…DI ANTARA SIFAT-SIFAT AL QURAN
1.0 Al Quran memberi manfaat kepada mereka yang
beriman dan bertaqwa
Fussilat : 44
قُلْ هُوَ
لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ ۖ وَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِي
آذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى ۚ أُولَـٰئِكَ يُنَادَوْنَ مِن
مَّكَانٍ بَعِيدٍ ﴿٤٤﴾
Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi
(cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya
orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit
yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan
gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi).
Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak
ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka
dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)
Al Baqarah : 2
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang
datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi
orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
2.0 Al Quran member petunjuk dan berita gembira
kepada mereka yang beriman dan beramal saleh.
Al Isra’ : 9
إِنَّ هَـٰذَا
الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ
يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا﴿٩﴾
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat
betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang
beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang
besar.
3.0 Al Quran adalah penawar dan rahmat bagi mereka yang
beriman
Al Isra’ : 82
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا
هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا
خَسَارًا ﴿٨٢﴾
Dan
Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi
ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan
(sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan
keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
4.0 Al Quran dimudahkan untuk mereka yang mahu
mengambil peringatan dan pelajaran.
Al Qamar : 17
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk
menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil
peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
5.0 Al Quran mengandungi nasihat, penawar kepada
penyakit-penyakit hati, juga [etunjuk dan rahmat kepada mereka yang beriman.
Yunus : 57
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ
جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu
Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi
penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga
menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi
orang-orang yang beriman.
6.0 Al Quran mengandungi tazkirah ( peringatan )
dan pendorong kepada perubahan diri menuju Allah
Al Muzzammil : 19
Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran)
ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah
ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).
7.0 Al Quran diturunkan dalam bahasa arab untuk
dipelajari
Yusuf : 2
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang
dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
8.0 Al Quran menyentuh hati dan perasaan serta menyuburkan keimanan
Az Zumar : 23
اللَّـهُ
نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُّتَشَابِهًا مَّثَانِيَ تَقْشَعِرُّ
مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ
وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ ۚذَٰلِكَ هُدَى اللَّـهِ يَهْدِي
بِهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَمَن
يُضْلِلِ اللَّـهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ ﴿٢٣
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci
Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang
benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai
cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang
yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka
menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat
Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk
dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan
pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah
petunjuk kepadanya.
Al Anfaal : 2
إِنَّمَا
الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّـهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا
تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ
يَتَوَكَّلُونَ ﴿٢﴾
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna
imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya)
gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,
menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka
berserah.
Wallahu a’lam
…..bersambung : AL QURAN
MENDEDAHKAN SIFAT DAN SIKAP MANUSIA
No comments:
Post a Comment