Monday, May 26, 2014

Perhalusilah jalan ibadat mu...

Perhalusilah jalan ibadat mu...

Kalaam thoriqah ibadah dari yang punya mata hati..

فلما استكمل العلم والمعرفة بالفرائض، انبعث ليأخذ في العبادة ويشتغل بها؛ فنظر فإذا هو صاحب جنايات وذنوب، وهذا حال الأكثر من الناس؛ فيقول: كيف أُقبِل على العبادة وأنا مُصر على المعصية متلطخ بها؟ فيجب عليَّ أولًا أن أتوب إليه، ليغفر لي ذنوبي ويخلصني من أسرها، وأتطهر من أقذارها، فأصلح للخدمة وبساط القربة.
فتستقبله ها هنا عقبة التوبة؛ فيحتاج لا محالة إلى قطعها، ليصل إلى ما هو المقصود منها، فأخذ في ذلك بإقامة التوبة في حقوقها وشرائطها إلى أن قطعها، فلما حصلت له التوبة الصادقة، وفرغ من قطع هذه العقبة، حنَّ إلى العبادة ليأخذ فيها؛ فنظر فإذا حوله عوائق محدقة به، كل واحدة منها تعوقه عما قصد من العبادة بضرب من التعويق، فتأمل فإذا هي أربعة: الدنيا والخَلق والشيطان والنفس، فاحتاج لا محالة إلى دفع هذه العوائق وإزاحتها عنه، وإلا فلا يتأتى له أمره من العبادة.

( نقل من منهاج العابدين للإمام الغزالي )

Maka tatkala telah sempurnanya ilmu dan makrifat dengan kefardhuan, maka bangkitlah sang ' abid untuk mengambil ( jalan ) ibadah dan bersibuk ( dan berbimbang ) dengan ibadah, maka menilik ia, maka ia mempunyai banyak jenayah dan dosa. Dan inilah hal keadaan kebanyakan daripada manusia. Maka berkata sang 'abid " Bagaimana aku mahu menghadap kepada ibadah sedang aku masih berkekalan atas kemaksiatan dan berlumuran dengannya? maka wajiblah atasku terlebih dulu agar bertaubat kepadaNya, semoga Dia mengampuni aku akan dosa-dosaku dan membersihkan aku dari tawanannya dosa-dosa ku, dan membersihkan aku daripada segala kejijikannya, maka ketika elok untuk khidmat dan dapat hampir kepadaNya.

Maka menghadap di sini aqabah ( pendakian ) taubat. Maka tidak dapat tiada kepada memutuskannya supaya sampai kepada matlamatnya. Maka diambillah ( jalan) taubat yang sebenarnya dengan ditunaikan segala hak dan syaratnya.

Tatkala hasillah bagi sang 'abid taubat yang sadiqah ( benar ) dan selesailah ia memutuskan aqabah taubat itu, rindulah ia kepada mengerjakan ibadat supaya ia mengambil ( faedah ) pada ibadat itu. Maka ia melihat di sekitarnya beberapa 'awaa'iq ( yang menegah ) daripada beribadat. Setiap satunya menegah daripada hasil ibadat. Lalu ia menilitinya dan ada empat yang menegah ibadat iaitu :

Pertama : Dunia, Kedua : Makhluk, Ketiga : Syaithan dan Keempat : Nafsu

Maka  memerlukan untuk diputuskan, tidak dapat tiada mestilah menghilangkannya. jika tidak tiada perlepasan dan keamanan dalam urusan ibadat.

( Petikan dari Kitab Minhajul Abidin oleh Imam Al Ghazali )