Sunday, November 09, 2014

JIWA LEMAH 7

JIWA LEMAH 7

Jiwa manusia jadi LEMAH...bila HATI..

Ada dunia menguasai...

Rasulullah SAW telah menggambarkan kelemahan jiwa ummat di akhir. Ia berpunca dua penyakit paling besar iaitu cinta ( gilakan ) dunia dan bencikan mati.

 وعن ثوبان رضي الله عنه - قال : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - : يوشك الأمم أن تداعى عليكم كما تداعى الأكلة إلى قصعتها ، فقال قائل : ومن قلة نحن يومئذ ؟ قال : " بل أنتم يومئذ كثير ، ولكنكم غثاء كغثاء السيل ، ولينزعن الله من صدور عدوكم المهابة منكم ، وليقذفن في قلوبكم الوهن " ، قال قائل : يا رسول الله ! وما الوهن ؟ قال : "حب الدنيا وكراهية الموت "

 رواه أبو داود ، والبيهقي في ( دلائل النبوة ) . 

Daripada Tsawban: Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) bersabda: “Tidak lama lagi umat-umat (kafir dan sesat) akan memanggil satu sama lain untuk memerangi kamu sepertimana orang yang memanggil satu sama lain untuk makan di atas dulang.”Kata seorang sahabat: “Adakah kerana sedikit bilangan kita ketika itu?” Sabda beliau: “Tidak! Malah kamu ramai ketika itu, tetapi kamu adalah sampah seperti sampah air bah, dan Allah akan cabut perasaan takut daripada hati-hati musuh kamu dan Allah akan letakkan ke dalam hati-hati kamu al-Wahn” Kata seorang sahabat: “Wahai Rasulullah, apakah itu wahn?” Sabda beliau: “Cintakan dunia dan bencikan maut.” 

HR Abu Daud, Baihaqi

Sesungguhnya dunia adalah kehidupan yang akan binasa dan tidak kekal. Dinamakan dunia kerana kerendahan dan kehinaannya. Allah ta'ala tidak menyebut kalimah dunia dalam kitabNya melainkan akan mencelanya. 

Firman Allah Azza wa Jalla :


وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ      
 الأنعام: 32 
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (al An’am:32)

Dunia adalah kesenangan yang menipu....

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ                                           
  آل عمران: 185

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. 

Ali 'Imran 185

Dunia jadi penghalang kepada semangat dan ruh jihad....

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الأَرْضِ أَرَضِيتُم بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ إِلاَّ قَلِيلٌ                  
التوبة: 38

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. 

at Taubah:38

Dunia adalah kesenangan yang sementara

يَا قَوْمِ إِنَّمَا هَذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَإِنَّ الْآخِرَةَ هِيَ دَارُ الْقَرَارِ                            
 غافر: 39

Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.

 al Ghafir:39

بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا * وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَى                                         
 الأعلى: 16-17

Tetapi kamu lebih mengutamakan kehidupan dunia. Sedangkan kehidupan akhirat itu adalah lebih baik dan kekal.

Surah al A’la: 16-17

Amaran keras daripada Allah ta'ala kepada mereka yang ditipu oleh keseronokan hidup di dunia menjadikan mereka mempermainkan agamaNya..

وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُواْ دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَذَكِّرْ بِهِ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ اللّهِ وَلِيٌّ وَلاَ شَفِيعٌ وَإِن تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لاَّ يُؤْخَذْ مِنْهَا أُوْلَئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُواْ بِمَا كَسَبُواْ لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُواْ يَكْفُرُونَ             
 الأنعام: 70

Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).

 al An’am:70

الَّذِينَ اتَّخَذُواْ دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا فَالْيَوْمَ نَنسَاهُمْ كَمَا نَسُواْ لِقَاء يَوْمِهِمْ هَذَا وَمَا كَانُواْ بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ                                                                 
 الأعراف: 51

(Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu pada hari ini (hari Kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persiapan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.

al A’raf:51

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِاللَّهِ الْغَرُورُ      
فاطر: 5

Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). 

al Fathir:5

الَّذِينَ يَسْتَحِبُّونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الآخِرَةِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا أُوْلَئِكَ فِي ضَلاَلٍ بَعِيدٍ                     
 إبراهيم: 3

Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan ugama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya. 

Ibrahim:3

Dunia hanya tempat sia-sia dan permainan

وَمَا هَذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ     العنكبوت: 64
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). 

(al Ankabut:64)

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ                           
  الحديد: 20

Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, dan perhiasan dan bermegah-megah antara kamu, dan berbangga-bangga tentang harta dan anak-anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan petani, kemudian ia menjadi kering, maka kamu melihatnya kuning, kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah dan keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. 

al Hadid:20


إِنَّمَا الحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا يُؤْتِكُمْ أُجُورَكُمْ وَلَا يَسْأَلْكُمْ أَمْوَالَكُمْ
محمد: 36

(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu hartabenda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).(al Muhammad:36)

وَمَا أُوتِيتُم مِّن شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَزِينَتُهَا وَمَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَى أَفَلَا تَعْقِلُونَ القصص: 60

Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya?

Al Qasas : 60

 وقال صلى الله عليه وسلم كما في حديث ابن عباس رضي الله عنهما: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم دخل عليه عمر وهو على حصير قد أثر في جنبه فقال: يا نبي الله لو اتخذت فراشاً أوثر من هذا فقال: مالي وللدنيا، ما مثلي ومثل الدنيا إلا كراكب سار في يوم صائف فاستظل تحت شجرة ساعة من نهار ثم راح وتركها

Daripada Ibn Abbas r.a. bahawasanya Umar bin al-Khattab r.a. masuk berjumpa Rasulullah s.a.w. sedangkan baginda sedang berbaring di atas tikar sehingga meninggalkan kesan tikar di lambungnya. Lalu Umar berkata: “Wahai Nabi Allah! Alangkah eloknya jika engkau mengambil tilam yang lebih elok daripada ini?” Maka Nabi s.a.w. pun bersabda: "Tiadalah bagiku dan bagi dunia, tiadalah perumpamaan antara aku dan dunia ini kecuali seperti seorang penunggang yang berjalan pada hari panas terik kemudian berteduh di bawah sebatang pokok seketika pada waktu siang, kmudian dia akan pergi berlalu dan meninggalkannya.”
HR  Ahmad 


وفي حديث سهل بن سعد رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
لو كانت الدنيا تعدل عند الله جناح بعوضة ما سقى كافرا من شربة ماء

Hadis daripada Sahal bin Saad Radiyallahu 'anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

"Kalaulah nilai dunia ini menyamai nilai sebelah sayap seekor nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi seteguk airpun untuk minuman orang kafir".

HR Tirmizi

Kecenderungan dan kerakusan hati manusia yang dikuasai oleh hawa nafsu terhadap dunia akan mengundang padah azab di akhirat. Keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah, kecenderungan kepada Hari Akhirat dan menjauhi ketundukan kepada keinginan-keinginan hawa nafsu yang merosakkan pula mengundang rahmat Allah dan kejayaan merebut syurgaNya yang tinggi.

فَأَمَّا مَن طَغَى * وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا * فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَى * وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى * فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى                                           
 النازعات: 37-41

Adapun orang yang melampaui batas,(37) dan lebih mengutamakan kehidupan dunia,(38) maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).(39) Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya(40) maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya).(41)

An Nazi'at : 37-41

Namun perlu difahami juga, Allah ta'ala membuka pintu-pintu rezekiNya kepada manusia sebagai ujian terhadap keimanan mereka atau juga sebagai istidraj ( penangguhan azab ) terhadap mereka.

عن عقبة بن عامر رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذا رأيت الله يعطي العبد من الدنيا على معاصيه ما يحب فإنما هو استدراج، ثم تلا رسول الله صلى الله عليه وسلم قوله تعالى:   فَلَمَّا نَسُواْ مَا ذُكِّرُواْ بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُواْ بِمَا أُوتُواْ أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ                                                   
  الأنعام: 44

Daripada Uqbah bin 'Amir RA, Rasululullah SAW bersabda: " Apabila engkau melihat Allah memberikan seorang hamba dunia yang ia suka atas jalan maksiat, maka hanyasanya itu adalah istidraj. Kemudaian Rasulullah SAW bersabda membacakan firman Allah taala ( yang bermaksud) :

Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.( Al An'aam : 44 )

Maka siapa yang mahukan kejayaan di akhirat maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dan mendahulukan kehidupan akhirat dan berusaha keras untuk akhiratnya.

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ                                               
 آل عمران: 185

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. 

Ali 'Imran : 185

Memang benar...membanyakkan harta dan berbangga dengan anak-anak melalaikan seseorang daripada ketaatan kepada Allah. Menyibukkan mereka daripada mempelajari agama Allah dan beramal dengannya serta menolong agamaNya. Juga mencenderungkan kepada kehidupan dunia dan keinginannya, serta menghalang daripada cenderung kepada kehidupan akhirat. Tidak akan berhimpun kedua-duanya itu dalam satu hati seorang mukmin.

 زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ * قُلْ أَؤُنَبِّئُكُم بِخَيْرٍ مِّن ذَلِكُمْ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِّنَ اللّهِ وَاللّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ                                
 آل عمران: 14-15

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ ﴿١ حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ ﴿٢                                 
 التكاثر: 1-2

Bermegah-megahan telah melalaikan kamu,(1) sampai kamu masuk ke dalam kubur.(2)

At Takatsur : 1-2

عن أبي موسى رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:
 من أحب دنياه أضر بآخرته، ومن أحب آخرته أضر بدنياه، فآثروا ما يبقى على ما يفنى

Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)".

 HR Imam Ahmad 

Tidak heranlah manusia sanggup untuk berbuat apa sahaja..berdengki, menzalimi orang lain, mengadu domba, mengambil harta dari sumber yang haram, mempertahankan kuasa dan kedudukan secara haram.. Semuanya demi dunia yang digilai....lemahnya jiwa manusia bila dikuasai nafsu demi dunia yang sementara....

Justeru...hati-hati dengan dunia yang tercela, jangan sampai ia menambat dan menguasai hati mu, nescaya engkau akan jauh dari Tuhanmu, agamamu dan kehidupan akhiratMu....

ABi

No comments: