Saturday, March 03, 2012

PANDUAN TARBIYYAH DAN SIYASAH UNTUK ABNAUL HARAKAH

Di antara tugas-tugas para nabi dan rasul ‘alaihimus salaam:

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ

كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ ﴿٩

Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. ( As Sof :9 )

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ …..﴿٢

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak)…( Al Jum’ah : 2)

كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ الْأَنْبِيَاءُ، كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ،

وَإِنَّهُ لَا نَبِيَّ بَعْدِي، وَسَتَكُونُ خُلَفَاءُ فَتَكْثُرُ

Adalah bagi Bani Israil, mereka diuruskan urusannya oleh para nabi. Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi selepas aku, namun akan ada banyak para khalifah

( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

Pengertian Tarbiyyah Harakiyyah

Suatu proses perubahan diri melalui penyemaian ilmu dan pengasuhan amal, pembentukan iman dan pendidikan akhlaq , serta pengukuhan iltizam dan manifestasi pengorbanan ke arah penegakan amal islami melalui manhaj harakah islamiyyah

Konsep Siyasah Syar’iyyah @ Politik Islam

· Mengurus atau mengatur urusan manusia menurut dasar dan kaedah yang tidak menyalahi syari’at Islam.

· Mengatur maslahah kehidupan manusia.

· Berprinsip kepada menolak kerosakan, menarik kebaikan dan mengemukakan landasan ‘makarimul akhlaq’.

· Membina tapak al fardul muslim ke arah melahirkan kader-kader dakwah.

· Menjadi faktor kekuatan harakah Islamiyyah dalam memenangi jihad siyasi.

· Mengawal dan mengendali pengisian kemenangan

· Menegakkan amanah sebagai khalifah Allah dengan melaksanakan Islam dalam kehidupan manusia.

· Melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar.

· Memberikan keadilan kepada seluruh manusia.

· Mengislah keadaan hidup manusia.

إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ ﴿٥٨

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. ..( An Nisa’ : 58 )

Panduan Tarbiyyah

  • Diberi fokus takwin fardil muslim bercirikan peribadi muslim mukmin muttaqi da’ie mujahid.
  • Jadual aktiviti untuk membina tsaqafah dan fikrah ahli mestilah disusun dengan sistematik.
  • Isti’ab dakhili mestilah dibuat melalui penyeliaan dan pemantauan yang berkesan.

  • Perlaksanaan wasilah tarbiyyah seperti usrah dan tamrin mestilah menjadi keutamaan dalam memelihara mood tarbiyyah dalam seluruh peringkat gerak kerja jamaah.
  • Perancangan aktiviti tarbiyyah mestilah memberi keutamaan pada membina bidang ilmu,
  • syakhsiyyah dan iltizam.
  • Penyuburan dan pengislahan ukhuwwah juga keutamaan dalam aktiviti tarbiyyah.
  • Pimpinan mestilah menjadi qudwah dalam memimpin jamaah secara tarbawi.
  • Pimpinan dan ahli yang tarbawi mestilah diletakkan berperanan besar dalam gerak kerja dakhili dan khoriji.

Panduan Siyasah

  • Penglibatan dalam medan siyasah berdasarkan “ukur baju di badan sendiri”.
  • Fiqh awlawiyyat dijadikan kayu ukur dalam penguasaan proksi.
  • Pembinaan imej pimpinan soleh dan berwibawa pada perspektif masyarakat mestilah diutamakan.
  • Syura wajib diutamakan dalam semua peringkat kepimpinan.
  • Sikap terbuka dan bersedia untuk tahalluf dengan mana-mana pihak mestilah dijadikan ‘political experiment’ yang penting.
  • Siyasah adalah juga medan dakwah, maka sentiasa mengambil peluang dan ruang untuk berdakwah.
  • Medan siyasah adalah medan ijtihad yang sentiasa memerlukan penggunaan pemikiran yang agresif, produktif dan proaktif.
  • Strategi boleh berubah berdasarkan perubahan sikap dan pemikiran massa.
  • Matlamat tidak menghalalkan cara tetapi ambillah cara yang halal untuk matlamat yang halal.
  • Amanah, keadilan dan memperbaiki keadaan wajib dijadikan keutamaan dalam pendekatan siyasah.
  • Medan siyasah adalah medan ‘training ground’ untuk semua ahli dan pimpinan jamaah.

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ ﴿٤١

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. ( Al Hajj:41)

AL FAQIR MOHD NOOR OMAR (ABi)

0193353370..takwinusrah@gmail.com

www.takwinfardilmuslim.blogspot.com

Friday, March 02, 2012

WAHDATUL FIKR DAN WAHDATUL AMAL DALAM KONTEKS AMAL ISLAMI

Muqaddimah

Skop amal Islami yang dibincangkan di sini ialah yang melibatkan amal jama’iy dan amal ijtima’iy.
Fokus amal Islami ialah dakwah, tarbiyyah dan jihad.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّـهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٤٥

وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ

الصَّابِرِينَ ﴿٤٦

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).(45)

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.(46)

Al Anfaal : 45-46


Pengertian Wahdatul Fikri wal ‘Amal

Wahdatul fikri bermaksud kesatuan fikiran dalam meletakkan matlamat, halatuju, sikap dan pandangan dalam jama’ah.

Wahdatul amal bermaksud kesatuan tindakan dalam menjayakan perancangan, penyusunan kerja dan tenaga ke arah mencapai matlamat bersama dalam jama’ah.

Ini bererti wahdatul fikri adalah asas penting ke arah wahdatul amal.

Asas-asas Wahdatul Fikri

1. Keutuhan aqidah dan pegangan syariah.
2. Kefahaman tentang tasawwur Islam yang jelas.
3. Kejelasan matlamat dan fikrah perjuangan.
4. Kejelasan prinsip dan keanjalan strategi
5. Memahami uslub dan manhaj jama’ah.
6. Kefahaman waqi’e medan perjuangan.
7. Kekuatan ukhuwwah dan keterbukaan pandangan.

Asas-asas Wahdatul Amal

1. Keutuhan kesatuan fikrah ( wahdatul fikri )
2. Memahami tasawwur amal Islami ( fiqh amal jamai’iy dan ijtima’iy )
3. Memahami kerja berorganisasi
4. Menguasai nizam ( sistem ) jamaah .
5. Perencanaan ( takhtith) yang teliti.

6.Perlaksanaan dan penyeliaan yang efektif
7. Wala’ dan tsiqoh antara qiyadah dan jundiyyah.


Wasilah Wahdatul Fikri dan Wahdatul Amal

1. Pembentukan ahli dan pimpinan melalui tarbiyyah dan perkaderan ( takwin )
2. Perancangan melalui qiyadah dan syuro ( takhtith )
3. Penyusunan melalui organisasi yang tersusun ( tanzhim )

4.Penguasaan dan penyeliaan dengan peraturan ( nizhom)

5.Pemupukan dan penyuburan nila-nilai ukhuwwah yang hakiki.

Halangan-halangan Ke Arah Wahdatul Fikri wal Amal

1. Kelemahan dan kelembapan takwin.
2. Kemasukan unsur-unsur fikrah ajnabi.
3. Munculnya berbagai firqah dan aliran dalam jamaah.
4. Kelesuan qiyadah dan kedegilan jundiyyah.
5. Perencanaan yang spontan dan perlaksanaan yang kucar kacir.

6. Ukhuwwah yang lemah di kalangan pimpinan dan ahli.


Wallahu a’lam

Al Faqir ila Rabbi

ABi

Monday, January 23, 2012

Sunday, January 22, 2012

TARBIYYAH DAN PERJUANGAN

IMAN, TARBIYYAH DAN PERJUANGAN

1. Asas tarbiyyah kepada semua ahli PAS : Iman dan perjuangan

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ ﴿١٥

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

( Al Hujurat 15 )

Ayat ini berlatarbelakangkan peristiwa Bani Asad yang bertemu Nabi SAW dan mengaku beriman kerana tujuan tertentu. Para ulama' tafsir menyatakan mereka bukanlah orang munafiq. Tetapi baru memeluk Islam dan kurang memahami lagi persoalan iman. Maka penjelasan Nabi SAW tentang itu memahamkan kita tentang bahawa mereka di peringkat awal tarbiyyah mesti dibina sehingga tahap mereka benar-benar beriman dan dibawa masuk ke dalam jihad dan perjuangan sebagai bukti keimanan mereka.

Mengekal ‘mood’ tarbiyyah dalam medan pertempuran.

2. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّـهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٤٥

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

3. وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

( Al Anfaal : 45-46 )

Ayat-ayat ini pula menggambarkan tarbiyyah dalam medan tempur. Arahan tsabat dalam pertempuran, memperbanyakkan zikrullah, mentaati perintah Pimpinan Tertinggi serta larangan berbantah-bantah sehingga menimbulkan perpecahan adalah unsur-unsur tarbiyyah yang sangat penting dalam medan pertempuran.

Dalam peperangan Uhud wujudnya sabotaj yang dibuat oleh Abdullah bin Ubai yang membawa keluar 300 tentera Islam semata-mata kerana katanya " Buat apa kita berperang..Muhammad tidak bertanya kepada aku pun tentang peperangan ini...". Ini menggambarkan keangkuhan dan takjub pada dirinya kerana merasa dirinya adalah seorang pemimpin yang hebat. Ini antara contoh yang sering berlaku dalam 'peperangan' dalam konteks pilihanraya.

Jiwa tarbiyyah berdepan dengan ujian kemenangan.

4. يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَنفَالِ ۖ قُلِ الْأَنفَالُ لِلَّـهِ وَالرَّسُولِ ۖ فَاتَّقُوا اللَّـهَ وَأَصْلِحُوا ذَاتَ بَيْنِكُمْ ۖ وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ﴿١ إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّـهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ﴿٢الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿٣ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُمْ دَرَجَاتٌ عِندَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ ﴿٤

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang. Katakanlah: "Harta rampasan perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi RasulNya (untuk menentukan pembahagiannya). Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman".

( Al Anfaal :1-4 )

مَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَن يَكُونَ لَهُ أَسْرَىٰ حَتَّىٰ يُثْخِنَ فِي الْأَرْضِ ۚ تُرِيدُونَ عَرَضَ الدُّنْيَا وَاللَّـهُ يُرِيدُ الْآخِرَةَ ۗ وَاللَّـهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ﴿٦٧ لَّوْلَا كِتَابٌ مِّنَ اللَّـهِ سَبَقَ لَمَسَّكُمْ فِيمَا أَخَذْتُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ ﴿٦٨

Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

( Al Anfaal : 67-68 )

Ayat-ayat ini pula memberi tasawwur ujian harta benda dunia bila mana sudah memenangi peperangan. Nafsu manusia tetap cenderung kepada perkara-perkara ini. Tambah dalam konteks memenangi pilihanraya dan memerintah kerajaan, maka kesenangan dan kemewahan dunia terbentang di hadapan mata. Maka dari ayat-ayat ini menekan persoalan ' ar rujuk ilalLah war Rasul' iaitu kembalikan kepada Allah SWT dan Rasul SAW, perelokkan hubungan ukhuwwah yang mudah retak kerana dunia, juga tarbiyyah imaniyyah yang perlu diperhaluskan serta serahkan pergantungan mutlak dalam bentuk tawakkal hanya kepada Allah SWT.

Dalam konteks pilihanraya, tidak ada ghanimah yang dimenangi tetapi amanah yang besar menanti. Amanah kerajaan, jawatan-jawatan, pengurusan kekayaan negara semuanya adlah amanah yang wajib diserahkan kepada mereka yang beramanah, berkeupayaan dan berkemahiran. Jika tidak, akan hilang kepercayaan manusia kepada Harakah Islamiyyah.

إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا عِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Wallahu a'laam.

ABi

Thursday, December 01, 2011

TASAWWUR TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH

Tasawwur tarbiyyah bererti gambaran rupa proses perubahan diri melalui penyemaian ilmu dan pengasuhan amal, pembentukan Iman dan pendidikan akhlaq , serta pengukuhan iltizam dan manifestasi pengorbanan ke arah melahirkan al fardul muslim yang bercirikan muslim, mukmin,muttaqi, daie, mujahid dalam penegakan amal Islami.

TARBIYYAH ADALAH KERJA UTAMA AR RASUL S.A.W

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ

وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ ﴿الجمعة: ٢﴾

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata

TARBIYYAH YANG BERSIFAT IMANIYYAH

وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ

وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ

(الحجرات ﴿٧

....akan tetapi Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرفَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

(بخاري)

Sesiapa yang berimankan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata yang baik atau hendaklah dia diam, sesiapa yang berimankan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia memuliakan jiranya dan sesiapa yang berimankan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia muliakan tetamunya

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ

وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

(الحجرات ﴿١٥

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

OBJEKTIF TARBIYYAH

  1. Mencetuskan kesedaran Islam yang mendalam .
  2. Melahirkan kefahaman Islam yang sebenar.
  3. Menimbulkan rasa tanggung jawab diri terhadap Islam dan perjuangannya.
  4. Mengikat hati dan perasaan terhadap Allah, Ar rasul dan Al Islam.
  5. Melahirkan keperibadian muslim,mukmin,muttaqi,da’ie dan mujahid fi sabilillah.

TARAKIZ TARBIYYAH

Sentuhan tarbiyyah mestilah mennyentuh 4 pusat perubahan dalam diri manusia:

  1. Ruh melalui tarbiyyah ruhiyyah
  2. Aqal melalui ilmu dan fikrah
  3. Qalbu (hati) melalui tahsinul qalb
  4. Ruh melalui tazkiyyah dan mujahadatu nafs

FITRAH RUH TELAH ADA SYAHADAH DAN MAKRIFATULLAH, MAKA IANYA MESTI DIKEMBALIKAN KEPADA FITRAH…

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ

أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ

الأعراف ﴿١٧٢

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

AL MUZZAMMIL SEBAGAI SKIMA TARBIYYAH RUHIYYAH

يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ ﴿١

قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا ﴿٢

نِّصْفَهُ أَوِ انقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا ﴿٣

أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا ﴿٤﴾ إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا ﴿٥

إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا ﴿٦

إِنَّ لَكَ فِي النَّهَارِ سَبْحًا طَوِيلًا ﴿٧

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا ﴿٨

رَّبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلًا ﴿٩

وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلًا ﴿١٠

Ar Rasul S.A.W. menerima al Muzzammil di awal dakwah Baginda dalam berhadapan konspirasi musuh-musuh Islam ketika itu. Di antara tawjihat tarbawi yang diarah kepada baginda S.A.W. ialah:

1. Qiyamullail

2. Tartil al Quran

3. Zikrullah

4. At tabattul = sungguh-sungguh dan ikhlas dalam beribadah

5. Tawakkal

6. Sabar

7. Menjauhi golongan yang fasiq

TARBIYYAH AQLI : ILMU DAN KEFAHAMAN

..يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ..

﴿المجادلة: ١١﴾

….supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. …

مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

Siapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan padanya maka Ia fahamkannya akan agamaNya.

(Bukhari)

TAHSIN AL QALB BERTUJUAN MEMBERSIHKANNYA DARI KOTORAN KUFUR,NIFAQ DAN SEGALA SIFAT MAZMUMAH LALU DITANAM IMAN,TAQWA DAN SEGALA SIFAT-SIFAT MAHMUDAH…

} أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَـٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

﴿الحج: ٤٦﴾

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

} أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْب

} ( متفق عليه )

} Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.

TARBIYYAH TERHADAP NAFSU MELALUI TAZKIYYAH DAN MUJAHADAH

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ

﴿يوسف: ٥٣﴾

Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

وَالْمُجَاهِدُ مَنْ جَاهَدَ نَفْسَهُ فِي طَاعَةِ اللَّهِ

( الطبراني)

Mujahid itu ialah seorang yang bermujahadah (melawan) nafsunya pada mentaati Allah.

لا يؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت به

( الابانة الكبرى)

Tidak sempurna iman seseorang kamu hinggalah hawa nafsunya mengikut bagi (syariat) yang aku datang dengannya

WASAAIL TARBIYYAH DAN PERANAN MURABBI...AKAN DATANG INSYAALLAH....

Tuesday, November 29, 2011

Tersentuh hati..

Tiba-tiba hati tersentuh...bila Abi nak menulis lagi. Terasa kesal di dalam hati...bagaikan putus 'link' setelah sekian lama Abi menulis untuk membantu anak-anak jamaah membentuk fardil muslim..'kenapa dah lama Abi tidak menulis?'....

Persoalan tu menimbulkan keresahan dalam hati..'tulis sahaja pengalaman Abi dalam medan tarbiyah...', menjadi mutarabi dan dipanggil murabbi...taklifan, tanggung jawab atau kewajipan.

InsyaAllah Abi akan terus menulis...dari hati ke hati...tersentuhnya HATI.

Monday, August 29, 2011

Bila Ramadhan berlalu....

Ramadhan telah berlalu. Apa yang ditinggalkan untuk kita ? Rahmah, maghfirah, perlepasan dari neraka...taqwa dan kesempurnaanya iaitu jihad..? Ibadah, qiyam, tadarus Al Quran...sadaqah dan infaq fi sabilillah..

Apakah semua itu disebut dan perkatakan ketika Ramadhan saja..? Sekali-kali tidak! Semuanya kita perlukan di sepanjang kehidupan. Hidup sebagai mujahid..pejuang fi sabilillah.

التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّـهِ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ ﴿١١٢
(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
( At Taubah : 112 )

Syukran Ya Rabb ..Kau berikan aku Ramadhan..maka biar pun dia telah berlalu Kau kekalkan ia dalam diriku buat selama-lamanya..

Sunday, July 31, 2011

Hebat nya Ramadhan shahrul jihad....

Hebat nya Ramadhan...ia tidak termasuk dalam bulan-bulan haram ( shahrul haram ) ..yang dilarang berperang...tetapi ia adalah bulan yang bermulanya kewajipan berperang. Walau pun bulan yang penuh dengan keberkatan..bulan keampunan..bulan untuk pesta ibadah.. namun kemuncak taqwa yang disempurnakan oleh Ramadhan adalah JIHAD..

Persiapkanlah diri demi menjunjung JIHAD fi sabilillah...

ABi

Tuesday, May 31, 2011

Kuliah Seni Perjuangan

SIRI 4

3. Security dalam kegiatan-kegiatan operasional

Mengenai dalil kerahasiaan dalam kegiatan-kegiatan operasional adalah sebagai berikut:

· Riwayat yang dibawakan Bukhari dari Ka’ab bin Malik ra. dalam kisah ketidakhadirannya dalam perang Tabuk, ia berkata:

ا“Rasulullah SAW tidaklah merencanakan satu peperangan kecuali beliau merahasiakannya. Hingga ketika beliau melakukan perang Tabuk dalam cuaca yang luar biasa panas serta menempuh perjalanan sangat panjang, melewati padang pasir dan menghadapi musuh yang banyak, maka beliau memberitahukannya kepada kaum muslimin supaya mereka bisa bersiap-siap dan arah yang akan dituju.”

Dalil yang lain adalah peristiwa Bai’atul ‘Aqabah, bai’ah ini dilakukan secara rahasia (sembunyi-sembunyi)

Dalil yang lain adalah hijrahnya Nabi SAW dari Mekkah ke Madinah adalah dilakukan secara sembunyi-sembunyi.

Dalil yang lain adalah ketika Nu’aim bin Mas’ud ra. menyembunyikan keislamannya ketika Peperangan Khadak. [Ibnu Ishaq berkata: Nu’aim bin Mas’ud datang kepada Rasulullah SAW kemudian berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku masuk Islam sementara kaumku tidak mengetahui keislamanku, maka perintahkanlah aku sesuka hatimu.” Rasulullah SAW bersabda:

“Hanya ada satu orang seperti engkau dalam tubuh kami. Oleh karena itu, lemahkanlah semangat musuh untuk kami seperti kamu, sesungguhnya perang adalah tipudaya.”]

Maka Nu’aim pun masuk kembali di kalangan puak-puak yang bersekutu dalam tentera Ahzab, mengadu domba mereka sehingga berlaku curiga mencurigai dan perpecahan di kalangan mereka yang membawa kepada kekalahan tentera Ahzab.

Juga diperbolehkan bahkan terkadang wajib seorang muslim menyamar (carmouflage) seperti orang musyrik di dalam penampilan, seperti berpakaian dan kepentingan seumpamanya. Seperti mana yang berlaku dalam Peperangan Khandak. Al Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya dari Huzaifah , bahwa Rasulullah SAW bersabda:

‘Siapa yang mahu mencari berita apa yang dilakukan mereka?’ Rasulullah SAW mensyaratkan bahwa dia harus kembali, niscaya Allah masukkan dia ke dalam syurga. Namun tidak ada seorangpun yang berdiri. Kemudian Rasulullah SAW salat malam itu, lalu menoleh kepada kami: ‘Siapa yang mahu mencari berita apa yang dilakukan mereka, kemudian kembali?’ Rasulullah n mensyaratkan dia harus kembali, ‘Saya mohon kepada Allah agar dia menjadi temanku di dalam syurga’.

Namun tidak ada juga yang bangkit berdiri, karena takut dan beratnya rasa lapar serta dingin yang menusuk tulang. Ketika tidak juga ada yang bangkit, Rasulullah SAW memanggilku. Tidak ada alasan bagiku untuk tidak berdiri ketika beliau memanggilku. Kata baginda: ‘Hai Huzaifah, pergilah menyusup ke tengah-tengah mereka dan lihat apa yang mereka lakukan. Jangan melakukan tindakan apapun hingga engkau menemuiku.’

Aku pun mulai menyusup ke tengah-tengah mereka, sementara angin dan tentara Allah Taala berbuat apa yang dia lakukan, sehingga periuk mereka tunggang langgang. Demikian pula api dan khemah-khemah mereka. Abu Sufyan bin Harb berkata: ‘Wahai kaum Quraisy, hendaknya setiap orang dari kalian melihat siapa teman duduk di sebelahnya.’

Huzaifah pun berkata: ‘Akupun segera mencekak tangan orang di sebelahku dan berkata: ‘Siapa engkau?’ Dia berkata: ‘Saya Fulan bin Fulan.’

Kemudian Abu Sufyan berkata: ‘Wahai sekalian Quraisy, sesungguhnya kalian demi Allah tidak berada di tempat yang tetap. Perbekalan sudah hancur dan Bani Quraizhah telah mengingkari (kesepakatan dengan) kita. Sudah sampai kepada kita berita yang tidak kita sukai. Dan kita pun sudah mendapati dari angin kencang ini apa yang kamu lihat. Demi Allah, periuk tidak lagi pada tempatnya, api juga padam, dan khemah-khemah kita roboh, maka berangkat (pulang) lah kamu, karena sesungguhnya aku akan berangkat.’

Setelah itu dia beranjak ke arah tunggangannya yang terikat dan duduk di atasnya. Setelah itu dia memukulnya dan melompat tiga kali, tidaklah dia melepaskan tali penambatnya melainkan dia sudah berdiri. Kalau bukan janji Rasulullah SAW agar ‘Jangan berbuat sesuatu, sampai menemuiku’, kalau aku mahu pasti aku panah dia sampai mati.’

Sikap dan tindakan Huzaifah yang bersedia dan tangkas dapat memelihara security operasinya dalam peristiwa tersebut

Justeru penglibatan gerakan Islam dalam medan-medan ‘peperangan’ yang masih tidak berkesudahan dan dalam pelbagai rupa dan bentuknya, amat memerlukan kebijaksanaan tipu daya dalam usaha memenangi ‘peperangan-peperangan’ tersebut.

ABi