Thursday, November 06, 2014

JIWA LEMAH 6

JIWA LEMAH 6

Jiwa jadi lemah...bila..dalam HATI ..

Ada sifat-sifat mazmumah ( terkeji )..

Dalam kitabnya, Al Arbai'ien fi usuliddin Al Imam Al Ghazali RH , juga seperti yang dihuraikan oleh Syeikh Abdul Kadir Al Mandili dalam kitabnya Penawar Bagu Hati, menggariskan 10 sifat-sifat mazmumah yang wajib dipelajari dan wajib dibuang dari hati seorang muslim.

10 Sifat-sifat Mazmumah

1. Syarrut ta‘am (loba kepada banyak makan)

Keinginan nafsu yang menguasai hati terlampau mahu banyak makan atau minum, gelojoh dan membazir ketika makan atau minum. Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah. 

 يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ ﴿٣١
Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.(31)

Al A'raf : 31


2. Syarrul kalam (loba kepada banyak bercakap)

Keinginan nafsu yang menguasai hati untuk banyak berkata-kata atau banyak bercakap. Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada dosa, dan dosa membawa ke neraka.


(( لَا يَسْتَقِيمُ إِيمَانُ عَبْدٍ حَتَّى يَسْتَقِيمَ قَلْبُهُ ، وَلَا يَسْتَقِيمُ قَلْبُهُ حَتَّى يَسْتَقِيمَ لِسَانُهُ ، وَلَا يَدْخُلُ رَجُلٌ الْجَنَّةَ لَا يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ ))
[أحمد عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ]

Nabi s.a.w. telah bersabda:
“Tidak akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya.”
HR Ahmad 

مَنْ كَثُرَ كَلامُهُ كَثُرَ سَقَطُهُ ، وَمَنْ كَثُرَ سَقَطُهُ كَثُرَتْ ذُنُوبُهُ ، وَمَنْ كَثُرَتْ ذُنُوبُهُ فَالنَّارُ أَوْلَى بِهِ " ، الطبراني وأبو نُعيم في الحلية

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya." 

Riwayat Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya'


3. Ghadhab (marah)

Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar. Ianya sifat dalam hati akibat dari nafsu yang tidak terdidik yang menyebabkan tidak terkawal kata-kata dan tindak lakunya.


 إِنَّ الْغَضَبَ مِنْ الشَّيْطَانِ وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنْ النَّارِ وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ
روى الإمام أحمد في "المسند" وأبو داود 

Sesungguhnya marah itu daripada syaitan, dan dicipta daripada api. hanyasanya api dipadam dengan air. Maka apabila seorang daripada kamu marah maka hendaklah dia berwudhu'.

HR Ahmad dan Abu Daud

عن أبي هريرة رضي الله عنه ، أن رجلا قال للنبي صلى الله عليه وسلم : " أوصني " ، قال : ( لا تغضب ) ، فردّد ، قال : ( لا تغضب ) 
رواه البخاري .

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Baginda bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka baginda bersabda : Jangan engkau marah.

HR Bukhari

4. Hasad (dengki)

Sifat buruk hati bila menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik.  Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

عن انس بن مالك ،قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " الْحَسَدُ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ ، وَالصَّلاةُ نُورُ الْمُؤْمِنِ ، وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ مِنَ النَّارِ
رواه ابن ماجه
Kedengkian memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar. sedekah pula memadamkan keburukan seperti air memadamkan api. Solat itu cahaya bagi orang yang beriman dan puasa pula perisai daripada api neraka.

HR Ibnu Majah

5. Bakhil (kedekut)

Sifat buruk dalam hati yang menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama. Nikmat yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Terutama infaq fi sabilillah.

وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّـهُ مِن فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَّهُم ۖ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَّهُمْ ۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ وَلِلَّـهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ ﴿١٨٠

Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.(180)

Ali 'Imran : 1
خصلتان لا يجتمعان في قلب مؤمن البخل وسوء الخلق        رواه الترمذي

Dua sifat yang tidak akan terhimpun dalam hati seorang mukmin (iaitu)  bakhil dan jahat akhlaq

HR Tirmizi

6. Hubbul jah (kasihkan kemegahan)

Bila hati kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat. Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan pemikiran, sikap dan perilaku seseorang itu jadi buruk, sanggup menzalimi orang lain, membuka aib serta merendah-rendahkan orang lain.

حب المال والجاه ينبتان النفاق في القلب كما ينبت الماء البقل
أخرجه أبو منصور الديلمي في مسند الفردوس
Rasulullah saw bersabda:  Cinta harta dan kemuliaan itu menumbuhkan nifaq (sifat orang munafik) dalam hati, sebagaimana air menumbuhkan sayuran”.

HR Dailami

عَنْ ابْنِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ الْأَنْصَارِيِّ عَنْ أَبِيهِ قَالَ:قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : « مَا ذِئْبَانِ جَائِعَانِ أُرْسِلَا فِي غَنَمٍ بِأَفْسَدَ لَهَا مِنْ حِرْصِ الْمَرْءِ عَلَى الْمَالِ وَالشَّرَفِ لِدِينِهِ 
أخرجه احمد والترمذي

Ka'ab bin Malik al-Anshaari r.a memberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda berbunyi, "Tiadalah dua ekor serigala yang lapar dilepaskan kepada kumpulan kambing, yang merosakkan, melebihi lobanya sesorang terhadap hartabenda dan kedudukan yang mulia bagi agamanya" 
HR Imam Ahmad, Tirmizi 

7. Hubbud dunya (kasihkan dunia)

Ia bermaksud hati kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.

حب الدنيا رأس كل خطيئة          رواه البيهقي في الشعب بإسناد حسن

Cintakan dunia ialah kepala kepada segala kedosaan.
HR Baihaqi

8. Takabbur (sombong)

Membesarkan dan memuliakan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak. Juga sukar untuk menerima kebenaran dan nasihat. Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah kedudukannya.

عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ، قَالَ رَجُلٌ: إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا، وَنَعْلُهُ حَسَنَةً، قَالَ: إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ، الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ، وَغَمْطُ النَّاسِ
( مسلم، الترمذي، أبو داود، ابن ماجه، أحمد )

Dari ibnu Mas’ud radhiyallahu anhumma : Rasulullah SAW bersabda : 

“Tidak akan masuk kedalam syurga orang yang di hatinya ada kesombongan walaupun seberat biji sawi. Lalu ada yang bertanya : sesungguhnya seseorang itu sangat suka kepada baju dan kasut yang bagus ? maka Baginda SAW bersabda : Sesungguhnya Allah Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong itu adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia“.

HR Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad


9. ‘Ujub (bangga diri)

Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi ilmu dan pelajarannya, amalannya, pandangannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan. 
Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

قال ﷺ : «ثلاث مهلكات: شح مطاع، وهوى متبع، وإعجاب المرء بنفسه» .
أخرجه الطبرانى فى «الكبير»

"Tiga perkara menjadi sebab kebinasaan iaitu sifat bakhil kedekut yang dituruti, keinginan hawa nafsu yang diikuti, dan seseorang yang mengkagumi 
dirinya." 

HR At Thabarani 

وقال الإمام ابن القيم:

 إنك إن تبيت نائماً وتصبح نادماً؛ خير من أن تبيت قائماً وتصبح معجباً، فإن المعجب لا يصعد له عمل.

Ibnul Qayyim berkata:

"Sungguh jika kamu tidur di malam hari dan berpagi hari dalam keadaan menyesal (karena tidak qiyamul lail), itu jauh lebih baik daripada kamu bermalam lalu bangun untuk melaksanakan qiyamul lail namun berpagi hari dalam keadaan berbangga diri. Karena sesungguhnya orang yang ujub amalnya tidak diangkat (tidak diterima) atasnya."

 (Madarijus Salikin 1/177) 

10. Riya’ (menunjuk-nunjuk)

Satu sifat buruk hati yang mahu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain bagi tujuan mahu dipuji. Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata disebabkan inginkan pujian daripada manusia.

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ ﴿٤ الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ﴿٥ الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ ﴿٦

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat,(4) 
(yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya,(5) 
orang-orang yang berbuat riya,(6)

Al Ma'un : 4-6

قال شداد بن أوس: رأيت النبي صلى الله عليه و سلم يبكي، فقلت: ما يبكيك يا رسول الله؟ قال:
 أخوف ما أخاف على أمتي الشرك والشهوة الخفية. قلت: يا رسول الله أتشرك أمتك من بعدك؟ قال: نعم أما إنهم لا يعبدون شمساً ولا قمراً ولا حجراً ولا وثناً ولكن يراؤون بأعمالهم 
[أخرجه الإمام أحمد عن شداد بن أوس ]

Syidad bin Aus RA berkata:" Aku melihat Rasulullah SAW menangis, maka aku berkata:" Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah ". Rasulullah SAW bersabda : " Yang paling aku takut ke atas ummatku ialah syirik dan syahwat yang tersembunyi. Aku bertanya:" Wahai Rasulullah! apakah ummatmu akan berlaku syirik selepas kewafatanmu?". Nabi SAW bersabda: " Ya, mereka tidak menyembah matahari, bulan, batu dan berhala tetapi mereka berlaku riya' dengan amalan mereka".

HR Ahmad

Buanglah sifat-sifat mazmumah ini melalui ilmu dan beramal dengan ilmu. Hiasilah hatimu dengan sifat-sifat mahmudah semoga kuat jiwamu dan luhur akhlaqmu.

ABi








No comments: