat ). Maka ianya bukannya satu perjuangan yang mudah. Nabi SAW memperjuangkannya selama 23 tahun dan membuktikan kemenangan Islam dengan tertegaknya Islam sebagai aqidah dan syari’ah, din dan daulah bahkan disambung kerja-kerja perjuangan Ar Rasul oleh para khulafa’ yang mendakwahkan Islam merentasi sempadan geografi dan bangsa ke seluruh alam.

6.      Justeru perjuangan Islam mesti didokong oleh jama’ah bukan secara individu. Kefahaman ini digambarkan oleh kata-kata Saidina Umar Al Khattab RA

 "لا إسلام إلا بجماعة ولا جماعة إلا بإمارة"
Tidak sempurna Islam melainkan dengan jama’ah, tidak sempurna jama’ah melainkan dengan kepimpinan..

( As Sof : 4 )  menjadi dalil, bahawa redha dan kecintaan Allah bersama mereka yang berjuang pada jalan Allah secara berjama’ah.

( Ali ‘Imran : 104 ) menjadi dalil wajib wujudnya ummah ( jama’ah ) yang bercirikan dakwah ila al khair ( menyeru kepada kebaikan Islam ) dan amar bilmakruf  wa nahyu ‘anil munkar ( menyuruh perkara yang makruf dan mencegah perkara kemungkaran ) dan ini termasuk dalam usaha perjuangan Islam.

( Al Maidah : 54-56 ) menjadi dalil, tentang wujudnya gejala riddah ( keluar dari Islam) disepanjang perjalanan ummat Islam, dan gejala ini hanya akan dapat ditangani oleh segolongan pejuang Islam yang disifatkan sendiri oleh Allah sebagai HIZBULLAH dengan sifat-sifat mereka :
-          Allah Ta’ala mengasihi mereka
-          Mereka mengasihi Allah Ta’ala
-          Merendah diri kepada orang-orang mukminin
-          Keras tegas kepada orang-orang kafir penentang Islam
-          Mereka berjihad pada Jalan Allah Ta’ala
-          Mereka tidak takut celaan orang yang mencela
-          Wala’ kesetiaan mereka hanya pada Allah Ta’ala, RasulNya dan pemimpinan beriman yang bersifat dengan sifat keimanan yang sebenar.

Dalam sebuah hadis yang panjang diriwayatkan dari Abu Huzaifah Al Yaman :

“Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan?

Rasulullah menjawab: Ya.
Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu?
Rasulullah manjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan.
Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu?
Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya.
Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu?
Rasulullah menjawab: Ya, ketika ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke neraka jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka itu.
Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami.
Rasulullah manjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.
Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu?

Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka.

Aku bertanya lagi: Bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin?
Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.”

( Riwayat Muslim )


 Jika dirujuk kepada matan:

(قال تلزم جماعة المسلمين وإمامهم )


Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jama’ah Islam dan pemimpin mereka.

Hadis ini menunjukkan kewajipan beriltizam dengan jamaah Islam di zaman yang penuh dengan penyeru-penyeru kepada api neraka jahannam . Sekarang inilah zamannya yang penuh dengan seruan-seruan sesat dan kufur. Maka berjama’ah adalah satu kewajipan ( Ali ‘Imran : 104 )

Persoalannya kini khususnya dalam konteks Malaysia…apakah konsep berjama’ah
( beriltizam dengan jama’ah ) dan kenapa beriltizam dengan PAS diwajibkan ?

7.      Konsep berjama’ah adalah asas penting dalam Islam. Bahkan ummat Islam adalah jama'ah yang satu.

           ( Al Fatihah : 5 – 6 )

-          berjamaah dalam ibadah dan memohon pertolongan pada Allah ta’ala
-          berjama’ah dalah memohon hidayah untuk jamaah ummat Islam

(  Al Hajj : 77 - 78 )

-          berjamaah dalam keimanan
-          berjamaah dalam beramal kebaikan
-          berjamaah dalam jihad fi sabilillah
-          berjamaah dalam berpegang teguh dengan agama Allah

( Ali ‘Imran : 110 )

-          berjamaah dalam amar makruf dan nahi mungkar

Al Hadis

اياكم والفرقة وعليكم بالجماعة فان الشيطان مع الوااحد وهو من الاثنين أبعد من اراد بحبوحة الجنة فليلزم الجماعة ( رواه الترمذي )
Hendaklah kamu semua elakkan dari perpecahan dan hendaklah kamu bersama jama’ah. Maka sesungguhnya syaitan bersama dengan orang yang berseorangan, dan dia menjauhkan diri dari orang yang berdua, Dan sesiapa yang mahukan hidup di tengah syurga maka ia hendaklah bersama jama’ah.

وانا آمركم بخمس, الّله أمرني بهن : بالجماعة والسمع والطاعة والهجرة والجهاد في سبيل الّله , فانه من خرج من الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة الاسلام من عنقه الّا أن يرجع . قالوا  يا رسول الله وان صلّى وصام ؟ قال وان صام وصلّى وزعم أنه مسلم ( رواه احمد )

Aku menyuruh kamu dengan lima perkara, Allah memerintahkan aku dengannya : bersama jama’ah, dengar dan patuh, berhijrah dan berjihad pada jalan Allah. Maka sesungguhnya sesiapa yang keluar meninggalkan jamaah kadar sejengkal maka ia telah mencabut ikatan Islam dari tengkoknya sehinggalah ia kembali semula ( bersama jamaah). Mereka ( sahabat ) bertanya: ‘ Wahai Rasulullah..sekali pun orang itu bersolat dan berpuasa’?  Baginda
menjawab : Sekali pun ia berpuasa dan bersolat, dan ia menyangka ia seorang muslim.

Kesimpulannya, seorang muslim wajib bersama jamaah ummat Islam dan haram sama sekali keluar dari jamaah ummat Islam kerana ummat Islam akan sentiasa berpegang dengan aqidah dan syariat Islam, berpegang teguh ukhuwwah islamiyyah, sentiasa meninggikan syiar dan kemuliaan Islam, mempertahankan kesucian aqidah dan syari’at dan sentiasa bersatu menentang kekufuran dan kesyirikan. Ini adalah prinsip berjamaah dalam Islam.

8.      Dalam konteks yang  khusus, dalam memahami perjalanan dan perjuangan ummat Islam, serta memahami perubahan politik ummat Islam selepas kejatuhan pemerintahan khilafah Islamiyyah di abad 19 dan 20, perlunya ummat Islam kepada satu pimpinan ummat terutama selepas jatuhnya Khalifah Islam terakhir di Turki ( Sultan Abd Hamid dari Kerajaan Uthmaniyyah ).  Dunia Islam kini dipenuhi dengan kesamaran, kesesatan dan kemurtadan bila mana wujudnya golongan-golongan orang Islam tetapi hanya pada nama sahaja namun aqidah, pemikiran dan cara hidupnya bukan lagi bersumber dan bercorakkan Islam.


9.      Ini bermakna perlunya jamaah yang khusus yang bangkit dan mengembalikan iaitu mentajdid pemikiran ummat Islam kepada kefahaman Islam yang sebenar dan berjuang meletakkan Islam pada tahta pemerintahannya yang sebenar. Jamaah yang khusus ini perlu memiliki ciri-ciri jamaah yang telah dibincangkan sebelum ini seperti mana tersebut dalam Al Quran dan Al Hadis.

( AL Maidah : 54 -56 ) memberikan gambaran sentiasa  wujudnya golongan atau jamaah yang didatangkan oleh Allah ta’ala untuk berdepan dengan gejala kerosakan aqidah di kalangan ummat Islam.

Al Hadis :

وأخرجه مسلم من حديث جابر بن عبد الله، رضي الله عنهما، قال: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: "لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ
Dikeluarkan oleh Muslim dari hadis Jabir bin Abdullah RAhuma, telah berkata:” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘ Akan sentiasa ada ( tidak putus-putus ) satu kumpulan dari ummat Aku, (yang mana ) mereka sentiasa berperang atas ( jalan ) kebenaran, (dalam keadaan) sentiasa zahir (muncul ) sehinggalah hari kiamat.’

Dapat disimpulkan, kewujudan jama’ah khusus dalam mendepani perjuangan ummat Islam untuk mengembali Islam pada kedudukan aqidah dan syariah, din dan daulah..adalah suatu yang dhoruri dan kewajipan yang amat mendesak. Menyelusuri sejarah gerakan Islam sedunia insyaAllah akan datang perbicaraannya….

Bersambung

3 comments:

haruman purnama said...

syukran jazilan Abi atas perkongsian...

aniyyah dyanah said...

boleh tahu sumber atau rujukan daripada mana?

ABi said...

Abi buat rujukan sendiri melalui ilmu dan pengalaman..