Monday, March 28, 2011

PROSES TAKWIN KEPADA PARA PEMBAIY'AH PERJUANGAN

إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖوَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّـهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّـهِ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
(At Taubah : 111-112)
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).

Saturday, March 12, 2011

Terjun ke Medan Pertempuran Menzahirkan Watak-watak ini.....

لَّا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ ۚ فَضَّلَ اللَّـهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً ۚ وَكُلًّا وَعَدَ اللَّـهُ الْحُسْنَىٰ ۚ وَفَضَّلَ اللَّـهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا ﴿٩٥﴾ دَرَجَاتٍ مِّنْهُ وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً ۚ وَكَانَ اللَّـهُ غَفُورًا رَّحِيمًا ﴿٩٦﴾
Tidaklah sama antara orang yang beriman yang duduk ( yang tidak turut berperang) tanpa
uzur ( halangan ) dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta ddan jiwanya.
Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-
orang yang duduk (tidak ikut berperang tanpa halangan) Kepada masing-masing Allah
menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad
atas orang yang duduk dengan pahala yang besar.(95) (iaitu) beberapa darjat daripada Nya
serta ampunan dan rahmat. Allah Maha Pengampun , Maha Penyayang (96)
( An Nisaa' : 95-96 )

Wednesday, February 02, 2011

Maahad An Nuriah di persada ilmu.....



Maahad An Nuriah Ad Diniah yang dahulunya dikenali sebagai Madrasah An Nuriah Ad Diniah atau lebih dikenali oleh penduduk setempat sebagai Madrasah Lebai Hj Wahid telah ditubuhkan pada tanggal 12 Ogos 1940 bersamaan 8 Rejab 1358 H iaitu kira-kira 17 tahun sebelum kemerdekaan negara kita. Nama Maahad ini diambil sempena nama Nuruddin, seorang hartawan berbangsa India Muslim yang telah menginfaqkan wang sejumlah RM 20,000.00 bagi membiayai pembinaan bangunan baru untuk para pelajar. Maahad ini telah diasaskan oleh Almarhum Tuan Guru Hj Abdul Wahid b Othman dengan niat untuk membantu anak-anak yatim dan miskin untuk mendapatkan pendidikan agama yang secukupnya.

Atas inisiatif inilah beliau mendirikan sebuah sekolah pondok di atas tanah wakaf seluas 1 ekar di Kampung Paya Rumput (Paya Rumput Jaya). Pembinaan Maahad ini turut disokong oleh penduduk setempat yang turut bergotong royong mendirikan pondok berkenaan. Dengan itu, tertegaklah sebuah asrama puteri dan 8 buah pondok bagi pelajar putera.

Pada tahun 1960, Maahad An Nuriah telah dipindahkan ke Kampung Sungai Udang. Walau bagaimanapun, perpindahan ini hanya melibatkan pelajar putera sahaja. Selepas berpindah, sebuah lagi bangunan 1 tingkat dan beberapa buah pondok dibina di Kampung Sungai Udang untuk para pelajar putera.

Pada tahun 1962, suatu kebakaran telah berlaku. Kejadian malang itu telah memusnahkan 5 buah asrama kediaman pelajar puteri di Kampung Paya Rumput. Walau bagaimanapun, kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Tanggal Oktober 1990 adalah tahun yang menyayat hati bagi warga An Nuriah khususnya dan seluruh ummat Islam amnya apabila perginya Tuan Guru Hj Abdul Wahid b Othman (80 tahun), seorang ulama’ yang juga seorang pelopor Darul Aitam dan pengasas Maahad ini.

Seterusnya pada tahun 1992, anakanda Tuan Guru Hj Abdul Wahid b Othman, Tuan Guru Hj Jaliluddin b Hj Abdul Wahid yang telah memulakan khidmatnya di sini pada tahun 1970 lagi sekembali daripada Timur Tengah membuat perubahan dan pembaharuan. Beliau bersama-sama Ahli Lembaga Pengurusan Madrasah An Nuriah Ad Diniah (LEPMAR) telah menggabungkan pengajian agama (syariah), pondok dan sukatan pelajaran kebangsaan KBSM untuk Maahad, KBSR untuk Sekolah Rendah Islam (SRI) bagi menjadikan An Nuriah sebagai sebuah institusi pengajian yang ulung sejajar dengan perkembangan semasa sehinggalah ke hari ini.

Selama ini, segala keperluan bagi perkembangan dan perjalanan Maahad dan SRI ini banyak dibantu oleh sumbangan orang ramai, sama ada dari segi kewangan, makanan bahkan bahan binaan dan juga moral.



Alhamdulillah, An Nuriah yang ada pada hari ini telah melahirkan ramai graduan baik daripada dalam mahupun luar negara. Bagi memenuhi keperluan semasa, pihak pengurusan yang ada sentiasa cuba berada sezaman dengan tuntutan keilmuan para pelajar di samping penekanan terhadap cara hidup Islam yang syumul.

Walaupun tanpa bantuan wang ringgit daripada pihak pemerintah, Maahad ini telah berusaha sedaya upaya menyediakan prasarana seoptima kepada para pelajar seperti makmal pertukangan, makmal Sains, makmal komputer, asrama, perpustakaan, skim pinjaman buku teks dan lain-lain prasarana bagi mewujudkan suasana yang kondusif di sini.

Di bawah kepimpinan Pengerusi LEPMAR sekarang Tuan Hj Hassan b Hj Mohd Dahan dan Mudir Tuan Hj Salleh b Yusof, An Nuriah akan terus mengorak langkah mendidik jiwa-jiwa para penuntutnya dan menagih ketulusan dan keikhlasan para pendidiknya menabur ilmu walaupun dengan hanya sekelumit habuan dunia.

Sebagai meneruskan usaha murni ini pihak Lembaga Pengurusan Madrasah An Nuriah Ad Diniah (LEPMAR) dengan rasa rendah diri mempersilakan para dermawan untuk bersama menghulurkan apa jua sumbangan terutama dalam berbentuk kewangan. Sumbangan boleh disalurkan samada datang ke Maahad atau melalui akaun Lembaga Pengurusan Madrasah AnNuriah AdDiniah : BIMB 04024010017039 atau BSN 0410029879117234.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Maahad An-Nuriah Ad-Diniah, Km.17, Jalan Hj.Abdul Wahid, Sungai Udang 76300 Melaka, tel/fax 06-3519807(pejabat) atau 0199753370 (U_Mohd Noor)

Thursday, January 06, 2011

CINTA YANG MEMBINASAKAN....

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ
وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّـهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

Dihiasi indah bagi manusia kecintaan terhadap perempuan dan anak-anak dan harta benda yang banyak dari emas dan perak, kuda-kuda pilihan, binatang ternakan dan sawah ladang. Yang demikian itu adalah kesenangan hidup dunia. Dan di sisi Allah sebaik-baik tempat kembali ( Ali Imran: 14-16 )

Kecenderungan nafsu yang membawa kepada cinta ini. Cinta yang merosakkan... yang membutakan mata hati....yang meleburkan iltizam ..yang mengendurkan semangat jihad...yang melunturkan keperibadian para daie.....

Dunia perjuangan jadi sempit...berat terasa untuk keluar berjihad meninggalkan anak isteri..akhirnya perjuangan hancur di tangan para daie sendiri.

Justeru ya abnaie...istiqamahlah dengan amal ruhi mu demi mentazkiyyah nafsu dari perangkap CINTA DUNIA yang membinasakan....


ABi

Sunday, January 02, 2011

SUCIKAN HATI MU ...

Riya' ada 6 jenis.:

1. riya' dengan tubuh badan seperti menzahirkan kurus dan pucat wajah supaya disangka dia banyak bangun malam dan berpuasa pada siang harinya...

2. Riya' dengan kelakuan seperti memejam mata dan menunduk kepala supaya disangka dia sedang bertafakur tentang akhirat...

3. riya' dengan pakaian seperti memakai pakaian yang lusuh, kasar dan bertampung2 supaya disangka dia dari kalangan ahli sufi...

4. Riya' dengan perkataan seperti riya' orang yang berpidato dan memeberi nasihat dengan petikan Al Quran dan hadith dan perkataan serta sunyi hatinya dari keikhlasan dan kebenaran dan seperti menggerakkan bibir dengan zikir di hadapan orang lain....

5. Riya' dengan pekerjaan seperti memanjangkan berdiri ddan rukuk dan sujud di dalam solat di hadapan orang lain..

6. Riya' dengan ramainya anak-anak murid yang belajar dengannya dan ramai guru-guru yang dia pernah belajar...maka sekelian yang demikian itu haram dan bahkan berdosa besar besar kerana menyengutukan Allah Ta;ala pada niat dalam seseuatu amal ibadah..

PILIHLAH DAKU YA RABB....

..Alangkah gembiranya bila Allah Ta'ala menguji dengan sedikit rasa ketakutan dan kebimbangan...kelaparan dan kehausan...kurang harta dan keputusan wang...kehilangan orang-orang yang tersayang...dan hasil mahsul buah2an....kerana itu semua modul tarbiyyah rabbani untuk terpasak SABAR dalam jiwa ini....

Dan Kami pasti akan menguji kamu (org yg beriman) dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah2an.Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar " maksud firman Allah Ta'ala ( Al Baqarah: 155)

Syukran Ya Allah ..kerana memilihku di kalangan mereka yang Kau uji...

Sunday, October 10, 2010

Jalan Tarbiyyah Harakiyyah...

Bila tumbuh keyakinan dalam hati..diucap dengan lidah..dan membuahkan amal...maka telah bersemailah KEIMANAN...dan bila sudah beriman akan muncullah NUR HIDAYAH menerangi kehidupan...

وَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ

Maksud firman Allah Azza wa Jalla

" Dan barangsiapa yang berimankan Allah maka Dia memberi petunjuk kepada hatinya"

..At Taghabun: 11


IMAN akan membuahkan perubahan besar dalam jiwa manusia...


وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَان اولئك هم الراشدون

Maksud firman Allah Azza wa Jalla,


"....tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan, dan menjadikan (iman) itu indah dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus."...Al Hujurat:7



IMAN bukan dakwaan..IMAN bukan hiasan lidah...IMAN pasti membuahkan JIHAD sebagai dalil IMAN..

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ الله

اولئك هم الصادقون

ۚ


Maksud firman Allah Azza wa Jalla,


"Hanyasanya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. mereka itu lah orang yang benar ( dakwaan imannya )."

...Al Hujurat 15

Bila sudah ada dalil IMAN dengan JIHAD,..IMAN memperhaluskan hati dan jiwa..dengan ZIKIR hatinya bergetar..dengan AL QURAN imannya bertambah...dan kepada Allah seluruh pergantungan hati memuncak...


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّـهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ


Maksud firman Allah Azza wa Jalla:


"Hanyasanya mukmin sebenarnya adalah mereka apabila disebut nama Allah gemenatar hatinya, ...dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal ( bergantung hati )...Al Anfaal:2

Top of Form

Inilah jalan tarbiyyah harakiyyah yang mesti setiap al fardul muslim melaluinya...

Bottom of Form

ABi

Friday, September 17, 2010

Bila Ramadhan Berlalu....

Mujahadatun nafs dan tazkiyatun nafs addalah 2 modul utama yang dibekalkan oleh ibadah puasa di bulan Ramadhan untuk melonjakkan ruh taqwa....kedua-duanya wajib diteruskan untuk melahirkan ruh yang arif billah dan nafsu muthmainnah...barulah ada jaminan jannah..

يَـٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفْسُ ٱلْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ٱرْجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَٱدْخُلِى فِى عِبَـٰدِى ﴿٢٩﴾وَٱدْخُلِى جَنَّتِى ﴿٣٠﴾

‎" Wahai nafsu muthmainnah ( yang tenang ) kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redho dan diredhoi, maka masuklah di kalangan hamba-hamba Ku, dan masuklah ke dalam syurga Ku"..maksud Al Fajr (27-30)...maka fahamilah baik-baik dan teruskan perjuangan ya abnaie ....

Monday, August 30, 2010

YA RABBI...

Di dalam Kitab Tanbihul Ghafilin dalam Bab Sifat Api Neraka dan ahlinya, hadis ke 59, hadisnya cukup panjang...Rasulullah s.a.w telah bertanya kepada Jibril tentang jenis-jenis neraka...lalu jawab Jibril:

Neraka 1 (paling bawah)-Hawiyah untuk kaum Munafik,

Neraka 2-Jahim untuk orang musyrik,

Neraka 3-Saqar utk golongan Shobiun,

Neraka 4-Lazho untuk Iblis dan pengikut di kalangan Majusi,

Neraka 5-Hutomah untuk Yahudi,

Neraka 6- Sai'r untuk Kristian,

adapun Neraka 7: Jibril berkata "Wahai Muhammad, jangan engkau tanya untuk siapa" Jawab Baginda saw: "Terangkan kepadaku untuk siapakah neraka itu wahai Jibril?"

Jawab Jibril: "ia untuk pelaku dosa besar yang tidak bertaubat di kalangan umatmu wahai Muhammad.." lalu Baginda s.a.w pengsan...

INSAFILAH WAHAI DIRI ....MENANGISLAH DAN TITISKANLAH AIR MATA MU WALAU SETITIK...MUDAH2AN IA AKAN DAPAT MEMADAM KEMURKAAN ALLAH TA’ALA KE ATAS KITA DAN MEMADAMKAN NYALAAN API NERAKA YANG MEMBAKAR...NAU'ZUBIKA WA BIRAHMATIKA MIN AZABIKA YA RABB....

YA ALLAH.. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PEMAAF ..ENGKAU SUKA MEMAAFKAN MAKA MAAFKANLAH KAMI...

YA ALLAH ..KAMI MEMOHON PADA MU SYURGAMU..DAN APA SAJA YANG DAPAT MENDEKATKAN KAMI KEPADANYA..DAN KAMI BERLINDUNG DENGAN PERTOLONGAN MU DARI NERAKAMU..DAN DARI APA SAJA YANG MENDEKATKAN KAMI KEPADANYA...

Sunday, August 29, 2010

Tajdid Ingatan ....

RAMADHAN BULAN KEBERKATAN..APAKAH KITA MERASAI KEBERKATANNYA

Ya abnaa al jama'ah..
Ramadhan Al Mubarak..bulan yang diberkati. Memang bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Maksudnya bulan yang melimpah ruah kebaikan..lebih teruja untuk beramal soleh..amal soleh diganjari dengan pahala yang berlipat ganda..amal kejahatan dibalasi dengan dosa yang berganda juga kecuali bertaubat dan memohon keampunan ..Allah Maha Penerima Taubat dan membuka ruang keampunan yang lebih luas di bulan Ramadhan.
Namun apakah cukup bulan Ramadhan yang diberkati..bagaimana kita. Apakah kita selaku ummat Nabi terangsang dan teruja untuk mendapat keberkatan? Dengan makna berlimpah ruah amalan kita..bertambah-tambah kebaikan dalam diri kita..? atau kita hanya melalui bulan Ramadhan rutin biasa kita sahaja..sahur sebelum subuh..menahan lapar dan dahaga di waktu siang..berbuka dan solat tarawih..dan di hujung bulan Ramadhan ini kita menyambut hari raya...
Sebenarnya inilah peluang dan ruang untuk kita memperkasakan peribadi dan ibadah kita..ABi mencadangkan modul-modul berikut untuk antum semua :

1. Bangunlah seawal jam 4 pagi..ambil wudhu..solat tahajjud 8 rakaat..banyakkan istighfar paling tidak 100 kali,..banyakkan tahlil paling tidak 100 kali, banyakkanlah selawat paling tidak 100 kali...dan berdoalah sungguh-sungguh padaNya...mohonlah keampunanNya..mohonlah keikhlasan dariNya..mohonlah kekuatan dariNya..mohonlah agar istiqamah..mohonlah kebersihan jiwa dariNya...

2. Bacalah Al Quran sekerap yang boleh paling tidak sehari 1 juzuk.. `Sesungguhnya ibadah malam ianya lebih bersangatan kesannya pada jiwa dan lebih tetap pada bacaannya'..Al Muzzammil: 6

3. Istiqamahlah dengan wirid al ma'thurat..paling tidak wazifah sughro ( bacaan 3 kali )..jangan ditinggalkan..inilah makanan ruh yang amat lazat di bulan Ramadhan..

4. Usahakan solat fardhu subuh hingga ke 'isya berjamaah. Dan jangan tertinggal solat sunat rawatib 2 rakaat sebelum dan selepas dzohor, 2 rakaat sebelum asar, 2 rakaat selepas maghrib juga 2 rakaat selepas 'isya...Juga usahakanlah solat sunat Dhuha 2 rakaat.."Ya Allah..kalaulah rezkiku ada di langit turunkanlah ia..dan kalau ianya di bumi keluarkanlah ia..dan kalau ianya jauh dekatkanlah..dan kalau ianya dekat mudahkanlah..dan kalau ianya sedikit banyakkanlah..dan kalau ianya banyak ringankanlah ia...."

5. Usahakanlah sekerasnya agar antum tidak tertinggal untuk solat sunat tarawih..samaada berjamaah mahupun dibuat sendiri kerana kesibukan atau musafir atau yang lainnya. Bagaikan tidak ada makna bulan Ramadhan jika antum mengabaikan solat tarawih...kerana ianya hanya dapat dilaksanakan dalam bulan Ramadhan.

6. Solatlah sunat witir samaada 1 rakaat atau 3 rakaat..sebelum tidor atau pun selepas bangun dari tidor iaitu selepas mengerjakan solat tahajjud. Dan amalan ini tidak sayugianya hanya di bulan Ramadhan bahkan di setiap malam selain bulan yang berkat ini..

7. Sebelum tidor berwudhulah..jangan tidor lewat sebab nak bangun awal. Seeloknya bacalah surah al Mulk, al Waqiah dan Yaa Sin sebelum tidor..jadikanlah tidor itu juga sebagai ibadah...

7. Inilah juga peluang untuk diperbanyakkan pembacaan buku-buku Islami..menghafaz ayat-ayat Al Quran dan hadith-hadith Nabi S.A.W...sebagai memenuhi masa-masa yang terluang di bulan berkat ini.

Ya abnaie...aturlah elok-elok jadual ibadahmu ini di bulan Ramadhan..tidak sepatutnya ibadah di bulan ini sama seperti yang kita lalui di bulan-bulan yang lain. Ramadhan tetap bulan yang diberkati. Namun sewajarnya kita juga mendapat keberkatan yang sama sehingga selepas Ramadhan ini ..akan lahirlah sebuah peribadi yang hebat..yang kukuh ruhiyy ..kuat aqliy..muslih qalbiy..dan terdidik serta tenang nafsunya untuk meneruskan kerja jihad sehingga ke hembusan nafasnya yang terakhir dengan kalimah thoiyyibah..لا اله الا الله...wallahu a'lam.

ABi

يَسْأَلُكَ النَّاسُ عَنِ السَّاعَةِ ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللَّـهِ ۚ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا ﴿٦٣

Wednesday, June 30, 2010

Sentuhan Tarbawi Dari Imam An Nawawi

Berkata Imam Abi Zakariya Yahya bin Syarafuddin An Nawawi Ad Dimasyqi ( 631-676H) :

اعلم أن فضيلة الذكر غير منحصرة في التسبيح والتهليل والتحميد والتكبير ونحوها بل كل عامل لله تعالى بطاعة فهو ذاكر لله
( الأذكار )

" Ketahuilah bahawasanya kelebihan zikir itu tidak terbatas pada tasbih, tahlil, tahmid, takbir dan yang seumpamanya ( dari lafaz-lafaz zikir ). Bahkan setiap orang yang beramal dengan ketaatan kerana Allah Ta'ala maka ianya (dianggap) seorang yang berzikir ( iaitu mengingati Allah Ta'ala )."

( Dinuqil dari Kitab Al Azkaar )

Oleh kerana itulah Abi sering menyebut bahawa zikir merangkumi :

1. Talaffuz iaitu lafaz-lafaz khusus seperti tasbih, tahlil, tahmid dan seumpamanya
2. Do'a terutama yang warid dari Al Quran dan Al Hadith
3. Solat samaada yang fardhu atau yang sunnat
4. Adab-adab yang diamalkan berdasarkan waktu seperti adab tidor dan seumpamanya
5. Tilawah Al Quran
6. Hadir dalam majlis dan halaqah ilmu
7. Melaksanakan ketaatan dan meninggalkan maksiat

Maka..warnailah hidup kita dengan ZIKIR demi kebersamaan kita dengan Allah Azza wa Jalla..



Wednesday, June 16, 2010

Satu Kisah Perjuangan Yang Menarik...

The Legend Of Wong Fei HungE-mail
Written by isytech
Friday, 26 March 2010 01:26 | Dibaca: 212 kali.

wongsmall.jpgSelama ini, kita hanya mengenal kisah Wong Fei Hung
sebagai jagoan Kung Fu dalam film Once Upon A
Time In China. Dalam film itu, karakter kisah Wong
Fei Hung di perankan oleh aktor terkenal Hong Kong,
Jet Li. Namun, siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?
Wong Fei Hung adalah seorang ulama, ahli pengobatan, dan ahli beladiri legendaris yang
namanya ditetapkan sebagai pahlawan nasional oleh pemerintah China. Wong Fei Hung
di lahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat.
Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama arab, Fais.
Sementara nama Hung juga merupakan dialek Canton untuk menyebut nama arab, Hussein.
Jadi, bila dibahasa arab kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya Wong Kay Ying
adalah seorang ulama, dan tabib ahli ilmu pengobatan
tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (Wu Shu/Kung Fu). Ayahnya memiliki
sebuah klinik pengobatan bernama Po Chi Lam di Canton, ibukota Guandong. Wong Kay Ying
merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu Wu Shu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu bela diri
Wong Kay Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari sepuluh Macan Kwantung. Posisi
Macan Kwantung ini dikemudian hari diwariskan kepada Wong Fei Hung.

Pasien klinik keluarga Wong yang meminta pengobatan umumnya berasal dari kalangan miskin
yang tidak mampu membayar biaya pengobatan. Walau begitu, keluarga Wong tetap membantu
setiap pasien yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu
dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pamrih. Secara
rahasia, keluarga Wong terlibat aktif gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti
Ch’ing yang korup dan penindas. Dinasti Ch’ing merupakan dinasti yang merubuhkan Dinasti
Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan dikenal sebagai satu-satunya dinasti kaisar
Cina yang anggota keluarganya banyak memeluk agama Islam.Wong Fei Hung mulai mengasah
bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya.
Luk Ah Choi inilah yang mengajarkannya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung
sukses melahirkan jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang legendaris.

Setelah berguru pada Luk Ah Choi, Wong Fei Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri pada
awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli pengobatan dan ahli bela diri terkemuka. Bahkan
ia berhasil mengembangkan menjadi lebih maju. Kemampuan bela dirinya semakin sulit ditandingi
ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien, yang dinamakan jurus
Cakaran Macan dan jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei
Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah
menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan
hanya memgang tongkat berhasil menghajar lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan
kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karena ia membela rakyat miskin yang akan
mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah Subhanahu wa Ta’ala banyak mengujinya dengan berbagai
cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton.
Wong Fei Hung tiga kali menikah karena istri-istrinya meninggal dalam usia pendek. Setelah
istri ke-3 nya wafat, Wong Fei Hung memutuskan untuk hidup sendirian sampai ia kemudian
bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang juga ahli bela diri. Mok Gwai Lan
ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri
pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada tahun 1924 Wong Fei Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina khususnya
di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustadh’afiin
(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun
orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian
yang ia miliki. Wong Fei Hung wafat dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya
sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang
muslim selain mati syahid. Semoga semua amal ibadahnya diterima di sisi Allah Subhanahu
wa Ta’ala dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup
setelahnya. Amiin.
By : UQy Al-Kaline
Aliyah Generations


Monday, June 14, 2010

Wajah-wajah Yang Mengingatkan Tentang Perjuangan...

Hari Rabu lepas..Abi ke Perasmian Muktamar Dewan-dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat di PUTIK. Selepas ucapan perasmian TGNA ..yang sangat berkesan dan bermakna, Dewan Pemuda menganugerahkan Tokoh Pemuda pada Al Marhum Ust Hj Hassan Syukri. Manakala Dewan Muslimat menganugerahkan TGNA dan Ustazah Hajjah Jamilah dengan anugerah tersendiri. Abi begitu tersentuh bila mengingatkan 3 tokoh hebat ini. Abi bersama mereka sejak zaman student..zaman 80an. Dada Abi sebak..airmata mengalir...apabila berpaling ke belakang untuk keluar dewan terpandang pulak Al Fadhil Murobbi Abi..Ust Hj Yahya Osman ( Rahmatullah 'alaihi ). Abi cium tangannya..dia bertanya dulu " Anta di Johor atau di Melaka la ni..". Abi menjawab " Roja'tu ila Melaka al aan ya Ustaz..".. Gembira Abi kerana beliau update tentang perkembangan Abi walaupun dah lama tak berjumpa...

Subhanallah..alhamdulillah..Allah 'Azza wa Jalla yang mempertemukan Abi dengan tokoh-tokoh hebat itu dalam kesempatan hidup berjamaah ini.

Di Dewan MADU..selepas berlangsung perasmian Muktamar Dewan Ulama..Al Marhum Ust Hassan Syukri pula datang ke tempat ABi dan bersalaman dan bertanya khabar...rupa-rupanya pertemuan terakhir bagi ABi dengan beliau..dan mendengar suaranya.

Itulah wajah-wajah yang mengingatkan Abi dengan perjuangan...namun terdetik dalam hati Abi..apakah bila tiba masa tua dan ajal...Abi akan diingati lagi dalam senarai wajah-wajah yang mengingatkan tentang perjuangan....

ABi

Sunday, June 13, 2010

Takwin Baitil Muslim

Musim cuti sekolah..juga musim anak-anak Abi melangsungkan walimah al 'arus..seorang demi seorang..pasangan demi pasangan. Sudah pasti demi maratib al 'amal ..demi pembinaan atau takwin baitil muslim. Dah lama Abi terfikir dan terpanggil untuk buat satu blog baru ..TAKWINBAITILMUSLIM..tapi sehingga hari ni tak tercapai lagi hasrat tu. Bukan tak ada idea tetapi takut tak ada masa..nanti ramai yang hampa pulak. Abi telah melalui 3 dekad ..perlaksanaan UBM di kampus ..Abi masih ingat buat satu pembentangan dalam liqa khas pembentukan UBM ketika jadi pimpinan IPUUKM dulu ..zaman 80an.

Hingga hari ni..begitu banyak luahan..rungutan..isu-isu ..tentang UBM ..juga perlaksanaan bait muslim dalam jama'ah. Abi masih berkira-kira untuk mula banyak menulis tentang takwin baitil muslim...

Tuesday, May 25, 2010

SAMBUTAN 70 TAHUN AN NURIAH DI PERSADA ILMU

As Salaamu 'alaikum wr wb

Abi dengan penuh rendah diri ingin menjemput semua abnaal jamaah..juga siapa saja yang membaca blog ini untuk hadir ke Majlis tersebut yang akan diadakan pada 4 Jun 2010 bermula jam 6 petang bertempat di Ma'ahad An Nuriah Ad Diniah, Sg Udang, Melaka. Personaliti Istimewa yang dijemput ialah Al Fadhil Ustaz Zahzan Mohamed..bekas murid Madrasah An Nuriah di zaman pondok dulu. Abi telah berkhidmat di Ma'ahad ini sejak tahun 1994..bukan sekadar berkhidmat ..bahkan An Nuriah telah menghamburkan begitu banyak ilmu dan pengalaman perjuangan dan jihad pada Abi...separuh dari hati Abi bersama An Nuriah....abnaal jamaah dari berbagai negeri... dari berbagai destinasi..bahkan berbagai dekad...sejak dekad 90an hingga ke abad baru ini..telah mengambil keberkatan An Nuriah..keberkatan pengasasnya Al Marhum Mu`allim Hj Abd Wahid..keberkatan guru-guru di sini..bertamrin..menadah kitab..berukhuwwah..

Oleh itu..marilah kembali ke An Nuriah ..tempat kita mengenali diri, ilmu,pengalaman,perjuangan,kasih sayang dan cinta abadi pada Allah Rabbil Jalil..