Thursday, November 06, 2014

JIWA LEMAH 3

JIWA LEMAH 3

Jiwa manusia jadi lemah...bila HATI ..

Ada nifaq...


Nifaq adalah penyakit kekufuran yang merbahaya di dalam hati manusia dan menjadi dosa yang besar merosakkan jiwa manusia. Nifaq bererti menzahirkan keislaman dan hakikat batinnya kufur. Bahkan ianya lebih bahaya dan mudarat daripada kekufuran dan balasannya di akhirat lebih dahsyat dan berat kerana ianya adalah kekufuran yang berpakaian dengan keislaman.

( إن المنافقين في الدرك الأسفل من النار ولن تجد لهم نصيراً ) النساء/145 .



Seorang munafiq secara berterusan dalam keraguan, berbolak-balik dan berpura-pura walaupun mereka hidup bersama orang-orang yang beriman. Hati mereka sentiasa bersama kekufuran dan orang-orang kafir. Satu ketika bersama orang-orang beriman...dan satu ketika lain bersama orang-orang kafir.
 ( مذبذبين بين ذلك لا إلى هؤلاء ولا إلى هؤلاء ومن يضلل الله فلن تجد له سبيلاً ) النساء/1. 

والمنافقون لفساد قلوبهم أشد الناس إعراضاً عن دين الله كما أخبر الله عنهم بقوله 
Munafiq rosak jiwanya disebabkan bersangatan dalam berpaling dari agama Allah.

: ( وإذا قيل لهم تعالوا إلى ما أنزل الله وإلى الرسول رأيت المنافقين يصدون عنك صدوداً ) النساء/61 . 

Pergerakan hidup seorang munafiq berlegar dalam memperelokkan rupa, keterampilan dan imej keislaman kereka di kalangan orang-orang beriman sedangkan ianya hanya senda gurau dan kepura-puraan.

 وإذا لقوا الذين آمنوا قالوا آمنا وإذا خلوا إلى شياطينهم قالوا إنا معكم إنما نحن مستهزئون ، الله يستهزئ بهم ويمدهم في طغيانهم يعمهون ) البقرة/14-15 .
Bila nifaq tertanam dalam hati...muncul segala keburukan berupa sifat-sifat munafiq yang yang dapat dilihat pada zahir kehidupan mereka.
Yang paling jahat dan bahaya ialah kekufuran ....

 ( وإذا قيل لهم آمنوا كماآمن الناس قالوا أنؤمن كما آمن السفهاء ألا إنهم السفهاء ولكن لا يعلمون ) البقرة/13 . 

Kedengkian dan permusuhan kepada orang-orang yang beriman

 ( إن تصبك حسنة تسؤهم وإن تصبك مصيبة يقولوا قد أخذنا أمرنا من قبل ويتولوا وهم فرحون ) التوبة/50 . 

Menghina dan memperkecilkan Allah, rasulNya dan agamaNya

 ( ولئن سألتهم ليقولن إنما كنا نخوض ونلعب قل أبالله وآياته ورسوله كنتم تستهزئون ، لا تعتذروا قد كفرتم بعد إيمانكم ) التوبة/65- 66 . 
Melakukan kerosakan di atas muka bumi dengan kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan.
( وإذا قيل لهم لا تفسدوا في الأرض قالوا إنما نحن مصلحون ألا إنهم هم المفسدون ولكن لا يشعرون ) البقرة/11-12 . 

Berbohong dan berdusta dengan sumpah dan kata-kata mereka
 ( ويحلفون بالله إنهم لمنكم وما هم منكم ولكنهم قوم يفرقون ) المائدة/65 . 

Menyuruh berbuat mungkar dan mencegah perkara makruf dan bakhil dengan harta mereka

( المنافقون والمنافقات بعضهم من بعض يأمرون بالمنكر وينهون عن المعروف ويقبضون أيديهم نسوا الله فنسيهم إن المنافقين هم الفاسقون ) التوبة/67 . 

Tamak dan rakus terhadap kesenangan dunia
( ومنهم من يلمزك في الصدقات فإن أعطوا منها رضوا وإن لم يعطوا منها إذا هم يسخطون ) التوبة/58 .
 Rasulullah SAW menyifatkan dengan 4 tanda yang jelas :

 ( أربع من كن فيه كان منافقاً خالصاً , ومن كانت فيه خلة منهن كانت فيه  خلة من النفاق حتى يدعها إذا حدث كذب وإذا عاهد غدر , وإذا وعد أخلف , وإذا خاصم  فجر ) رواه مسلم/53 . 
Menjaga imej baik pada rupa, kata-kata dan keterampilan Islam

 ( وإذا رأيتهم تعجبك أجسامهم وإن يقولوا تسمع لقولهم كأنهم خشب مسندة يحسبون كل صيحة عليهم هم العدو فاحذرهم قاتلهم الله أنى يؤفكون ) المنافقون/4 . 

Kuffar yang memusuhi Islam adalah musuh utama dari luaran. Manakala munafiq adalah musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan duri dalam daging. Bahkan mereka lebih bahaya dan lebih mudarat kerana mereka bercampur dan bergaul dengan orang-orang beriman serta mengetahui segala macam ehwal dan rahsia mereka.

Justeru selayaknya Allah ta'ala membalasi mereka dengan azab yang pedih. 
 ( إن الله جامع المنافقين والكافرين في جهنم جميعاً ) النساء/140 . 

Bahkan lebih dahsyat dari golongan kafir lagi.
 ( إن المنافقين في الدرك الأسفل من النار ) النساء/145 . 

Dan Allah Azza wa Jalla mengisytiharkan jihad terhadap mereka .

 ( يا أيها النبي جاهد الكفار والمنافقين واغلظ عليهم ومأواهم جهنم وبئس المصير ) التحريم/9
Alangkah lemahnya munafiq pada jiwa dan kehidupan mereka...

(حديث موقوف) حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ  ، نا عَوْفٌ  ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ هِنْدٍ الْجَمَلِيِّ  ، قَالَ : قَالَ عَلِيٌّ  رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : " الإِيمَانُ يَبْدَأُ لُمْظَةً بَيْضَاءَ فِي الْقَلْبِ ، كُلَّمَا ازْدَادَ الإِيمَانُ ازْدَادَتْ بَيَاضًا حَتَّى يَبْيَضَّ الْقَلْبُ كُلُّهُ ، وَإِنَّ النِّفَاقَ يَبْدَأُ لُمْظَةً سَوْدَاءَ فِي الْقَلْبِ ، فَكُلَّمَا ازْدَادَ النِّفَاقُ ازْدَادَتْ حَتَّى يَسْوَدَّ الْقَلْبُ كُلُّهُ ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، لَوْ شَقَقْتُمْ عَنْ قَلْبِ مُؤْمِنٍ وَجَدْتُمُوهُ أَبْيَضَ الْقَلْبِ ، وَلَوْ شَقَقْتُمْ عَنْ قَلْبِ مُنَافِقٍ وَجَدْتُمُوهُ أَسْوَدَ الْقَلْبِ " .

Saidina Ali Abu Thalib k.w. berkata, " Sesungguhnya iman itu akan tampak di dalam hati sebagai titik putih. Setiap kali iman itu bertambah, bertambah pula titik putih itu, sehingga nanti menjadi putihlah keseluruhan hatinya. Sesungguhnya nifaq itu akan tampak didalam hati sebagai sebuah titik hitam. Setiap kali nifaq itu bertambah, bertambah pula titik hitam itu, sehingga nanti menjadi hitamlah keseluruhan hatinya. Demi Zat yang nyawaku di tanganNya, kalaulah engkau belah hati seorang mikmin nescaya engkau mendapati putih hatinya, dan jika engkau membelah hati seorang munafiq nescaya engkau mendapati hitam hatinya" .

( كتاب الإيمان لابن أبي شيبة )

Wallahul musta'aan 

ABi

No comments: