JIWA LEMAH 10
Jiwa manusia jadi lemah... bila HATI..
Ada .... bergelumang DOSA
Dosa dikaitkan dengan akibat daripada perbuatan maksiat dan mungkar. Ianya memberi kesan dan padah yang buruk kepada hati manusia. Di antaranya :
Hati yang tidak peduli tentang keburukan dosa .
عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ فِي أَصْلِ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ ، وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ وَقَعَ عَلَى أَنْفِهِ قَالَ بِهِ هَكَذَا فَطَارَ
أخرجه البخاري والترمذي .
Daripada Abdullah Ibnu Mas'ud RAhumma, Rasulullah SAW bersabda:
" Dosa dilihat oleh seorang beriman bagaikan bukit yang besar yang dibimbangi akan menghempap dirinya...namun bagi seorang fajir ( pendosa ) dosa hanya bagaikan lalat kecil yang kecil yang hinggap di batang hidungnya lalu ia menepis2..".
Hati jadi dipenuhi kegelapan yang tidak sensitif terhadap keilmuan dan kebenaran.
نسبه ابن القيم في روضة المحبين (ص 441) لأنس ، وابن عباس - رضي الله عنهم - :
قال - رحمه الله - :
« وقال ابن عباس وأنس - رضي الله عنهم - : إن للحسنة نورا في القلب ، وزينا في الوجه ، وقوة في البدن ، وسعة في الرزق ، ومحبة في قلوب الخلق . وإن للسيئة ظلمة في القلب ، وشينا في الوجه ، ووهنا في البدن ، ونقصا في الرزق ، وبغضة في قلوب الخلق » .
Ibnu Abbas berkata : ' Sesungguhnya bagi kebaikan itu cahaya di dalam hati, hiasan pada wajahnya, kekuatan pada tubuhnya, keluasan pada rezekinya, kecintaan pada hati-hati makhluq Allah, manakala bagi kejahatan itu kegelapan pada hati, kesuraman pada wajah, kelesuan pada tubuh, kekurangan pada rezeki, dan kebencian pada hati-hati makhluq Allah '
( Nukilan Ibnul Qayyim dalam kitabnya Raudhatul Muhibbin )
Imam Malik berkata kepada Imam Syafie pada awal pertemuan mereka: " Sesungguhnya aku melihat Allah telah meletakkan nur dalam hatimu, maka janganlah engkau padamkannya dengan kegelapan maksiat".
Hati jadi keras..
Tanda hati keras ialah tidak terkesan dengan ayat-ayat Allah, nasihat, peringatan, teguran...
Juga sukar untuk mengingati Allah, mengingati mati dan juga kehidupan akhirat, serta dikuasai oleh panjang angan-angan.
.....فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّـهِ ۚ أُولَـٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ ﴿٢٢﴾ الزمر
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّـهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ ﴿١٦﴾ الحديد
.....فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّـهِ ۚ أُولَـٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ ﴿٢٢﴾ الزمر
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّـهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ ﴿١٦﴾ الحديد
عن ابن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا تكثروا الكلام بغير ذكر الله فإن كثرة الكلام بغير ذكر الله قسوة للقلب وإن أبعد الناس من الله القلب القاسي
رواه الترمذي
Hati dibelenggu syaitan dan penjara syahwat
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ ﴿٣٩﴾ الحجر
إِنَّ لِلشَّيْطَانِ لَمَّةً بِابْنِ آدَمَ وَلِلْمَلَكِ لَمَّ فَأَمَّا لَمَّةُ الشَّيْطَانِ فَإِيعَادٌ بِالشَّرِّ وَتَكْذِيبٌ بِالْحَق وَأَمَّا لَمَّةُ الْمَلَكِ فَإِيعَادٌ بِالْخَيْرِ وَتَصْدِيقٌ بِالْحَقّ فَمَنْ وَجَدَ ذَلِكَ فَلْيَعْلَمْ أَنَّهُ مِنْ اللَّهِ فَلْيَحْمَدْ اللَّه وَمَنْ وَجَدَ الأُخْرَى فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.
Sesungguhnya bagi setiap anak Adam (yakni manusia) ada sentuhan (bisikan) syaitan dan sentuhan (bisikan) malaikat. Ada pun sentuhan syaitan, ia mengajak kepada keburukan dan mendustakan kebenaran. Manakala sentuhan malaikat, ia mengajak kepada kebaikan dan menegakka kebenaran. Maka sesiapa yang merasai sentuhan (bisikan) kebaikan, ketahuilah bahawa ia adalah dari Allah (melalui perantaraan malaikat dan hendaklah dia memuji Allah (dengan menyebut Alhamdulillah). Sebaliknya sesiapa yang merasai sentuhan (bisikan) sebaliknya hendaklah dia meminta perlindungan Allah daripada syaitan (dengan menyebut A’uzubillahi minash syaitan nirrajim).
HR Tirmizi
Dosa menjatuhkan martabat dan kedudukan hamba di sisi Allah
سَيُصِيبُ الَّذِينَ أَجْرَمُوا صَغَارٌ عِندَ اللَّـهِ وَعَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا كَانُوا يَمْكُرُونَ ﴿١٢٤﴾ الأنعام
إِنَّ الْمُجْرِمِينَ فِي ضَلَالٍ وَسُعُرٍ ﴿٤٧﴾ يَوْمَ يُسْحَبُونَ فِي النَّارِ عَلَىٰ وُجُوهِهِمْ ذُوقُوا مَسَّ سَقَرَ ﴿٤٨﴾ القمر
Hasan al-Bashri rahimahullah berkata,
هانوا عليه فعصوه ولو عزوا عليه لعصمهم وإذا هان العبد على الله لم يكرمه أحد
Kehinaan menimpa mereka kerana mereka bermaksiat. Dan jika mereka itu mulia, maka Allah akan memelihara mereka (dari bermaksiat). Dan jika seorang hamba dihinakan oleh Allah, maka tidak ada seorang pun yang dapat memuliakannya.
(Ibnu Qayyim di dalam kitabnya al-Jawabul Kafi, Raudhatul Muhibbin)
Dosa menjadi penutup mata hati hingga jadi buta sukar mengenali kebenaran dan kebaikan, lalu menjadikan hati itu tenggelam dengan kelalaian.
Dosa mencabut perasaan malu dalam diri manusia
عَنْ ابْنِ عُمَرَ , أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , قَالَ : " إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِذَا أَرَادَ أَنْ يُهْلِكَ عَبْدًا , نَزَعَ مِنْهُ الْحَيَاءَ , فَإِذَا نَزَعَ مِنْهُ الْحَيَاءَ , لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا مَقِيتًا مُمَقَّتًا , فَإِذَا لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا مَقِيتًا مُمَقَّتًا , نُزِعَتْ مِنْهُ الْأَمَانَةُ , فَإِذَا نُزِعَتْ مِنْهُ الْأَمَانَةُ , لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا خَائِنًا مُخَوَّنًا , فَإِذَا لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا خَائِنًا مُخَوَّنًا , نُزِعَتْ مِنْهُ الرَّحْمَةُ , فَإِذَا نُزِعَتْ مِنْهُ الرَّحْمَةُ , لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا رَجِيمًا مُلَعَّنًا , فَإِذَا لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا رَجِيمًا مُلَعَّنًا , نُزِعَتْ مِنْهُ رِبْقَةُ الْإِسْلَامِ "
( سنن ابن ماجه ٤٠٤٤)
Dari Ibnu Umar bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Apabila Allah Azza Wajalla hendak membinasakan seorang hamba maka Dia akan memcabut rasa malu darinya, apabila rasa malu sudah dicabut darinya maka kamu akan mendapatinya dalam keadaan sangat dibenci. Jika kamu tidak mendapatinya melainkan dalam keadaan sangat dibenci, maka akan dicabut amanah darinya, apabila amanah telah dicabut darinya, maka kamu tidak mendapatinya kecuali dalam keadaan menipu dan tertipu. Apabila kamu tidak menjumpainya melainkan dalam keadaan menipu dan tertipu, maka akan dicabut darinya sifat kasih sayang, dan apabila dicabut darinya kasih sayang, kamu tidak akan menjumpainya kecuali dalam keadaan terlaknat lagi terusir, dan apabila kamu tidak menjumpainya melainkan dalam keadaan terlaknat lagi terusir, maka akan dicabut darinya ikatan Islam.”
(Sunan Ibnu Majah, no. 4044)
الحياء والإيمان قرناء إذا رفع أحدهما رفع الآخر
رواه الحاكم
" Malu dan iman keduanya sejajar bersama, ketika salah satu dari keduanya diangkat maka yang lainnya pun ikut terangkat."
HR Hakim
قال الفضيل بن عياض:
خمس من علامات الشقاء: قسوة القلب، وجمود العين، وقلة الحياء، والرغبة في الدنيا، وطول الأمل
Fudhail bin Iyadh berkata :
" Lima tanda kecelakaan itu adalah kerasnya hati, mata yang tidak menangis, sedikit perasaan malu, tamak dunia dan panjang angan-angan. "
Dosa menghilangkan keberkatan hidup.
Iman dan taqwa menjadi sebab kepada keberkatan hidup. Justeru sebaliknya dosa dan maksiat menghilangkan keberkatan hidup.
قال صلى الله عليه وسلم: ((إن الرجل ليحرم الرزق بالذنب يصيبه)). رواه الإمام أحمد.
Rasulullah s.a.w bersabda, "Seseorang hamba dicegah daripada rezeki akibat dosa yang dibuatnya."
(HR Ahmad).
Dosa menjadikan hati resah gelisah tidak merasai ketenangan.
عن النواس بن سمعان -رضي الله عنه- عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال:
((البر حسن الخلق، والإثم ما حاك في نفسك، وكرهت أن يطلع عليه الناس))
رواه مسلم.
Daripada an-Nawas bin Sam’an diriwayatkan Muslim , Nabi SAW bersabda : “Kebaikan adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa adalah segala hal yang meresahkan jiwamu dan engkau tidak suka jika orang lain melihatnya.”
HR Muslim
وعن وابصة بن معبد -رضي الله عنه- قال: أتيت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- فقال: ((جئت تسأل عن البر والإثم؟)) قلت: نعم، قال: ((استفت قلبك، البر ما اطمأنت إليه النفس، واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس، وتردد في الصدر، وإن أفتاك الناس وأفتوك)) حديث حسن، رويناه في مسندي الإمام أحمد والدارمي بإسناد حسن.
Dan daripada Wabishah bin Ma’bad radhiallahuanhu dia berkata : Saya mendatangi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, lalu baginda bersabda : Apakah engkau datang untuk bertanyakan tentang kebaikan ?, Saya menjwab : Benar!. Baginda bersabda : Mintalah fatwa kepada kamu sendiri. Kebaikan adalah apa-apa yang mententeramkan jiwa dan hati, sedangkan dosa adalah apa-apa yang mengganggu jiwa dan meragukan hati, meskipun orang-orang memberi fatwa yang membenarkanmu.
HR Ahmad dan Ad Darami
Dosa menjadikan himmah ( cita-cita hati ) jadi lemah.
Ibnu Qayyim berkata dalam kitabnya Al Jawab Al Kafi :
" Dosa melemahkan himmah ( cita-cita ) hati dan kehendak hati, menghalanginya daripada ketaatan, dan menjadikannya malas melakukan ketaatan. sehinggalah perkara yang sukar, dibenci dan tidak digemari. Hati tidak lapang untuk ketaatan...sempit dada disebabkan maksiat...jadi berani melakukan kejahatan...bacul penakut untuk melakukan kebaikan. "
Justeru...jauhilah dosa...mohonlah keampunan dariNya...dosa hanya akan melemahkan jiwa.
ABi
No comments:
Post a Comment