PAS sebagai sebuah gerakan Islam dan
gerakan politik memerlukan ahli yang mengutamakan jamaah bagi mencapai
cita-cita suci dalam perjuangannya. Mempertahankan kemenangan
lebih sukar daripada mendapat kemenangan. Kerja mesti digandakan
sewaktu menang,kerana kerja jamaah dan kerajaan mesti seiring,
berbanding dengan tidak ada kerajaan. Perkara ini tidak
akan tercapai jika ahli PAS daripada pimpinan tertinggi sehinggalah ahli biasa
tidak mempunyai sifat ini.
Sifat Ahli
Yang Mengutamakan Jamaah
1.Setiap ahli PAS
apabila telah mengisi borang dan diterima sebagai ahli dan berbaiah untuk
bersama menegakkan Islam dan wadah PAS. Maka ia perlu patuh dan
taat kepada apa yang terkandung dalam perlembagaan PAS. Ia perlu melaksanakan
tuntutan sebagai ahli Parti Islam dan seiring dengan
dasar perjuangan parti.
2.Dia mesti
memahami bahawa kewajipan ia bersama dengan perjuangan Islam untuk memastikan
kesyumulan Islam ditegakkan. Selagi tidak tertegak adalah wajib
berusaha ke arah itu. Dan berdosa jika membiarkan syariat Allah dicabul.
3.Dia
mesti yakin dan percaya dengan kemestian amal dan usaha untuk
membangkitkan iman di dalam jiwa manusia supaya muslimin dapat mengembalikan
semula kekuatan dan kehebatan
mereka. Mereka mesti merasa perlu mendirikan syariah
yang hilang
4.Dia mesti
mengetahui bahawa kewajipan membangunkan masyarakat Islam tidak mungkin
terlaksana dan tercapai hanya dengan usaha individu. Tetapi mesti
dilakukan dengan amal jama’i untuk memikul bebanan agung
ini. Berdasarkan qaedah Usul Feqh :
ما لا يتّم الواجب الاّ به فهو واجب
“
Sesuatu yang tidak sempurna perkara yang wajib kecuali dengannya, maka ia
menjadi wajib”
5. Dia mesti
melatih dan tahan sabar menanggung bebanan di
jalan yang penuh kesusahan dan kepenatan.
6.Setiap anggota
sentiasa merasa pengintipan kehadiran Allah (muraqabatillah).
7.Dia hendaklah
mengingati dan membuat persediaan untuk hari akhirat. Terapkan keyakinan,
bahawa kerja-kerja jamaah adalah menjadi bekalan di hari akhirat.
8. Dia mesti
bertaqarrub (menghampirkan) diri kepada Allah dengan melakukan sunat
nawafil seperti Qiamullail berpuasa sunat, membanyakkan zikirullah, sentiasa
berdoa dengan khusuk kepada Allah dengan membaca doa ma’thurat.
9. Wajib
mencintai Allah dengan sebenar cinta. Cinta yang menjadikan hati itu
sentiasa merasa rindu dan terikat
dengannya. Kecintaan ini mendorong menambahkan amalan-amalan
kebaikan, bekorban dan berjihad di jalannya sepanjang masa. Walaupun
hidup dalam kemewahan dan kecintaan terhadap kaum kerabat, semuanya tidak
sepatut menghalang daripada mencintai Allah. Apabila kecintaan kepada
Allah mengatasi semuanya maka tidak ada apa yang boleh diganti dengan dunia dan
pangkat. Ini adalah sejajar dengan seruan Allah
yang mengingatkan:
قُلْ
إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ
وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا
وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ
وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ
الْفَاسِقِينَ ﴿٢٤﴾
“Katakanlah; jika bapa-bapa,
anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang
kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat
tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya
dan (dari) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan
keputusannya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasiq”
(Surah al-Taubah 9:24)
10.Kita tidak
sepatutnya menumpukan kepada kegiatan di dalam pentadbiran semata-mata
dengan mengabaikan tarbiah ruhiah yang menjadi asas kepada perjuangan.
Kalau berterusan demikian , amal akan berubah menjadi kerja rasmi yang
hanya kulit, tetapi kosong ruh dan jiwa yang menyebabkan timbul pergolakan yang
tidak diingini dalam jamaah.
11.Wajib
meluangkan waktu tertentu untuk membaca al-Quran dengan cara merenungi maksud
dan pengajarannya. Banyak kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran untuk
diambil pengajaran dan menjadi rangsangan kepada kita untuk berjuang dengan
lebih gigih. Kita mesti membacanya dengan penuh tadabbur, merenunginya dengan
khusyuk dan sedih kerana sabda Rasulullah SAW
إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ نَزَلَ بِحُزْنٍ فَإِذَا
قَرَأْتُمُوهُ فتحازنوا
Bermaksud,
“Sesungguhnya
al-Quran diturunkan dalam keadaan duka cita, maka apabila kamu membacanya
hendaklah kamu merasakan kedukacitaan tersebut”
12. Bersifat warak dari
melakukan perkara-perkara syubhat (perkara yang samar) diantara halal dan
haram. Kita mesti menjaga makanan, minuman yang samar dari segi halal dan haram
supaya kita terpelihara dari jatuh kepada perkara yang haram.
Sabda Rasulullah SAW
إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ
مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
رواه البخاري ومسلم.
Sesungguhnya
yang halal itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara
keduanya ada perkara yang kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan
manusia. Maka barangsiapa yang memelihara (dirinya dari) segala kesamaran,
sesungguhnya ia memelihara dari agamanya dan kehormatannya. Dan
barangsiapa jatuh pada perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam yang
haram, seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan
larangan , hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa
bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! Bahawa larangan Allah
ialah segala yang diharamkannya. Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul
daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak,
rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati” (Bukhari Muslim)
13.Mestilah
bersifat tawaduk atau merendahkan diri khususnya terhadap saudara seIslam
dengan cara tidak membezakan (dalam memberi layanan) samaada yang miskin
mahupun yang kaya. Kita mesti sedar bahawa ahli PAS terdiri dari berbagai
lapisan masyarakat dan status. Kita tidak hanya bergaul dengan orang kaya
sahaja dengan meninggalkan orang miskin dan susah. Kerana perbuatan ini tidak
mendapat rahmat daripada Allah SWT. Rasulullah SAW sendiri memohon perlindungan
daripada Allah agar dijauhkan dari sifat takbur. Baginda bersabda
لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال ذرة من كبر
“Tidak
akan memasuki syurga siapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarrah sifat
takbur” (Riwayat Muslim)
14.Kita mesti
menunjukkan contoh teladan yang baik selari dengan Islam yang menjadi dasar PAS.
Akhlak ahli PAS mesti selari dengan al-Quran dan Al-Sunnah kerana ia akan
memberi kesan kepada perjuangan PAS. Kita percaya contoh teladan yang baik amat
kuat mempengaruhi orang lain untuk mendekati perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
Maka kita PAStikan diri kita, keluarga kita mesti menunjukkan contoh teladan
yang baik di mana sahaja kita berada,kerana kita akan menjadi duta kepada PAS
untuk melebarkan pengaruh PAS kepada masyarakat. Seperti kata Hukama'
لسان الحال افصح من لسان المقال
“Lisanul Hal (tindakan) lebih baik dari lisanul Maqal
(berkata-kata)”
15.Suami
isteri mesti mendidik anak-anak serasi dengan acuan Islam. Kita perlu
sedar orang sentiasa memerhati rumahtangga ahli PAS supaya selari dengan
prinsip perjuangan yang di bawa. Kita bimbang orang tidak berminat dengan
PAS apabila melihat rumahtangga ahli PAS yang tidak tepat dengan kehendak
Islam. PAStikan isteri menutup aurat mengikut syariat, anak menutup aurat
dengan mengikut syariat. Kita tidak mahu anak isteri menjadi fitnah pada
perjuangan PAS. Kita mahu orang berminat dengan PAS apabila mereka
melihat rumahtangga Islam yang dibina dalam rumah ahli PAS.
Firman Allah SWT
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ
نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ
لَّا يَعْصُونَ اللَّـهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾
“Wahai orang yang beriman peliharalah
dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan
batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan tidak mendurhakai Allah
terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan mengerjakan apa yang
diperintahkan”
(Al-Tahrim 66:6)
16.Berkawan
dengan mereka yang berjiwa besar (bersemangat juang). Jika kita rapat dengan
mereka yang malas maka ia juga menjadi diri kita pemalas.
*Sering
memerhati sirah perjuangan Nabi SAW dan sahabat untuk mengambil semangat
mereka.
*Sentiasa
bersama dengan jamaah dan hadir ke program jamaah kerana di
sana terdapat sahabat yang berjiwa besar dan ikhlas dalam perjuagan.
17.Rapatkan
diri dengan markaz PAS kerana di sana ialah mereka yang sentiasa memikirkan
tentang masa depan PAS
18.Jangan
kita memperkecilkan parti kita di tempat awam, dengan ini akan memberi
mudaharat kepada jamaah.
19.Jangan
dedahkan rahsia dan masalah dalaman parti kepada media, samaada media cetak
atau internet.
20.Sentiasa
menjalankan kerja dakwah fardiah untuk mengembangkan sayap perjuangan kita
21.Kita
mesti menjadi duta PAS untuk melebar jaringan PAS kepada orang lain.
22.Menangkis
segala fitnah yang disebarkan terhadap PAS dan memurnikan kembali segala tohmahan
ini.
23.Cuba
melatihkan diri sebagai jentera penerangan PAS secara sendiri, dengan mencetak
10 keping seminggu risalah atau keratan akhbar yang boleh dijadikan sebaran
maklumat untuk orang atas pagar. Edarkan CD dan berikan secara percuma pada
mereka yang menjadi sasaran kita.
24.Letakkan
akhbar alternatif seperti Harakah, Keadilan di kedai-kedai kopi untuk
orang ramai membaca.
Kesimpulan
PAS sebagai sebuah gerakan
Islam dan gerakan politik perlukan amilin yang bergerak dan produktif. Tidak
ada siapa lagi yang akan mempertahankan kesucian Islam melainkan ahli yang
haraki sahaja. Maka jadilah kita sebagai Ansarullah. Kita sebagai ahli PAS,
mesti bersifat haraki (bergerak) bukan hanya menjadi ahli yang berada di
pinggir perjuangan tetapi mesti menjadi penyumbang
kepada kemenangan Islam. Di dalam apa keadaan, jamaah mesti
diutamakan. Semoga ia menjadi amal soleh bekalan sewaktu bertemu dengan Allah
SWT dan menjadi bahan penyejuk di padang mahsyar.
Ustaz Hj Idris bin Haji Ahmad
Pengarah Jabatan Tarbiah Dan Perkaderan PAS Pusat
No comments:
Post a Comment