Tuesday, January 13, 2015

   
                                           أبواب الأجر و مكفرات الذنوب       
Pintu-pintu Balasan Pahala dan Penghapus Dosa-dosa
Siri - 2

11- زيارة المريض : 
(ما من مسلم يعود مسلما مريضا غدوة إلا صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يمسي، وإن عاد عشية إلا صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يصبح، وكان له خريف في الجنة) الترمذي (969). 
11. Menziarahi orang yang sakit
" Tiadalah seorang muslim yang berulang menziarahi seorang muslim yang sakit di pagi hari melainkan mendoakan atasnya oleh 70 ribu malaikat sehingga ke petang hari. Jika menziarahinya di petang hari maka mendoakan atasnya oleh 70 ribu malaikat sehingga ke pagi hari”.Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.”

 [HR At-Tirmizi: Hasan]
12- مساعدة الناس في الدين: 
(من يسر على معسر، يسر الله عليه في الدنيا والآخرة) مسلم (2699). 

12. Menolong manusia dalam perkara agama
" Barangsiapa yang memudahkan dalam perkara yan sukar, nescaya Allah menudahkannya pada perkara dunia dan akhirat "
HR Muslim
13- الستر على الناس: 
( لا يستر عبد عبداً في الدنيا إلا ستره الله يوم القيامة) مسلم (2590). 

13. Menutup aib manusia
" Tiadalah seorang hamba itu mentupi aib seorang hamba yang lain di dunia melainkan Allah akan menutupi aib nya di hari qiyamah."

HR Muslim
14- صلة الرحم: 
( الرحم معلقة بالعرش تقول من وصلني وصله الله، ومن قطعني قطعه الله) البخاري (10/350) مسلم (2555). 
14. Menghubungi silatur rahim
"Kekeluargaan bergantung di ‘Arasy. Ia akan berkata: Sesiapa menghubungi aku, maka Allah pun akan menghubunginya dan sesiapa yang memutuskan aku, maka Allah akan memutuskannya."
 (HR Bukhari, Muslim)
15- حسن الخلق: 
( سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن أكثر ما يدخل الناس الجنة؟ فقال: تقوى الله وحسن الخلق) الترمذي (2003). 
15. Baik akhlak
" Ditanyai Rasulullah SAW tentang siapakah yang masuk syurga? Sabda Rasulullah SAW: Ketaqwaan kepada Allah dan baik akhlak ".

HR Tirmizi
16- الصدق: 
( عليكم بالصدق فإن الصدق يهدي إلى البر، وإن البر يهدي إلى الجنة) البخاري (10/423) مسلم (2607). 
16. Benar
“Hendaklah kalian berlaku benar karena kebenaran itu menunjukan kepada kebaikan, dan kebaikan menunjukan jalan menuju surga” 

HR. Bukhari,Muslim.

17- كظم الغيظ: 
( من كظم غيظاً وهو قادر على أن ينفذه، دعاه الله على رؤوس الخلائق يوم القيامة حتى يخيره من الحور العين ما شاء) الترمذي (2022).
17. Menahan marah

“Barangsiapa menahan marah padahal ia mampu menampakkannya maka kelak pada hari kiamat Allah akan memanggilnya di hadapan para makhluk dan menyuruhnya untuk memilih bidadari yang ia sukai”

 HR. Tirmidzi

18- كفارة المجلس: 
(من جلس في مجلس فكثر فيه لغطه؟ فقال قبل أن يقوم من مجلسه ذلك: [سبحانك اللهم وبحمدك، أشهد أن لا إله إلا أنت، أستغفرك وأتوب إليك] إلا غفر الله له ما كان في مجلسه ذلك) الترمذي (3/153). 

18. Membaca kaffaratul majlis
“Barangsiapa yang duduk dalam suatu majlis dan banyak terjadi di dalamnya kegaduhan lalu sebelum berdiri dari duduknya ia membaca do`a:(Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan memuji-Mu aku bersaksi bahwa Tidak ada Ilah (Tuhan) yang berhak disembah kecuali Engkau, aku memohon ampun dan bertobat kepada-Mu) melainkan ia akan diampuni dari dosa-dosanya selama ia berada di majlis tersebut” 

HR. Tirmidzi

19- الصبر: 
(ما يصيب المسلم من نصب ولا وصب ولا هم ولا حزن ولا أذى ولا غم حتى الشوكة يشاكها إلا كفر الله بها من خطاياه) البخاري (10/91). 
19. Sabar
“Tidaklah suatu musibah menimpa seorang muslim baik berupa malapetaka, kegundahan, rasa letih, kesedihan, rasa sakit, kesusahan sampai-sampai duri yang menusuknya kecuali 
Allah akan melebur dengannya kesalahan-kesalahannya” 

HR. Bukhari

20- بر الوالدين: 
(رغم أنفه ثم رغم أنفه ثم رغم أنفه) قيل: من يا رسول الله؟ قال: (من أدرك والديه عند الكبر أحدهما أو كلاهما ثم لم يدخل الجنة) مسلم (2551). 
20. Berbuat baik kepada kedua ibubapa
“Sangat celaka, sangat celaka, sangat celaka…! Kemudian ditanyakan: Siapa ya Rasulullah?, beliau bersabda: ((Barangsiapa yang mendapati kedua orang tuanya atau salah satunya di masa lanjut usia kemudian ia tidak bisa masuk surga))” 

HR. Muslim

No comments: