Sunday, February 23, 2014

وآداب الصحبة:

الايثار بالمال، فإن لم يكن هذا فبذل الفضل من المال عند الحاجة، والإعانة بالنفس في الحاجات، على سبيل المبادرة من غير احواج إلى التماس، وكتمان السر، وستر العيوب، والسكوت على تبليغ ما يسوؤه من مذمة الناس إياه، وإبلاغ ما يسره من ثناء الناس عليه، وحسن الإصغاء عند الحديث، وترك المماراة فيه، وأن يدعوه بأحب أسمائه إليهس، وأن ثني عليه بما يعرف من محاسنه، وأن يشكره على صنيعه في وجهه، وأن يذب عنه في غيبته إذا تعرض لعرضه كما يذب عن نفسه، وأن ينصحه باللطف والتعريض إذا احتاج إليه، وأن يعفو عن زلته وهفوته، ولا يعتب عليه، وأن يدعو له في خلوته في حياته وبعد مماته، وأن يحسن الوفاء مع أهله وأقاربه بعد موته، وأن يؤثر التخفيف عنه، فلا يكلفه شيئا من حاجاه، فيروح سره من مهماته، وأن يظهر الفرح بجميع ما يرتاح له من مساره، والحزن على نياله من مكارهه، وأن يضمر في قلبه مثل ما يظهره، فيكون صادقا في وده سرا وعلانية، وأن يبدأه بالسلام عند إقباله، وأن يوسع له في المجلس ويخرج له من مكانه، وأن يشيعه عند قيامه، وأن يصمت عند كلامه حتى يفرغ من كلامه، ويترك المداحلة في كلامه.

ADAB BERSAHABAT :

1)Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jika tidak mampu berbuat demikian maka hendaklah ia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.

2)Menolong sahabat dengan diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum sahabat itu meminta tolong.

3)Menyembunyikan rahsia sahabatnya.
E
4)Menutup keaiban sahabatnya.

5)Berdiam daripada menyampaikan perkataan orang lain yang mencela sahabat kita.

6)Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji sahabat kita.

7)Mendengar dengan baik apabila sahabat bercakap dengan kita.

8)Meninggalkan perbalahan dengan sahabat.

9)Memanggil sahabat dengan nama yang disukainya.

10)Memuji sahabat akan kebaikannya.

11)Berterima kasih kepada sahabat atas kebaikannya.

12)Menegah orang lain daripada mengumpat sahabat kita seperti kita membela diri sendiri.

13)Memberi nasihat dengan cara yang lemah lembut dan bahasa yang halus apabila hendak menasihati sahabat kita.

14)Memaafkan segala kesilapan sahabat dan janganlah mencelanya.

15)Mendoakan sahabat ketika sahabat itu masih hidup atau telah meninggal dunia.

16)Mengekalkan ukhwah terhadap keluarga sahabat selepas kematian sahabat itu.

17)Jangan suka membebankan sahabat.

18)Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yang menyukakan hati sahabat itu dan menyatakan kesusahan terhadap apa yang menyusahkan hati sahabat itu. (gembira dan sedih bersama, susah dan senang bersama)

19)Menyamakan antara hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yang nampak di luar, maka dengan itu barulah kecintaan itu dianggap benar.

20)Memulakan memberi salam ketika bertemu dengan sahabat.

21)Meluaskan tempat duduk kepada sahabat ketika di dalam majlis dan hendaklah berpindah ke tempat lain jika tidak dapat berbuat demikian. (memberikan sahabat kita tempat duduk)

22)Hendaklah kita menghantar sahabat ke muka pintu apabila sahabat itu keluar dari rumah kita.

23)Hendaklah berdiam ketika sahabat sedang bercakap sehingga selesai percakapannya dan janganlah mencelah ketika sahabat itu sedang bercakap.

Syukran wa jazakumullah khairan kepada para sahabat yang telah menunaikannya...dan mohon kemaafan jika hamba yang lemah ini tak mampu lagi menunaikannya pada antum....

Semoga kita berkumpul semula di Syurga nanti....
..Jadilah manusia rabbani....

(( أمرني ربي بتسع، خشية الله في السر والعلانية، كلمة العدل في الغضب والرضا، القصد في الفقر والغنى، وأن أصل من قطعني وأن أعفو عمن ظلمني، وأن أعطي من حرمني، وأن يكون صمتي فكراً ونطقي ذكراً ونظري عبرةً))
[ القرطبي عن أبي هريرة]

Tuhanku memerintahkan aku dengan sembilan (perkara):
1. Takutkan Allah dalam rahsia dalam ketika berahsia dan berterangan
2. Kalimah yang adil dalam ketika marah dan redha
3. Bersederhana dalam ketika fakir dan kaya
4. Menyambung hubungan pada orangbyang memutuskan hubungan denganku
5. Memaafkan orang yang menzalimiku
6. Memberi kepada orang yang menegah pemberian padaku
7. Diamku adalah berfikir
8. Kata-kataku adalah zikir
9. Pandanganku adalah pengajaran

( HR Qurtubi )

خياركم من ذكركم بالله رؤيته وزاد في علمكم منطقه ورغبكم في الآخرة عمله أخرجه الحكيم
 عن ابن عمرو بن العاص رضي الله عنه

Sebaik-baik kamu ialah seorang yang bila melihatnya mengingatkan kamu pada Allah, kata-katanya menambah ilmu kamu dan amalannya menambah cenderung mu pada akhirat


PadaMu Ya Rabb aku meminta...

اللهم بعلمك الغيب ، وقدرتك على الخلق ، أحيني ما علمت الحياة خيرا لي ،
 وتوفني إذا علمت الوفاة خيرا لي ،
اللهم إنّي أسألك خشيتك في الغيب والشهادة ، وأسألك
كلمة الحق في الرضا والغضب ،وأسألك القصد في الفقر والغنى
وأسألك نعيما لا ينفد ، وأسألك قرة عين لا تنقطع ، وأسألك
الرضاء بعد القضاء ، وأسألك برد العيش بعد الموت ،
وأسألك لذة النظر إلى وجهك ، والشوق إلى لقائك ،
في غير ضراء مضرة ، ولا فتنة مضلة ، اللهم زينا بزينة الإيمان ،
واجعلنا هداة مهتدين

(الحديث أخرجه الإمام أحمد والنسائي وابن خزيمة وابن حبان واللالكائي وغيرهم )
.
artinya:
.
Ya Allah, dengan adanya Engkau mengetahui yang ghaib dan dengan kekuasaanMu untuk menciptakan makhluk:
Perpanjanglah hidupku bila Engkau mengetahui bahwa kehidupan selanjutnya lebih baik bagiku …
Matikanlah aku dengan segera, bila Engkau mengetahui bahwa kematian lebih baik bagiku …
.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu agar aku takut kepada-Mu dalam keadaan sembunyi (sepi) atau ketika ramai …
Aku memohon kepada Mu agar dapat berpegangdengan kalimat haq di waktu rela atau marah …
Aku memohon kepada Mu agar aku mampu melaksanakan kesederhanaan dalam keadaan fakir ataupun kaya …
Aku memohon kepada Mu agar diberikan nikmat yang tidak habis …
Aku memohon kepada Mu agar diberikan ketenangan yang tidak putus …
Aku memohon kepada Mu agar aku dapat rela setelah qadha Mu (turun kepada kehidupanku) …
Aku memohon kepada Mu kehidupan yang menyenangkan setelah aku meninggal dunia …
Aku memohon kepada Mu agar aku dapat menikmati memandang wajah Mu (di syurga), rindu bertemu dengan Mu tanpa penderitaan yang membahayakan dan fitnah yang menyesatkan …
.
Ya Allah, hiasilah  kami dengan keimanan dan jadikanlah kami sebagai penunjuk jalan (lurus) yang memperoleh bimbingan dari Mu.