Monday, October 22, 2012

5 ASAS MENGENALI HATI....

Asas Pertama mengenal HATI:


يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ ﴿١٩: غافر ) 

Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan 
mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati

. وَأَسِرُّوا قَوْلَكُمْ أَوِ اجْهَرُوا بِهِ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ ﴿الملك: ١٣

Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring
, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada

...Hati seorang hamba cukup berhati-hati dengan amalannya terhadap Allah kerana Zat yang ia berurusan adalah Zat Yang Maha Mengetahui dan Mengerti apa yang ada di dalam hati seorang hamba




Asas yang ke dua "mengenal HATI"...Sabda Rasulullah S.A.W. :


(إن الله لا ينظر إلى صوركم وأبشاركم ولكن ينظر إلى قلوبكم )..


"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras kamu dan tubuh badan kamu akan tetapi Dia memandang kepada ( kesucian ) hati-hati kamu"...Maka HATI itu adalah tempat pandang dan telek Rabb Sekian Alam, Sangat heranlah seorang yang mementingkan rupa wajahnya sedang ia hanyalah tempat pandang dan telek manusia semata-mata... 

Asas Ketiga :
Berkata Al Imam Ghazali ...' Sesungguhnya hati itu adalah raja yang ditaati, pemimpin yang diikuti, anggota-anggota tubuh itu keseluruhannya ialah pengikut, maka apabila baik orang yg diikuti maka baiklah para pengikutnya..maka apabila tetap istiqamah raja maka tetap istiqamah jugalah rakyatnya...seperti mana hadith Nabi SAW berbicara : 'Sesungguhnya dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, bila baik ia maka baiklah seluruh jasad, dan apabila rosak maka rosaklah seluruh jasad..ingatlah ianya adalah HATI..'


Bersambung.....

No comments: