Wednesday, February 17, 2010

Membina Kehidupan Rabbaani...

Lama Abi tak menulis..sebab utamanya kerana laptop rosak. Ini pun guna laptop Ma'ahad. Sejak balik dari bumi Sham..Abi sering tersentuh dengan kalimah RABBAANI..bukan kerana dengar nasyid Rabbani tetapi pengertian kalimah rabbani itu sendiri amat mendalam maknanya. Ulama' rabbaani..murobbi rabbaani..da'ie rabbaani..ahlus siyasah rabbaani...yang bila dilihat peribadinya..dilihat akhlaqnya..didengar kata-katanya..terasa sentuhan ruhinya...terasa perasaan kasihnya..terasa gelombang fikrah perjuangannya...tersentak jiwa melihat semangat juangnya..namun jiwanya penuh dengan kerendahan hati . Sebenarnya Abi melihat jalan yang terang untuk membina afraad jama'ah yang bersifat rabbaani ini...keperibadian yang mampu merempuh jahiliyyah..melonjak qiyadah ummah..menaungi rahmah ...namun bersediakah kita melalui manhaj dan langkah-langkah takwinnya atau pembentukannya.....

ABi