
Wednesday, February 13, 2008
Pemerkasaan Usrah Sebagai Wasilah Tarbiyyah
1.0 MUQADDIMAH
Beberapa persoalan:
- Adakah kita puas hati dengan tarbiyah kita? Perjalanannya? Hasil dan natijahnya?
- Sejauh mana kesan tarbiyah kita terhadap ahli dan pimpinan kita?
- Adakah gejala-gejala yang wujud dalam jama’ah adalah natijah dan hasil tarbiyah kita atau akibat dari kegagalan perlaksanaan tarbiyah kita di seluruh peringkat?
2.0 MUHASABAH
- Krisis keperibadian – ahli dan pimpinan
- Krisis sikap
- Krisis ukhuwwah
- Usrah mampu merubah, mengislah dan membentuk keperibadian,sikap dan ukhuwwah
3.0 CABARAN
- bersifat dalaman :
a. Ahli tidak minat - perlu kepada tawjihat dan gesaan dari jama’ah.
b.Nuqaba’ tidak bersedia
- tidak jelas tasawwur tarbiyah harakiyyah yang sebenar
- perlukan panjang masa untuk melihat hasil
- perlukan kesabaran dalam hadapi persoalan sedikit ahli dan tiada
peruntukan kewangan.
c. Nuqaba’ tidak mencukupi dan tidak kaya dengan seni dan
kemahiran pengendalian usrah.
d. Pengurusan usrah yang tidak cekap.
e. Tarbiyah tidak jadi agenda penting organisasi.
4.0 PEMERKASAAN
- Usrah sebagai organisasi kecil.
- Manhaj dipermudahkan
- Pengurusan masa usrah yang tidak membebankan.
- Penekanan unsur-unsur latihan terhadap :
- menepati masa
- ruhiyyah : qiyam, ma’thurat,solat nawafil dan solat jama’ah.
- latihan bercakap di sekitar nas Al Quran dan Al Hadith.
- usrah bermula dari qiyam.
e. Penekanan peranan usrah sebagai:
- wadah perkongsian ilmu,pengalaman dan perasaan.
- pembudayaan amar ma’ruf nahi mungkar dan nasihat
menasihati.
- Penekanan peranan naqib sebagai murabbi, pembimbing, pemimpin,
penasihat, kaunselor dan pemudahcara ( fasilitator ).
- Pemantauan dari organisasi secara berterusan.
- Orientasi kepada tugasan tarbiyah dan dakwah.
- Sentiasa utamakan ukhuwwah.
Wallahu a’lam.
Ukhuwwah Islamiyyah
UKHUWWAH ISLAMIYYAH
1.0 DEFINASI
1.1 Ukhuwah merupakan satu sinaran suci yang diserapkan Allah ke dalam hati hamba-hambaNya. Dengan jelas menunjukkan ukhuwah adalah suatu pemberian rabbani yang dialirkan Allah ke dalam hati-hati sanubari hamba-hambaNya.
1.2 Ukhuwah juga merupakan kekuatan iman seseorang yang melahirkan perasaan cinta yang mendalam terhadap sahabatdengan berlemah-lembut dan berkasih-sayang.
1.3 Ukhuwah juga adalah sifat mulazamah (sentiasa wujud) iman dimana tidak sempurna iman tanpa ukhuwah dan tiada ukhuwah tanpa iman, seperti tiada sedekah tanpa takwa dan tiada takwa tanpa sedekah.
2.1 Melakukan segala benda yang menunjukkkan ia benar-benar mengasihinya seperti meanggil ia dengan nama yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang dibenci.
“Jika kamu belanjakan apa yang di bumi seluruhnya sekalipun nescaya kamu sekali-kali tidak akan dapat dijinakkan di antara hati-hati mereka tetapi Allahlah yang menjinakkan antara hati-hati mereka”
2.3 Apabila bertemu, hendaklah memaniskan muka di dalam pertemuan itu.
2.4 Apabila bertemu, hendaklah bersegera (mendahulukan) berjabat tangan.
2.5 Hendaklah menziarahi saudara kamu dari masa ke semasa. Ziarah dengan melihat suasana hidup sahabat dari masa ke semasa peningkatan atau penurunan, susah atau senang dan selalu berbincang.
3.1 Hendaklah benar-benar ikhlas kerana Allah, ukhuwah bukan kerana kepentingan peribadi seperti hendakkan pangkat atau harta. Ukhuwah yang tidak ikhlas tidak kekal lama.
3.2 Hendaklah ukhuwah diikat dengan iman dan takwa.
3.3 Hendaklah ukhuwah itu menlazimi di atas manhaj Islam. Oleh itu :-
a) sama-sama menegakkan manhaj Islam (sistem hidup Islam)
b) sama-sama memahami hukum Allah dan kembali kepadanya dalam semua hal
“Wajiblah kasih sayangKu bagi orang yang berkasih sayang keranaKu dan sering berbincang keranaKu dan berbalas-balas keranaKu”
d) menghidupkan suasana ingat-mengingati di atas dasar keimanan dan bukan kerana hawa nafsu
e) sama-sama beramal soleh, berpesan dengan kebenaran dan kesabaran
f) beriltizam dengan manaj Al-Quran
g) benar-benar menjadi seorang khalil
3.4 Hendaklah ukhuwah itu didasarakn kepada tolong-menolong semasa senag dan susah (senyum dan nangis bersama).
4.0 HAK-HAK UKHUWAH FILLAH
4.1 Hak jemaah yang kita tinggalkan kepada seluruh manusia yang mengaku beriman kepada Allah SWT iaitu :-
a) memberi salam ketika bertemu
b) menjawab salam
c) menziarahinya ketika sakit
d) mengiringi jenazahnya hingga ke kubur
e) memenuhi jemputan
f) mengucapkan doa ketika bertahmid sesudah bersin
g) baik di dalam pembahagiannya
h) menolongnya ketika dizalimi
i) sentiasa memberi nasihat kepadanya
j) menyelesaikan masalahnya
k) menolongnya memberi kesenangan di dalam kesusahan
m) menjauhi dari menghinanya, memarahinya, membuat zalim, dan menyakitinya
4.2 Hak Khassah – iaitu yang kita tunaikan kepada seluruh saudara kita yang sama-sama berjuang di dalam satu saf.
4.3 Haram meninggalkan sahabat lebih daripada 3 hari jika kerana sebab-sebab peribadi. Tetapi jika sebab jemaah menjadi wajib.
“Tidak halal bagi seseorang muslim meninggalkan saudaranya selama 3 hari”.
Sabda Rasulullah SAW :-
“Dan Allah akan menolong hambaNya selagi hamba itu menolong saudaranya”.
Tazkiyah An Nafs Dalam Gerakan Islam
1.0 Misi kebangkitan Ar Rasul SAW:
a. Mendakwahkan ayat-ayat Allah Ta’ala
b. Menyucikan jiwa
c. Mengajarkan ilmu Al Quran dan As Sunnah
2.0 Misi tazkiyyah an nafs merujuk kepada penyucian jiwa manusia dari syirik,kufur,nifaq dan segala caabang-cabangnya. AN NAFS membawa pengertian `diri manusia’ yang merangkumi ruh, aqal, hati dan nafsu manusia. `Diri manusia’ pada asalnya berada di dalam keadaan fithrah tetapi hanyut dalam kelalaian dan penyelewengan apabila berinteraksi dengan alam asbab iaitu selepas lahir ke dunia. Maka Islam datang untuk mengembalikan `diri manusia’ kepada fithrahnya yang asal.
3.0 Dalam konteks gerakan Islam, tazkiyyah an nafs berperanan untuk meletakkan ahli-ahlinya:
a. Bersih jiwa ( mukhlisin ) supaya pembentukan peribadi mujahid terbina di atas maqam keikhlasan.
“Dialah ( Allah ) yang mengutuskan kepada umat yang ummi ( arab ) seorang rasul di antara mereka , yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, dan menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu dalam kesesatan yang nyata.Dan (kepada umt) yang lain di antara mereka yang belum berhubungan dengan mereka ( iaitu orang ajam) Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” - Al Jummu’ah : 2-3
`Tiadalah anak yang baru lahir melainkan dilahirkan dalam keadaan fithrah. Maka kedua ibubapanyalah yang akan menjadikan ia yahudi atau nasrani atau majusi’
- Al Hadith
- Ar Rum 30-31
b. Mempunyai keteguhan iman ketahanan diri di dalam berdepan dengan mehnah dan tribulasi.
c. Mempunyai kecintaan yang tinggi kepada Allah dan Rasul serta kehidupan akhirat.
4.0 Rukun dan wasilah tazkiyyah an nafs :
4.1 Rukun
a. Al Ilmu ( )
b. At Takhali ( )
c. At Tahalli ( )
d. Al Mujahadah( )
4.2 Wasilah
a. Taubat
b. Isti’anah dan isti’azah
c. Ibadah khususi
d. Zikrullah
e. Aurad Yaumi
5.0 Tazkiyyah An Nafs mestilah menjadi rutin hidup yng berterusan kepada ahli-ahli gerakan Islam tanpa rasa jemu dan penat. Ini disebabkan:
5.1 Tugas dan tanggungjawab dakwah dan jihad yang berat.
5.2
5.3 Penghalang dan perosak amalan banyak mencabar perjalanan da’ie
5.4 Cita-cita merebut maqam syuhada’ dan mardhatillah
6.0 Wallahu a’lam.
“Dia yang menurunkan ketenangan ke dalam hati-hati orng-orang yng beriman supaya bertambah keimanannya bersama iman ( yang telah sedia ada)…….” - Al Fath 4
`Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah Allah dan RasulNya lebih dikasihi dari segalanya.’
- Al Hadith
Tips amalan:
1.`Apa yang tidak dapat diamal semua jangan ditinggal semua.’
2.`Sedikit yang berterusan lebih baik dari banyak yang terputus-putus.’
3.`Mudahkan jangan sukarkan.’
4.`Sesungguhnya Allah sukakan seorang yang bila beramal dia lakukan sebaik-baiknya.’
“Sesungguhnya Kami akan meletakkan perkataan yang berat ke atas engkau” – Al Muzzammil 5
“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam (menyembah) Kami, nescaya Kami tunjuki mereka ke Jalan Kami……” - Ar Rum 39
“Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada hawa nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempat diamnya.” - An Naazi’at 40-41
`Ya Allah berilah diriku ketaqwaan dan kesucian Engkaulah sebaik-baik yang menyucikannya Engkaulah wali dan tuan empunya diriku ini.’ - Al Hadith
Sunday, January 14, 2007
USRAH : INSTITUSI TARBIYYAH HARAKIYYAH
Kalimah ‘usrah’ bererti ‘keluarga’. Ianya menggambarkan sebuah keluarga yang dipertautkan ahli-ahlinya oleh satu ikatan hati yang kukuh dan mesra, yang wujud interaksi dan komunikasi yang baik antara satu sama lain. Dalam konteks Jama’ah Islam, usrah merupakan satu unit atau kumpulan kecil di kalangan ahli dan pemimpin yang diketuai oleh seorang naqib; bertindak sebagai sebuah keluarga yang saling kasih mengasihi dan mengambil berat antara satu sama lain serta sentiasa berusaha mempertingkatkan ilmu, kefahaman, amalan dan penghayatan Islam melalui berbagai aktiviti yang sesuai dan munasabah.
Usrah menjadi satu wasilah dan institusi penting dalam merekrut kader-kader dakwah yang berperanan di dalam tanzim jamaah juga di dalam masyarakat. Kader dakwah yang diperlukan mestilah seorang yang mempunyai ilmu dan fikrah yang jelas, syaksiah yang boleh dicontohi serta iltizam yang kukuh terhadap penghayatan Islam dan perjuangannya.
Oleh itu, usrah mempunyai matlamat dan tujuan yang perlu dicapai dan ia juga diikat oleh rukun dan adab tertentu demi keutuhan dan keberkesanan penubuhannya.
1.0 MATLAMAT DAN TUJUAN
Usrah adalah merupakan nadi pergerakan jama’ah Islam. Ianya adalah sebuah keluarga yang terhimpun di dalamnya keyakinan, ukhuwwah dan iltizam. Secara umumnya usra mestilah mencapai matlamat:
Mengukuhkan keyakinan ahli kepada dan cita-cita perjuangan Islam.
Membina ukhuwwah Islamiyyah sebagai kekuatan jama’ah Islam.
Memantapkan iltizam pegangan dan penghayatan serta penglibatan ahli di dalam kerja-kerja Islami.
Secara khususnya, usrah mestilah:
Mendedahkan kefahaman yang betul tentang Islam dan pejuangannya.
Menjelaskan matlamat dan dasar serta usaha dan pendekatan jama’ah Islam dalam konteks perjuangan di Malaysia.
Mendidik ahli agar berpegang teguh dan mengamalkan ajaran Islam di dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Menekankan hubungan baik antara manusia dan akhlak yang mulia di dalam kehidupan berjama’ah dan bermasyarakat.
Mendedahkan kerja-kerja berjama’ah sebagai satu usaha jihad untuk merealisasikan perjuangan Islam.
Membina petugas-petugas Islam yang dinamik dan produktif di dalam menjalankan tugasan dakwah, tarbiyyah dan amar makruf nahi mungkar dalam konteks amal Islam.
3.0 AKTIVITI USRAH
Di antara aktiviti-aktiviti usrah yang boleh dirancang:
Liqa’ (pertemuan mingguan)
Program boleh diisi dengan pengisian ilmu, fikrah, tazkirah dan perbincangn tentang isu-isu semasa dan masaalah peribadi ahli.
Halaqah ilmu umum dan khusus
Bertujuan menyempurnakan penguasaan ilmu ahli-ahli usrah. Penekanan boleh dibuat untuk menyelesaikan penguasaan ilmu fardhu ain (aqidah, fiqh dan akhlak), Al-Quran, Al-Hadith, Fiqh Dakwah, Fiqh Sirah, Ulum Lughoh Arabiyah dan sebagainya.
Tamrin (kursus)
Program ini dibuat bertujuan untuk melengkapkan kefahaman ahli tentang tajuk-tajuk tertentu atau kemahiran-kemahiran tertentu seperti pengurusan jama’ah, pengurusan dakwah dan tarbiyyah dan sebagainya.
Rehlah (perkelahan)
Program ini lebih bersifat ukhuwwah dan rekreasi. Ianya akan dapat mengeratkan hubungan ukhuwwah di kalangan ahli di samping ianya memperluaskan pengetahuan ahli-ahli tentang alam persekitaran.
Mukhayyam tarbawi (perkhemahan tarbiyyah)
Program menekankan aktiviti-aktiviti rekreasi, survival dan semangat berpasukan di samping membentuk fizikal, mental dan ruh yang kental di dalam menghadapi segala keadaan.
Sunduq (tabung kebajikan usrah)
Tabungan kewangan untuk membantu ahli yang memerlukan.
3.0 RUKUN-RUKUN USRAH
Rukun-rukun usrah yang wajib ditegakkan ialah:
Ta’aruf (Saling berkenalan)
Setiap ahli mestilah berusaha untuk mengenali ahli yang lain supaya pengertian persahabatan yang sebenar dapat dirasai. Dengan itu, setiap ahli akan dapat memelihara perhubungan ukhuwwah serta menyuburkannya sebaik mungkin.
Tafahum (Saling bersefahaman)
Asas kesefahaman yang penting ialah semua ahli mestilah bercita-cita menghayati hidup Islam. Ini bermakna segala usaha mestilah difahami sebagai bertujuan untuk mencapai cita-cita tersebut. Jangan ada ahli yang merasa terpinggir atau merasakan dirinya terasing dari usaha-usaha tersebut.
Takaful (Saling melindungi)
Seluruh ahli adalah ibarat tubuh yang satu. Perasaan ini akan menjadikan usrah satu tubuh yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain. Maka tidak akan ada seorang ahli yang di dalam kesusahan melainkan seluruh ahli akan merasainya bersama. Inilah kemuncak ukhuwwah Islamiyyah yang dituntut oleh Islam.
4.0 ADAB-ADAB USRAH
Adab-adab usrah yang perlu dipelihara:
Memelihara persaudaraan kerana nilai persaudaraan amat tinggi dan berharga di sisi Islam.
Memelihara adab-adab persahabatan.
Berusaha menghadiri semua program yang dirancang oleh usrah.
Berusaha menepati masa.
Menghormati naqib sebagai pemimpin.
Melatih diri supaya terlibat dengan perbincangan dalam pertemuan usrah.
Menyediakan diri untuk ditarbiyyah.
Mematuhi arahan dan keputusan usrah dan jama’ah.
Berusaha menghayati kehidupan Islam yang sebenar.
Menjadikan usrah sebagai rujukan di dalam segala perkara samaada bersifat peribadi atau yang lainnya.
Mengelakkan pertengkaran dan perdebatan di dalam liqa’ yang boleh membawa keruh hubungan persaudaraan.
Menegur sahabat dengan penuh hikmah semoga yang ditegur berubah dan yang menegur tidak merasai dirinya lebih baik.
Melatih diri berkorban demi kepentingan Islam dan perjuangan.
5.0 PENUTUP
Jalan kemenangan Islam masih jauh lagi. Ianya perlu dilalui oleh pendokong-pendokong perjuangan Islam yang teguh peribadi dan kuat keyakinannya. Itulah natijah yang dicita-citakan akan dapat dilahirkan melalui program usrah. Semoga ianya akan berhasil demi keredhaan Allah Azza wa Jalla.. Wallahu a’lam.
TASAWWUR TARBIYYAH HARAKIYYAH
Proses perubahan terhadap diri yang dicetuskan melalui penyemaian dan penyuburan benih ilmu dan iman, pengasuhan amal dan akhlaq serta pengukuhan iltizam ke arah penegakan amal Islami dalam konteks pergerakan jama’ah Islamiyyah.
Al Jumu’ah :2, Al Hujurat: 7
2.0 TARKIZ TARBAWIY
Tarkiz berarti pusat atau titik perubahan yang menjadi sasaran kepada sentuhan tarbiyah , iaitu :
a. Aqal
b. Ruh
c. Hati
d. Nafsu
Al A’raaf : 172
`Ingatlah di dalam jasad ada seketul daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasad…….ingatlah ianya adalah HATI’ - Al Hadith
`Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga hawa nafsunya mengikut apa ( syariat) yang aku bawa’ - Al Hadith
3.0 MATLAMAT TARBIYAH HARAKIYAH
3.1 Melahirkan anggota-anggota jama’ah yang melengkapi syarat-syarat keislaman iaitu :
Keimanan yang kukuh
Ilmu dan fikrah yang jelas
Keperibadian yang luhur
Iltizam yang kuat terhadap Islam dan perjuangannya.
Al Hujurat : 15
3.2 Memperlengkapkan anggota-anggota dengan persiapan sebagai dai’e mujahid iaitu :
Berkebolehan memimpin dan mentarbiyah mad’u
Mampu untuk menyampaikan fikrah jama’ah
Bersikap kritis dan berpandangan tajam terhadap waqi’e
Menghayati prinsip-prinsip berjama’ah dalam amal jamai’y dan tanzim.
3.3 Melakukan penguasaan tarbiyah sepenuhnya terhadap perjalanan dan pergerakan jama’ah iaitu:
Aktiviti jamai’y dan ijtima’iy
Kepimpinan
Organisasi
4.0 PENGUASAAN TARBAWIY
4.1 Penguasaan Fardi
A. Bidang-bidang penguasaan
Pemikiran
Percakapan
Amalan dan tindakan
Kawalan diri dan emosi
Perangai, sikap dan tingkah laku
Kesedaran hati
Keinginan diri
`Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik atau dia diam sahaja….’ – Al Hadith
B. Pendekatan dan wasail fardi
a. Qur`aniy
b. Zikrullah
c. Tafakur
d. Ibadah
e. Masjid
f. Muraqabah
4.2 Penguasaan Jama’iy
4.2.1 Prinsip-prinsip Penguasaan
a. Mengutamakan yang positif dari negatif
b. Mengutamakan kesederhanaan dari melampau
c. Berterusan walau pun sedikit
d. Meletakkan aulawiyat dalam takwin
e. Pembentukan melalui qudwah
f. Pembentukan kullie dan bukan juz`ie
g. Kesejahteraan bi`ah
h. Kesan pahala dan dosa
i. Mengenali ahli dan meletakkannya pada marhalah yang betul
j. Meletakkan ahli berperanan dalam tanzim mengikut keupayaan dan kemampuannya.
4.2.2 Kesan-kesan Penguasaan
Cara dan sikap pemikiran
Ketaatan dan wala’
Iltizam
Kesediaan dipertingkatkan
Kesediaan disusunatur
Kesediaan bekerja dan berkorban untuk amal islami
4.2.3 Pendekatan dan wasail jama’iy
Usrah
Tamrin
Rehlah dan mukhaiyyam
Halakat umumi dan khusus
Daurah ilmiyyah
Mu’ayasyah
Ijtima’iyyah
Disediakan oleh
AL FAQIR MOHD NOOR OMAR AL JAWI
Rujukan :
1. Fi Afaqit Ta’alim - Sa’id Hawwa
2. Al Madkhal ila dakwah al Ikhwan al Muslimin - Sa’id Hawwa
3. Al Isti’ab fi hayatiddakwah wada’iyyah - Fathi Yakan
4. Manhaj Tarbiyah PAS