Tarbiyyah Ruhiyyah Fardiyyah ....
Memang manusia terlalu sedikit tahu tentang ruhnya sendiri...
ويسألونك عن الروح قل الروح من أمر ربي وما أوتيتم من العلم إلا قليلاً}
و[الإسراء: 85]
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit".(85)
Al Israa' : 85
Perbahasan dalam urusan ruh adalah suatu perkara yang memberati ( at takalluf ) dan para ahli ilmu menjauhi perbahasan seperti ini.
قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُتَكَلِّفِينَ﴿٨٦﴾
“Katakanlah: aku tidak minta pada kalian atas dakwah ini upah sedikitpun, dan aku bukan termasuk orang-orang yang memberati diri.”
Shod: 86
Hanyasanya perkataan 'ruh' dibahasi oleh para ahli ilmu berkisar dalam dalam 2 persoalan:
1. Mengembalikan ruh kepada asal makrifatnya kepada Allah Penciptanya.
2. Mengembalikan ruh kepada kesempurnaan pengabdiaannya kepada Allah Rabbil Jalil.
Firman Allah Ta'ala :
فالله عز وجل قال: {وإذ أخذ ربك من بني آدم من ظهورهم ذريتهم وأشهدهم على أنفسهم ألست بربكم قالوا بلى} [الأعراف: 172].
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi",(172)
Al A'raaf : 172
قال أبي بن كعب : جمعهم فجعلهم أرواحاً ثم صورهم فاستنطقهم فتكلموا ثم أخذ عليهم العهد والميثاق وأشهدهم على أنفسهم ألست بربكم قالوا بلى...
Ka'ab bin Ubay berkata : Allah menghimpunkan mereka, menjadikan mereka sebagainpara ruh..kemudian diberi rupa dan kemampuan berkata-kata, mereka lantas berkata-kata..diambil daripada janji dan persaksian atas mereka bahawasanya : " Adakah Aku ininTuhan Pencipta kamu..mereka menjawab 'Bahkan ( kami bersaksi ) '...
Maka ruh pada asal penciptaannya adalah sangat mengenali Allah. Terpahat pada diri mereka pengabdian hasil makrifatnya terhadap Tuhan Penciptanya. Namun bila mana ruh ini bercampur gaul dengan jasad manusia bila dilahirkan ke alam dunia, ia mula leka dengan keseronokan hidup dunia. Makrifatnya dan ubudiyyahnya kepada Allah jadi pudar akibat keseronokan memenuhi kehendak nafsunya iaitu kesan akibat kesan persekitaran hidupnya.
Persekitaran paling hampir ialah kedua ibubapanya, adik beradik, saudara mara, rakan kenalan, pendidikan, masyarakat , pemimpin bahkan sistem negaranya sendiri.
كما قال عليه السلام "يولد الإنسان على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه"
رواه البخاري
Sabda Ar Rasul SAW :
" Dilahirkan manusia dalam keadaan suci fithrah, maka kedua ibubapanya yang akan menjadikannya yahudi, atau nasrani atau majusi".
HR Bukhari
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا , قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلْ "
رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ
Daripada A'isyah RAH berkata; sabda Rasulullah SAW bersabda : " Seseorang itu bergantung kepada agama kawannya, maka hendaklah seseorang itu memerhatikan dengan siapa dia berkawan".
HR Abu Dawud
(( إِنَّمَا مَثَلُ الجليس الصالحُ والجليسُ السوءِ كحامِلِ المسك، ونافخِ الكِيْرِ فحاملُ المسك: إِما أن يُحْذِيَكَ، وإِما أن تبتاع منه، وإِمَّا أن تجِدَ منه ريحا طيِّبة، ونافخُ الكير: إِما أن يَحرقَ ثِيَابَكَ، وإِما أن تجد منه ريحا خبيثَة ))
“Bandingan teman duduk berbual yang baik dan yang buruk seperti pembawa kasturi dan tukang besi. Adapun pembawa kasturi, sama ada dia berikan engkau kasturi, atau engkau beli daripadanya, atau engkau dapati bau harumnya. Sementara tukang besi, sama ada ia membakar pakaian engkau, atau engkau akan dapati bau yang busuk”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّـهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا ﴿٦٦﴾وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا ﴿٦٧﴾ رَبَّنَا آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا ﴿٦٨﴾
Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul".(26)
Dan mereka berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar).(27)
Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar".(28)
Al Ahzab ; 26-28
Justeru ruh perlukan tarbiyyah nya tersendiri untuk dikembalikan kepada kemurnian makrifah dan ubudiyyahnya....
No comments:
Post a Comment