Sunday, July 06, 2008

BUAT PARA MURABBI

ASAS-ASAS FIKRAH AT TA'RIF: SURAH AL FATIHAH

1.0 Pengenalan
2.0 Isti’azah
3.0 Basmalah
4.0 Konsep Tauhid Uluhiyyah
5.0 Konsep Tauhid Rububiyyah
6.0 Konsep Rahmah
7.0 Keimanan Kepada Hari Akhirat
8.0 Ibadah Di dalam Islam
9.0 Isti’anah
10.0 Doa’
11.0 Konsep Jama’ah Islam : Kewajipan dan kepentingannya
12.0 Islam Sebagai Ad Din
13.0 Dakwah Islamiyyah
14.0 Hijrah : Ke arah Penegakan Daulah Islamiyyah
15.0 Jihad fi Sabilillah
16.0 Konspirasi Jahat Terhadap Islam dan Ummatnya.


ASAS-ASAS KEPERIBADIAN


1.0 IBADAH
1.1 Memelihara ibadah fardhu seperti solat lima waktu, puasa 30 hari di bulan Ramadhan dan sebagainya.
1.2 Berusaha mengamalkan amalan nawafil seperti solat tahajjud, solat rawatib,solat dhuha, puasa sunat Isnin dan khamis dan sebagainya secara beransur-ansur.
1.3 Membaca Al Quran setiap solat subuh dan berusaha mengkhatamkannya setahun sekali.
1.4 Membaca wirid Al Ma’thurat ( wazifah sughro) selepas solat subuh dan maghrib.

2.0 AKHLAQ
2.1 Berusaha mengamalkan adab-adab harian seperti makan minum, bangun tidor dan sebagainya.
2.2 Memakai pakaian yang menutup aurat dan memelihara maruah sebagai seorang muslim.
2.3 Memelihara pergaulan dan hubungan sesama muslim serta berusaha menyuburkan ukhuwwah Islamiyyah.
2.4 Berusaha membentuk akhlaq da’ie dalam diri.


ASAS-ASAS ILTIZAM

1.0 PENGHAYATAN ISLAM
1.1 Berusaha menghayati aqidah, syari’ah dan akhlaq Islam dalam seluruh kehidupan.
1.2 Menghidupkan ruh dan semangat memperjuangkan dan mempertahankan kesucian Islam.
1.3 Merasai hubungan ukhuwwah Islamiyyah terhadap semua muslim.

2.0 PEGANGAN JAMA’AH
2.1 Berusaha mengenali dan mengasihi semua ahli-ahli jama’ah.
2.2 Menghayati hidup berjama’ah dalam semua aspek kehidupan.
2.3 Melatih diri mengutamakan keputusan jama’ah.

No comments: