Monday, July 22, 2013

اعمال يحبها الله في رمضان


Amalan-amalan Yang Dikasihi Allah di Bulan Ramadhan

أولا: الجلوس بعد صلاة الفجر إلى طلوع الشمس لذكر الله ثم صلاة الضحى
Pertama :
Duduk selepas solat fajar sehingga terbit matahari untuk berzikir kemudian solat sunat dhuha

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "من صلى الصبح في جماعة، ثم جلس في مصلاه يذكر الله حتى تطلع الشمس، ثم صلى ركعتين، كان له مثل أجر حجة وعمرة تامة".. قالرسول الله صلى الله عليه وسلم: "تامة تامة تامة"
. رواه الترمذى

Daripada Nabi S.A.W. telah bersabda " Sesiapa yang solat subuh berjamaah, kemudia ia duduk di tempat solatnya berzikir mengingati Allah sehinggalah terbit matahari, kemudian ia solat dua rakaat, adalah baginya ganjaran seumpama haji dan umrah sesempurnanya

ثانياً:الذكر
**********
Kedua :
Zikirullah
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"
ألا أنبئكم بخير أعمالكم ، و أزكاها عند مليككم ، و أرفعها في درجاتكم ، و خير لكم من إنفاق الذهب و الورق ، و خير لكم من أن تلقوا عدوكم ، فتضربوا أعناقهم و يضربوا أعناقكم ؟ قالوا : بلى يا رسول الله قال : " ذكر الله " صحيح الإسناد
Rasulullah S.A.W bersabda :
" Apakah kamu mahu aku memberitahu kamu sebaik-baik amalan kamu, sebersih-bersih amalan di sisi Pemilikmu, setinggi-tinggi pada kedudukan kamu, sebaik- baik ganjaran daripada infaq emas dan perak, sebaik-baik ganjaran daripada kamu bertemu musuhmu, maka kamu memancung tengkuk mereka dan mereka memancung tengkuk kamu? Mereka berkata : " Bahkan ya wahai Rasulullah"..Rasulullah S.A.W bersabda : " Zikrullah ".


ثالثاً:الصدقة
*************
Ketiga :
Bersedekah
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"
إن صدقة السر تطفىء غضب الرب تبارك وتعالى }[صحيح الترغيب].
Rasulullah S.A.W bersabda :
" Sesungguhnya sedekah secara tersembunyi itu menutup kemurkaan Allah Tabaraka wa Ta'ala "

وروى البخارى عن ابن عباس رضى الله عنهما , كان رسول الله صلى الله عليه و سلم : " أجود الناس , و كان أجود ما يكون فى رمضان حين يلقاه جبريل عليه السلام , و كان يلقاه كل ليلة فى رمضان فيدارسه القرآن فلرسول الله صلى الله عليه و سلم أجود بالخير من الريح المرسلة .
Diriwayatkan oleh Bukhari daripada Ibnu Abbas RAhma, adalah Rasulullah seorang yang sangat dermawan, dan Baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan ketika bertemu Jibril AS, dan adalah Jibril menemui Baginda pada setiap malam Ramadhan dan mengajar Baginda Al Quran, kedermawan Rasulullah S.A.W melebihi angin yang berhembus
رابعاً:عمرة رمضان
**********
Ke empat :
Umrah di bulan Ramadhan
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
":
عمرة فى رمضان كحجه معى" .( متفق عليه)
Rasulullah S.A.W bersabda :
" Umrah di bulan Ramadhan seperti menunaikan haji bersertaku "

خامساً: السحور
**********
Ke lima :
Bersahur

قد اجتمت الائمة على إستحبابه , فعن أنس رضى الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه و سلم قال (( تسحروا فإن السحور بركة ))رواه البخارى و مسلم

Telah sepakat para ulama pada hukumnya sunat. Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah bersabda " Bersahurlah kamu sesungguhnya sahur itu keberkatan "

سادسا: تعجيل الفطر
********
Ke enam :
Menyegerakan berbuka

يستحب للصائم أن يُعجل الفطر متى تحقق غروب الشمس فعن سهل بن سعد رضى الله عنه أن النبى صلى الله عليه و سلم قال (( لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر )) رواة البخارى و مسلم .
و ينبغى ان يكون الفطر رُطبات وتراً فإن لم يجد فعلى الماء , فعن انس رضى الله عنه قال (( كان رسول الله صلى الله عليه و سلم يُفطر على رطبات قبل أن يُصلى , فإن لم يكن فعلى تمرات , فإن لم تكن حسا حسوات من ماء )) رواه ابو داود و الحاكم وصححه الترمزى وحسنه 
Disunatkan bagi orang yang berpuasa bahawa ia menyegerakan berbuka apabila telah yakin tenggelam matahari. Daripada Sahal bin Saad RA bahawasabta Nabis S.A.W. telah bersabda :" Tidak akan putus kebaikan manusia selama mana mereka menyegerakan berbuka".Dan sayugianya berbuka itu dengan 'ruthob' pada kiraan ganjil, jika tidak ada , berbuka dengan minum air. Daripada Anas RA berkata, "Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji ruthob (tamar basah) sebelum solat, jika tiada ruthob Baginda berbuka dengan tamar, dan sekiranya tamar tiada, baginda akan berbuka dengan air." (Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi. Kata Tirmidzi ia hadis hasan )

سابعا: الدعاء عند الفطر و أثناء الصيام
**********
Ke tujuh :
Berdoa ketika berbuka dan berpuasa

روى ابن ماجه عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه و سلم قال (( إن للصائم عند فطرة دعوة ما تُرد ))
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Al As RAhuma bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda :" Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada satu doa yang tidak ditolak".

و روى الترمزى بسند صحيح انه صلى الله عليه و سلم قال (( ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر و الإمام العادل و المظلوم )) .
Diriwayatkan oleh At Tirmizi dengan sanad yang sahih bahawasanya Nabi S.A.W telah bersabda :" Tiga orang yang doa mereka tidak ditolak : Orang yang berpuasa sehinggalah berbuka, Imam yang adil dan orang yang dizalimi ".

ثامنا: السواك
**********
Ke lapan:
Bersiwak
يستحب للصائم أن يتسوك أثناء الصوم و لا فرق بين اول النهار و آخره
و قال الترمذى (( و لم ير الشافعى بالسواك , أول النهار و آخرة بأساً )) و كان النبى صلى الله عليه و سلم يتسوك و هو صائم .
Disunatkan bagi orang yang berpuasa bahawa bersiwak ia ketika ia berpuasa dan tiada beza samaada pada awal siang atau akhirnya. Berkata Tirmizi ( As Syafie tidak berpandangan siwak itu suatu yang salah samaada di awal atau akhir hari ...) dan adalah Rasulullah S.A.W. bersiwak sedangkan ia berpuasa.

تاسعا: الإجتهاد فى العبادة فى العشر الأواخر من رمضان
**********
Ke sembilan :
Bersungguh-sungguh beribadat pada sepuluh hari terakhir Ramadhan

روى البخارى و مسلم عن عائشة رضى الله عنها أن النبى صلى الله عليه و سلم (( كان إذا دخل العشر الأواخر أحيى الليل , و أيقظ أهله , و شد المئزر )) و فى رواية مسلم  كان يجتهد فى العشر الأواخر ما لا يجتهد فى غيره
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada A'isyah RAha, bahawasanya Nabi S.A.W. apabila masuk sepuluh yang terakhir (Ramadhan )..baginda menghidupkan malam ( dengan ibadah ), membangunkan keluarganya dan mengikat kainnya ..dan pada riwayat Muslim ( adalah Baginda bersungguh-sungguh pada sepuluh terakhir apa yang Ia tidak bersungguh lakukan pada selainnya

MENTADABBUR AL QURAN CARA RASULULLAH S.A.W , PARA SAHABAT DAN PARA SALAFUSSOLEH



Allah s.w.t berfirman :
An Nisa’ ayat 82
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّـهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا ﴿٨٢
Maka apakah mereka tidak mahu mentadabburi al-Quran ?
Maka, sudah pasti ianya wajib. Imam Ibnul Qayyim rah. menukilkan “ Tidak ada satu hal pun yang lebih bermanafaat bagi hati ini selain dari membaca al Quran dengan tadabbur dan tafakur”.

Tadabbur inilah yang akan mewariskan rasa cinta , kerinduan , takut, harap , inabah, tawakkal , redha , berserah diri , syukur, sabar dan segala hal lain yang menghidupkan hati dan membawanya menuju kesempurnaan ( ke maqam insanul kamil). Di sini dilakarkan kisah kehidupan yang unggul dan suri teladan yang sempurna bagi para salik menuju pertemuan dengan Allah, semoga diterima oleh Allah s.w.t niat, amalan dan cita-cita kita semua , insyaAllah.

Semua ayat di dalam al-Quran wajib ditadabburi agar ia mendarah daging dalam jiwa kita dan dapat kita laksanakan perintah dan petunjuk Allah s.w.t secara tajalliyat . Namun huraian di bawah hanya memberikan contoh (yang telah diriwayatkan secara sahih) ayat-ayat al-Quran yang telah ditadabburi sahabat, tabi’in malah Rasulullah s.a.w sendiri agar dapat kita belajar , bagaimana kita sepatutnya mentadabburinya . Bukan setakat berfikir, merenung, mengkaji atau menyelidik , tetapi juga membawanya dalam solat baik yang wajib mahupun yang sunat. InsyaAllah dengan begitu dapatlah kita menuju ke makam insan rabbani atau insan kamil yang diredhai Allah s.w.t. Inilah hakikat “rabbi zidni ilma” – ”Tuhanku tambahkanlah ilmuku” agar sebagai hamba yang bersyukur kita dapat mengenali dalam tajalliyat-tajalliyat yang tidak kunjung habisnya dari segi bentuk, jenis dan kepelbagaiannya sehingga ianya terus berlaku di akhirat dalam bentuk yang lebih murni dan mendalam.

Mentadabbur al-Quran adalah perintah seperti yang disebut dalam surah Shaad ayat 29:
كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿٢٩
Ini adalah sebuah kitab yang mana telah Kami turunkan kepadamu dengan penuh berkah , supaya mereka mentadabburi ayat-ayatnya dan mendapat pelajaran para ulul albab.
Menurut Ibnul Qayyim rah. perbuatan meninggalkan al-Quran itu banyak bentuknya , di antaranya ialah tidak mentadabburinya , tidak memahaminya dan juga tidak mengetahui maksud yang dikehendaki oleh Allah s.w.t dari ayat itu. Seterusnya beliau berkata : Tidak ada satu hal pun yang lebih bermanafaat bagi hati selain daripada membaca al Quran dengan tadabbur dan tafakkur.

Contoh dari Rasulullah s.a.w, sahabat r.a dan para tabiin radiyallahu 'anhum
An Nisa’ 4: 41
فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِن كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَىٰ هَـٰؤُلَاءِ شَهِيدًا ﴿٤١
“Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?”
Air mata Rasulullah s.a.w bercucuran (apabila mendengar ianya dibaca oleh Ibn Mas’ud) - riwayat Ibn Mas’ud

Yusuf 12:86
قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّـهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّـهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ ﴿٨٦
“(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.”
Umar al Khattab r.a tersesak-esak membaca ayat ini ketika menjadi imam pada satu solat suboh sehingga terdengar di saf yang terakhir mesjid Nabawi. - riwayat Ibn Syaddad

Al A’raf 7:165
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ أَنجَيْنَا الَّذِينَ يَنْهَوْنَ عَنِ السُّوءِ وَأَخَذْنَا الَّذِينَ ظَلَمُوا بِعَذَابٍ بَئِيسٍ بِمَا
 كَانُوا يَفْسُقُونَ ﴿١٦٥
“Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).”
Ibn Abbas r.a menangis di kamarnya apabila membaca ayat ini. - riwayat Ikrimah

Al Jatsiyah 45:21
أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ اجْتَرَحُوا السَّيِّئَاتِ أَن نَّجْعَلَهُمْ كَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَوَاءً مَّحْيَاهُمْ وَمَمَاتُهُمْ ۚ
سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ ﴿٢١
“Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu”
Tamim ad Dari r.a membaca satu ayat ini dalam solat-solatnya di sepanjang malam

An Nahl 16:18
وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّـهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿١٨
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Imam Hasan al Basri rah. membaca ayat ini berulang-ulang sepanjang malam.
At Thur 52:35
أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ ﴿٣٥
“Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?”
Jubair bin Mut’im tawanan perang Badar masuk Islam apabila mendengar ayat ini dalam solat magrib Rasulullah s.a.w ketika menjadi imam. - riwayat Jubair bin Mut’im r.a

At Thur 52: 27
فَمَنَّ اللَّـهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ ﴿٢٧
"Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufiqNya), serta memelihara kami dari azab neraka.”
Dibaca berulang-ulang oleh Saidatina Aisyah r.a sepanjang pagi sambil menangis
-riwayat Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar r.a

Qaaf :19
وَجَاءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ۖ ذَٰلِكَ مَا كُنتَ مِنْهُ تَحِيدُ ﴿١٩
Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"
Ibnu Abbas e.a membaca ayat ini lalu menangis - riwayat Ibn Abi Mulaikah r.a
Al Baqarah 2: 284-286
لِّلَّـهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَإِن تُبْدُوا مَا فِي أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللَّـهُ ۖ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿٢٨٤﴾
 آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّـهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ ﴿٢٨٥﴾
 لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ ﴿٢٨٦
Ibn Umar r.a sentiasa menangis apabila membaca ayat ini - riwayat Nafi’i r.a

Al Hadid 57:16
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّـهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ ﴿١٦
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka “
Ibn Umar r.a pernah menangis dan pengsan apabila membaca ayat ini - riwayat Nafi’i r.a

Al Mutoffifin 83: 6
يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٦
“Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?”
Ibn Umar r.a pernah menangis dan tersungkur apabila membaca ayat ini - riwayat Nafi’i r.a
Saba ‘ 34:54
وَحِيلَ بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ مَا يَشْتَهُونَ كَمَا فُعِلَ بِأَشْيَاعِهِم مِّن قَبْلُ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا فِي شَكٍّ مُّرِيبٍ ﴿٥٤

“Dan disekatlah di antara mereka dengan apa yang mereka ingini, sebagaimana yang telah dilakukan kepada orang-orang yang sama keadaannya dengan mereka pada masa yang lalu; sesungguhnya mereka dahulu berada dalam keadaan syak yang meragukan.”
Ibn Umar r.a sedang minum air dingin lalu tiba-tiba menangis dan apabila ditanya , beliau mengatakan teringatkan ayat ini.

Al Infitar 82:6
يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ ﴿٦
“Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? “
Abu Musa As Syaari r.a membaca ayat ini lalu menangis

Al Kahfi : 50
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ ۗ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ ۚ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا ﴿٥٠

“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.”
Abu Musa As Syaari r.a membaca ayat ini lalu menangis


An Najm 53:59-60
أَفَمِنْ هَـٰذَا الْحَدِيثِ تَعْجَبُونَ ﴿٥٩﴾ وَتَضْحَكُونَ وَلَا تَبْكُونَ ﴿٦٠
“Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)? Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?”
Ketika dua ayat ini diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w dan disampaikan kepada ahli Suffah r.a , mereka semua menangis dan tersungkur di beranda masjid Nabawi

Al Maidah 5:118
إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ ۖ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿١١٨

"Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
Rasulullah s.a.w solat membaca satu ayat ini sahaja berulang-ulang begitu juga membacanya dalam sujud sepanjang malam.- riwayat Abu Zar Ghifari r.a

Al Kahfi 18:37
قَالَ لَهُ صَاحِبُهُ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ أَكَفَرْتَ بِالَّذِي خَلَقَكَ مِن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ سَوَّاكَ رَجُلًا ﴿٣٧
“Berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?”
Tsabit Banani rah. mengulang-ulang ayat ini dalam solat sambil menangis sepanjang malam.
-riwayat Hammad bin Salamah

Al Zalzalah 99: 1 dan 7-8
إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا
“Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,”
(Az-Zalzalah 99:1)
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Az Zalzalah :7)

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
“Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Az zalzalah :8)
Seseorang qari sedang membaca surah al Zalzalah lalu didengari oleh Malik bin Dinar r.a lalu tubuhnya mula gementar. Pada ayat 7-8 beliau jatuh pengsan.
-riwayat Harith bin Said r.a

Al Qamar :46
بَلِ السَّاعَةُ مَوْعِدُهُمْ وَالسَّاعَةُ أَدْهَىٰ وَأَمَرُّ ﴿٤٦
“(Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.”
Imam Abu Hanifah rah. mengulang-ulang ayat ini dalam solat sambil menangis -riwayat Qasim bin Ma’in rah.

Semoga mendapat sentuhan tadabbur Quraniyyah dalam diri kita …
Wallahu a’laam

ABi


Monday, July 15, 2013

DI ANTARA ADAB-ADAB MENTADABBUR AL QURAN

 Disunatkan membaca Al Quran dengan disertai tadabbur dan memahaminya, kerana tadabbur adalah tujuan utama ( membaca Al Quran ) dan tuntutan yang penting. kerana dengannya jadi lapang dada dan bercahaya hati...
كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿٢٩
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا﴿٢٤
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?

Di antara adab tadabbur ialah hati bersibuk memikirkan makna apa dilafazkan ( dalam bacaan )..
dan memerhatikan segala perintah dan larangan Allah ( dalam ayat-ayat )...
...dan beriktiqad untuk menerimanya
..jika ada yang tercuai sebelumnya ( dalam melaksana perintah dan meninggalkan larangan ) maka mohonlah kemaafan dan keampunan ( dari Nya )
.bila bertemu ayat rahmah,..gembiralah dan mohonlah ( rahmah dari Allah )..
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ﴿آل عمران: ٨﴾
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya

bila bertemu ayat azab, rasailah ketakutan dan mohon perlindungan ( Allah dari nya )..
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن مَّنَعَ مَسَاجِدَ اللَّـهِ أَن يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَىٰ فِي خَرَابِهَا أُولَـٰئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَن يَدْخُلُوهَا إِلَّا خَائِفِينَ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ﴿البقرة: ١١٤﴾
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.

atau bertemu ayat tanzih ( mempersucikan Allah ), maka bertasbihlah dan besarkanlah ( Allah )
قُلْ هَـٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّـهِ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّـهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
﴿يوسف: ١٠٨﴾
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."
..atau ayat doa. maka rasalah rendah diri dan memohon ( doa padaNya )..
وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ﴿البقرة: ٢٠١﴾
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".


Wallahu a’laam