Modul Tarbiyyah Ruhiyyah Fardiyyah...
Aturkan jadual ibadahmu sejak TERBIT FAJAR SEHINGGA TERBIT MATAHARI...
Apabila azan subuh dikumandangkan di masjid atau surau...jawablah azan itu sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW. Tidak sayugianya sebagai seorang hamba Allah tidak mengambil peduli dengan seruan azan itu dengan melakukan perkara lain melainkan menjawabnya. Seruan azan adalah seruan dari Allah 'Azza wa Jalla sebagaimana yang disebut dalam doa selepas azan... ( اللهم رب هذه الدعوة التامة ) " Ya Allah Tuhan Empunya seruan yang sempurna ini ...". Seringkali seorang akh muslim cuaikan tentang perkara ini...
Kemudian solatlah sunat dua rakaat subuh. Usahakanlah sungguh-sungguh solat sunat ini kerana ganjaran sangat besar.
ركعتا الفجر خير من الدنيا وما فيها، روى مسلم في صحيحه من حديث عائشة - رضي الله عنها -: أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: "ركعتا الفجر خير من الدنيا وما فيه..
Dua rakaat (sunat) fajar lebih baik daripada dunia dan apa yang di dalamnya
HR Muslim
Kalaulah solat sunat subuh ganjarannya lebih baik daripada dunia dan apa segala isinya..maka bagaimana pula dengan ganjaran solat fadhu subuh..?
Lakukanlah ia samaada di rumah atau di tempat solat di mana azan dikumandangkan tadi. Kerana solat sunat afdhal dilakukqn di rumah.
فَعَلَيْكُمْ بِالصَّلاَةِ فِي بُيُوتِكُمْ! فَإِنَّ خَيْرَ صَلاَةِ الْمَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلاَّ الصَّلاَةَ الْمَكْتُوبَةَ.
"Hendaklah kalian solat di rumah kalian! Kerana sebaik-baik solat seseorang itu adalah di rumahnya kecuali solat wajib."
Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya
روى ابن ماجه في سننه من حديث سهل بن سعد الساعدي: أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: "بشر المشائين في الظلم إلى المساجد، بالنور التام يوم القيامة".
Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, "Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di akhirat kelak."
HR Abu Daud dan Tirmidzi
روى مسلم في صحيحه من حديث عمارة بن رويبة قال: سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: "لن يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس، وقبل غروبها" يعني الفجر والعصر
Berkata ‘Amarah bin Ruwaibah r.a saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Tidak akan memasuki Neraka siapa yang sembahyang (fardhu) sebelum naik matahari dan sebelum ghurubnya (tenggelam matahari) " iaitu solat subuh dan solat asar.
HR Muslim
روى البخاري ومسلم من حديث أبي موسى الأشعري: أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: "من صلى البردين دخل الجنة"
“Sesiapa yang melakukan dua solat yang sejuk secara berjemaah akan memasuki Syurga.” Iaitu solat subuh dan solat asar.
HR Bukhari
روى البخاري ومسلم من حديث أبي هريرة - رضي الله عنه -: أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: "يتعاقبون فيكم ملائكة بالليل وملائكة بالنهار، ويجتمعون في صلاة الفجر وصلاة العصر، ثم يعرج الذين باتوا فيكم فيسألهم وهو أعلم بهم: كيف تركتم عبادي؟ فيقولون: تركناهم و هم يصلون وأتيناهم وهم يصلون"
Di dalam hadis berikut dijelaskan mengapa pentingnya kedua-dua solat tersebut:
Diriwayatkan hadis daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulallah s.a.w. bersabda maksudnya : "Saling bertukar ganti (yakni, bertukar syif malaikat siang dan malaikat malam) dikalangan kamu sekelian para malaikat dengan malam dan dengan siang, dan berkumpul (kedua-dua kumpulan malaikat) di dalam solat fajar (subuh) dan solat ‘asar. Kemudian keluar mereka bermalam di kalangan kamu, maka ditanya pada mereka (oleh Allah s.w.t.) dan Dia adalah Zat yang Maha Mengetahui tentang mereka: ‘Bagaimana meninggalkan kamu akan hamba-hambaku?’ Maka berkata mereka: ‘Kami meninggalkan mereka dan mereka bersolat dan datang kami kepada mereka dan mereka bersolat.’
HR Bukhari
عَنْ جَرِيْر بنِ عَبْدِ اللهِ قاَلَ : كُنَّا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَظَرَ إِلَى اْلقَمَرِ لَيْلَةً يَعْنِي اَلْبَدْرَ فَقَالَ : إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ كَمَا تَرَوْنَ هَذَا اْلقَمَرَ لاَ تُضَامُّوْنَ فِي رُؤْيَتِهِ فَإِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ لاَ تُغْلَبُوْا عَلَى صَلاَةٍ قَبْلَ طُلُوْعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوْبِهَا فَافْعَلُوْا .ثم قرأ: ﴿ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا ﴾
( صحيح البخاري )
Dari Jarir bib Abdillah RA. berkata :
” Kami sedang bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam , lalu beliau shallallahu ‘alaihi wasallam memandang bulan purnama di malam itu , seraya bersabda : Sungguh kalian akan melihat Tuhan pencipta kalian sebagaimana kalian melihat bulan purnama ini , tidak terhalangi apapun dalam melihatNya subhanahu wa ta’ala , maka semampunya berusahalah menyempurnakan shalat subuh dan shalat Ashar maka perbuatlah “.KemudianBaginda membaca ( وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا )
HR Bukhari
روى مسلم من حديث عثمان بن عفان: أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: "من صلى العشاء في جماعة فكأنما قام نصف الليل، ومن صلى الصبح في جماعة فكأنما صلى الليل كله.
Dari Usman bin Affan, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, "Barangsiapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barangsiapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh."
HR Muslim
Rasulullah sallallahu alaihi wassalam mendoakan umatnya yang bergegas melaksanakan solat Subuh,
" اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا " ، الأربعة ، وحسنه الترمذي
"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun Subuh (iaitu mengerjakannya)."
HR Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah
روى البخاري ومسلم من حديث أبي هريرة - رضي الله عنه -: أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: "إن أثقل صلاة على المنافقين صلاة العشاء وصلاة الفجر ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبوًا،"
Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya (berjemaah di masjid) sekalipun dengan merangkak."
HR Bukhari
رواه البخاري ومسلم من حديث ابن مسعود قال: ذكر للنبي - صلى الله عليه وسلم - رجل نام ليله حتى أصبح، قال: "ذاك رجل بال الشيطان في أذنيه، أو قال: في أذنه"
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., "Telah diceritakan kepada Rasulullah sallallahu alaihi wassalam menegnai satu kejadian di mana seseorang yang tidur sampai pagi hari sehingga menyebabkan dia tidak boleh mendirikan solat." Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, "Syaitan sudah kencing di telinganya."
HR Bukhari
روى مسلم في صحيحه من حديث جندب بن عبدالله: أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: "من صلى الصبح فهو في ذمة الله، فلا يطلبنكم الله من ذمته بشيء، فإن من يطلبه من ذمته بشيء يدركه ثم يكبه على وجهه في نار جهنم"
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya daripada hadis Jundub bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda, "Barangsiapa menunaikan solat Subuh maka ia berada dalam jaminan Allah. Solat Subuh menjadikan seluruh umat berada dalam jaminan, penjagaan dan perlindungan Allah sepanjang hari. Barangsiapa membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah akan menuntutkan sehingga Ia akan membenamkan mukanya ke dalam neraka."
HR Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah
Selepas solat subuh, gunakan waktu yang ada untuk merawat ruh dengan amalan-amalan ruhiy. al Imam Ghazali Rahimahullahu ta' ala menyebut dalam kitabnya Bifayatul Hidayah :
ولتكن أوقاتك بعد الصلاة إلى طلوع الشمس، موزعة على أربع وظائف: وظيفة في الدعوات، ووظيفة في الأذكار والدعوات؛ وتكررها في مسبحة، ووظيفة في قراءة القرآن، ووظيفة في التفكر، فتفكر في ذنوبك وخطاياك وتقصيرك في عبادة مولاك، وتعرضك لعقابه الأليم وسخطه العظيم.
" Maka jadikanlah waktu-waktu selepas solat subuh sehingga terbit matahari terbagi dalam empat bahagian malan:
Satu bahagian pertama adalah berdoa. Bahagian kedua adalah zikir disertai doa, dan mengulang-ulanginya dengan tasbih,
Bahagian ketiga adalah membaca al qur'an,
Tugas keempat adalah tafakkur, yaitu mentafakkuri (mengingat) dosa-dosa dan kesalahan-kesalahanmu serta kecuaian dalam beribadah terhadap Tuhanmu sebagai bahan memperbaiki diri, dan juga tafakkur tentang perilakumu yang mendatangkan siksa yang mengundang kemurkaan-Nya yang Agung."
Berrdasarkan hadis Rasulullah SAW :
من صلى الفجر في جماعة ثم قعد يذكر الله حتى تطلع الشمس ثم صلى ركعتين كانت له كأجر حجة وعمرة. قال: قال رسول صلى الله عليه وسلم: تامة، تامة، تامة )
حسنه الألباني في صحيح الترمذي ٤٨
Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, "Barangsiapa yang menunaikan solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah s.w.t. sehingga terbit matahari, kemudian solat Dhuha, maka dia akan beroleh pahala seperti pahala haji dan umrah secara sempurna, sempurna dan sempurna."
HR Tirmizi
Inilah modul tarbiyyah ruhiyyah fardiyyah yang lengkap bermula saat terbit fajar sehinggalah terbit matahari,dalam merawat, mengubat penyaki-penyakit dalam hati seorang hamba Allah terutama yang berjuang pada Jalan Allah..mana mungkin jiwa seorang pejuang akan jadi luntur lemah dan futur jika ia sentiasa beristiqamah dan berkekalan dengan sentuhan ruhiyy ilahiyy ini....
Justeru...suluhilah diri dan jiwa mu semoga ianya terpimpin dan terdidik dengan sentuhan petunjuk ilahiyy ini...
ABi
No comments:
Post a Comment