Musim cuti sekolah..juga musim anak-anak Abi melangsungkan walimah al 'arus..seorang demi seorang..pasangan demi pasangan. Sudah pasti demi maratib al 'amal ..demi pembinaan atau takwin baitil muslim. Dah lama Abi terfikir dan terpanggil untuk buat satu blog baru ..TAKWINBAITILMUSLIM..tapi sehingga hari ni tak tercapai lagi hasrat tu. Bukan tak ada idea tetapi takut tak ada masa..nanti ramai yang hampa pulak. Abi telah melalui 3 dekad ..perlaksanaan UBM di kampus ..Abi masih ingat buat satu pembentangan dalam liqa khas pembentukan UBM ketika jadi pimpinan IPUUKM dulu ..zaman 80an.
Hingga hari ni..begitu banyak luahan..rungutan..isu-isu ..tentang UBM ..juga perlaksanaan bait muslim dalam jama'ah. Abi masih berkira-kira untuk mula banyak menulis tentang takwin baitil muslim...
6 comments:
Ana sokong kalau abi tulis dan kupas berkaitan baitul muslim ni. Ini kerana ana melihat suasana di kampus memerlukan anjakan paradigma berkaitan pengurusan nizam ni. Lagi pun, banyak 'karenah birokrasi' dalam pengurusan nizam ni.
Sebenarnya bukan saja isu bilangan perempuan lebih ramai daripada lelaki,.... malah ramai lelaki (yang jumlahnya dah sikit) mencari perempuan yg lain bukan ahli untuk dijadikan teman hidup. Nak kata nizam tak approach tak juga.... tapi mana silapnya?
Saya dan suami (mohsen) telah menjalani pengalaman sebagai pemudahcara @ middle person untuk adik2 yang nak ber BM ni semenjak diberikan kepercsyaan oleh Abi dan Ummi. Walaupun baru 5 pasang..pasangan yang sudah menjalani sesi taaruf, istikharah dsbg ni, rata2, adik2 ni masih di kampus dan belum di alam pekerjaan lagi. Yang baru kahwin baru sepasang. Kadang2 bila x dapat selesaikan masalah mereka dengan suami, pasti akan rujuk Abi (as an expertise in this case). Macam2 masalah sebelum, semasa dan selepas mereka menjalani proses sebelum diijabkabulkan. Pengalaman baru, bila si muslimat mintak tunda bertunang dan kahwin..mengakibatkan pihak keluarga muslimin bengang dgn sikap bakal menantunya..nak tumpu pada kerja dulu dsbg. So, cadangan si muslimin ni adalah, unit Baitul Muslim perlu adakan sesi macam kaunseling cara bagaimana nak deal dengan family masing2, juga pada individu pasangan tersebut, agar tidak mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain. Mentara orang nak..(bahasa kasarnya)..mintak2 tunda, nanti muslimin dh frust..hahaha
Assalamualaikum..juga mengharapkan agar abi boleh memberi sedkt ulasan berkaitan BM. disbbkan kdg2 setengah2 pihak (min atau mat) mengambil mudah. bila dh membuat janji,alih2 memutuskan tanpa alasan munasabah..muhasabah buat diri yg lalai..:(
adik2 yang masih dalam pengajian, usah berBM lagi.biarlah habis belajar, selepas itu bolehlah berBM.bimbang kalu berbm awal, tak dapat kawal diri.perjuangan hidup masih panjang.
Kurang setuju dengan pendapat SERAMBI MEKAH. Daripada pengalaman ana, orang yang lambat berBM la yang lebih hanyut kerana tiada ikatan yang kukuh dengan jemaah Islam dan tiada orang yang nak bagi nasihat dan saling ingat-mengingati tentang perjuangan. Bila dah grad, masing - masing bawa haluan sendiri sebab tiada ikatan dengan jemaah Islam.
Post a Comment