Tuesday, January 13, 2015

بسم الله الرحمن الرحيم
Untuk para pecinta ilmu, dakwah, tarbiyyah dan jihad...sibukkanlah diri mu dengan amalan-amalan ini.
أبواب الأجر و مكفرات الذنوب
              Pintu-pintu Balasan Pahala dan Penghapus Dosa-dosa
                                                      Siri - 1


1- التوبة: 
(من تاب قبل أن تطلع الشمس من مغربها تاب الله عليه) مسلم 2703 (إن الله عز وجل يقبل توبة العبد ما لم يغرغر). 

1. Taubat kepada Allah 'azza wa Jalla.
" Barangsiapa yang bertaubat sebelum terbit matahari dari barat, nescaya Allah menerima taubatnya " ( HR Muslim ) " Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla menerima taubat hambanya selama mana sebelum nyawa sampai di kerongkong ".


2- الخروج في طلب العلم: 
(من سلك طريقا يلتمس فيها علما سهل الله له به طريقا إلى الجنة) مسلم (2699). 

2. Keluar pada menuntut ilmu
" Barangsiapa yang menjalani jalan untuk mendapat ilmu, nescaya Allah mudahkan ia jalan menunju ke syurga " ( HR Muslim )

3- ذكر الله تعالى: 
(ألا أنبئكم بخير أعمالكم، وأزكاها عند مليككم، وأرفعها في درجاتكم، وخير لكم من إنفاق الذهب والفضة وخير لكم من أن تلقوا عدوكم فتضربوا أعناقهم ويضربوا أعناقكم) قالوا بلى- قال: ذكر الله تعالى) الترمذي(3347). 

3. Zikrullah
" mahu kah aku memberitahu kamu dengan sebaik-baik amalan kamu, sebersih-bersih harta di sisimu, setinggi-tinggi darjat kedudukanmu, terlebih baik belanja emasa dan perak kamu, terlebih baik baik daripada kamu bertemu musuh lantas engkau pancung leher mereka dan mereka pancubf leher mu; para sahabat ' Bahkan ..', Rasulullah menjawa :" zikrullah ". ( HR Tirmizi ).    

4- اصطناع المعروف والدلالة على الخير: 
(كل معروف صدقة، والدال على الخير كفاعله) البخاري (10/374)، مسلم (1005). 

4. Menggalak kemakrufan dan menunjukki ke arah kebaikan.
" Setiap yang makruf itu sadaqah, dan seorang yang menunjukki kebaikan seperti orang yang membuat kebaikan itu " (HR Bukhari, Muslim )

5- فضل الدعوة إلى الله: 
( من دعا إلى هدى كان له من الأجر مثل أجور من تبعه لا ينقص ذلك من أجورهم شيئا) مسلم (2674). 

5. Kelebihan berdakwah kepada Allah
" Setiap orang yang berdakwah kepada petunjuk, baginya balasan seperti ganjaran orang yang mengikuti petunjuk itu, tiada dikurang walaupun sedikit pun." ( HR Muslim )

6- الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر: 
(من رأى منكم منكراً فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان) مسلم (49). 

6. Menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar.
" Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia merubah dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lisannya, jika tidak mampu maka hendaklah dengan hatinya, yang demikian itulah selema-lemah iman".
( HR Muslim)

7- قراءة القرآن الكريم وتلاوته: 
( اقرؤوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعا لأصحابه) مسلم (804). 

7. Membaca Al Quran
" Bacalah Al quran sesungguhnya ia akan datang pada Hari Qiyamah sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya".
(HR Muslim )

8- تعلم القرآن الكريم وتعليمه: 
( خيركم من تعلم القرآن وعلمه) البخاري (9/66). 

8. Belajar Al Quran dan mengajarkannya.
" Sebaik-baik ialah seorang belajar Al Quran dan mengajarinya " ( HR Bukhari )

9- السلام : 
( لا تدخلوا الجنة حتى تؤمنوا ولا تؤمنوا حتى تحابوا، أولا أدلكم على شيء لو فعلتموه تحاببتم: أفشوا السلام بينكم) مسلم (54). 

9. Menyebarkan Salam
" Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehinggalah kamu berkasih sayang, Mahukah kamu aku tunjukkan kepada sesuatu jika kamu lakukan kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam antara sesama kamu".
(HR Muslim)
10- الحب في الله : 
( إن الله تعالي يقول يوم القيامة: أين المتحابين بجلالي، اليوم أظلهم في ظلي يوم لا ظل إلا ظلي ) مسلم (2566). 

10. Berkasih sayang kerana Allah
" Sesungguhnya Allah ta'ala berfirman di hari qiyamah : Di manakah mereka yang berkasih sayang kerana keagunganKu, pada hari Aku menaungi mereka di bawah naunganKu pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu."
HR Muslim

No comments: