Thursday, October 16, 2014

BILA MANUSIA DIUKUR DENGAN ILMU....

 Bila manusia diukur dengan ilmunya....

Saidina Ali radhiallahu ‘anhu berwasiat kepada muridnya, Kumail bin Ziyad,

يا كميل بن زياد القلوب أوعية فخيرها أوعاها للعلم احفظ ما أقول لك الناس ثلاثة فعالم رباني ومتعلم على سبيل نجاة وهمج رعاع اتباع كل ناعق يميلون مع كل ريح لم يستضيئوا بنور العلم ولم يلجئوا إلى ركن وثيق

“Wahai Kumail bin Ziyad. Hati manusia itu bagaikan bejana (wadah). Oleh karena itu, hati yang terbaik adalah hati yang paling banyak memuat ilmu. Hafazkanlah baik-baik apa yang akan aku sampaikan kepadamu. Manusia itu terdiri dari 3 golongan, seorang yang berilmu dan mengajarkan ilmunya. Seorang yang terus mahu belajar, dan orang inilah yang berada di atas jalan keselamatan. Orang yang tidak berguna dan hina, dialah seorang yang mengikuti setiap orang yang bersuara. Oleh kerananya, dia adalah seorang yang tiada pendirian kerana sentiasa mengikut ke mana arah angin bertiup. Kehidupannya tidak dinaungi oleh cahaya ilmu dan tidak berada pada kedudukan yang kukuh.” 

(Hilyah al-Auliya).

Hati yang terbaik adalah hati yang dipenuhi dengan ilmu. Hati yang dipenuhi oleh pemahaman terhadap Al Qur-an dan Sunnah Ar Rasul SAW. Mereka yang memahami Al Qur-an dan Sunnah RasulNya adalah orang-orang yang dikehendaki oleh Allah ta’ala untuk memperoleh kebaikan sebagaimana sabda Nabi SAaw

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين

“Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Allah akan memahamkannya dalam urusan agama.”

 (HR. Bukhari)

Rasulullah SAW menyebut lafaz ( خيرا ) yang bermaksud 'kebaikan ' dalam bentuk nakirah ( tidak tertentu ) yang didahului oleh kalimat bersyarat sehingga menunjukkan makna yang umum dan luas. Ini membawa maksud jika Allah menghendaki seluruh kebaikan diberikan kepada seorang, maka Allah hanya akan memberikannya kepada para hambaNya yang Dia pahamkan terhadap agamaNya. 

Justeru, Imam Ibnu Hajr Al Asqalani Asy Syafi’i tatkala menjelaskan hadis di atas, beliau mengatakan,

مَفْهُوم الْحَدِيث أَنَّ مَنْ لَمْ يَتَفَقَّه فِي الدِّين – أَيْ : يَتَعَلَّم قَوَاعِد الْإِسْلَام وَمَا يَتَّصِل بِهَا مِنْ الْفُرُوع – فَقَدْ حُرِمَ الْخَيْر

“Konteks hadits di atas menunjukkan bahwa seorang yang tidak memahami agama, iaitu tidak mempelajari berbagai prinsip kaedah dalam agama Islam dan berbagai permasalahan cabang yang terkait dengannya, maka sungguh ia terhakang untuk memperoleh kebaikan”

 (Fathul Baari 1/165).

( عالم رباني )...

 Alim Rabbani ialah seorang yang berilmu, mengajarkan, mendakwahkan dan menyebarkan ilmunya. Imam Mujahid rahimahullah ta’ala menjelaskan :

الرباني الذي يربي الناس بصغار العلم قبل كباره

”Ar Rabbani adalah seorang yang mengajar mendidik manusia hal-hal yang dasar sebelum mengajari mereka dengan berbagai ilmu yang besar ” .

(Tafsir Al Qurthubi ).

Maka, seorang rabbani adalah seorang yang mengajarkan ilmunya...seorang yang selayaknya kita ikuti.....keterampilan, kata-kata dan amalannya menyentuh dan mempengaruhi....

 عن ابن عمرو بن العاص رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :

خياركم من ذكركم بالله رؤيته وزاد في علمكم منطقه ورغبكم في الآخرة عملهم

أخرجه الحكيم 

Daripada Amru bin Al 'Aas RA; Rasulullah SAW telah bersabda:

" Sebaik-baik kamu ialah seorang yang bila melihatnya mengingatkan kamu pada Allah, kata-katanya menambah ilmu kamu dan amalannya menambah cenderung mu pada akhirat "

Namun ilmu yang mereka tahu dan ajarkan kepada manusia selamanya tidak akan bermanfaat hingga mereka mengamalkannya. Nabi SAW bersabda: 

مثل العالم الذي يعلم الناس الخير و ينسى نفسه كمثل السراج يضيء للناس و يحرق نفسه
“Permisalan seorang alim yang mengajari kebaikan kepada manusia namun melupakan dirinya (karena tidak mengamalkan ilmunya) adalah seperti lilin yang menerangi manusia namun justeru membakar dirinya sendiri.”

 (Al Jami’ as Saghir ).

( متعلم على سبيل نجاة ) ....

iaitu seorang yang mahu belajar dan orang inilah orang yang berada di atas jalan keselamatan. 

Sesungguhnya seorang yang terus mahu belajar adalah orang yang sentiasa mahukan kebaikan pada dirinya dan meniti jalan menuju syurga sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW :

من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له به طريقا إلى الجنة

“Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mendapatkan ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga” 

HR Muslim 

( همج رعاع ).... 

Mereka ini adalah orang-orang yang dungu, jahat dan tidak begitu berguna. Mereka ini adalah orang-orang yang memiliki sifat hanyut , mengikut setiap apa yang orang yang perkatakan dan mengikut ke mana arah angin bertiup.

Orang ini tidak memiliki pendirian, ketegasan sikap karena ia tidak memiliki ilmu. Merekalah para muqallid sembrono dan pak turut tetapi sering berkelakuan dan berlagakn cendikiawan.

Al Imam Syafi’i rahimahullah dalam syairnya :

مَنْ لَمْ يَذُقْ مُرَّ التَّعَلُّمِ سَاعَةً          تَجَرَّعَ ذُلُّ الْجَهْلِ طُوْلَ حَيَاتِهِ

وَ مَنْ فَاتَهُ التَّعْلِيْمُ وَقْتَ شَبَابِهِ         فَكَبِّرْ عَلَيْهِ أَرْبَعًا لِوَفَاتِهِ

Barangsiapa yang tidak pernah merasai pahitnya belajar

Maka dia akan meneguk hinanya kebodohan di sepanjang hidupnya

Barangsiapa yang tidak menuntut ilmu di masa muda

Maka bertakbirlah empat kali, karena sungguh dirinya telah wafat 

(Diwan al Imam asy Syafi’i, Dar al Kutub al ’Ilmiyah).

Kata Al Imam Ahmad rahimahullah :

الناس محتاجون إلى العلم قبل الخيز و الماء لأن العلم محتاجون إليه الإنسان في كل ساعة و الخبز و الماء في اليوم مرة أو مرتين

“Manusia sangat memerlukan ilmu melebihi keperluan terhadap roti dan air, karena ilmu diperlukan manusia di setiap saat. Sedangkan roti dan air hanya diperlukan manusia sekali atau dua kali”

 (Al Adab asy Syar’iyyah ).

Fitnah akhir zaman menghamparkan kepada kita kebenaran peringatan Nabi SAW :

سيأتي على الناس سنوات خداعات يصدق فيها الكاذب ويكذب فيها الصادق ويؤتمن فيها الخائن ويخون فيها الأمين وينطق فيها الرويبضة . قيل وما الرويبضة ؟ قال : الرجل التافه ؛ يتكلم في أمر العامة      رواه ابن ماجه

“Akan datang tahun-tahun yang dipenuhi penipuan. Pada saat itu, seorang pendusta justeru dibenarkan dan seorang yang jujur didustakan. Seorang pengkhianat malah dipercayai dan seorang yang amanah dikhianati. Pada saat itu, ar-ruwaibidhah akan berkata-kata. Para sahabat bertanya, “Apa ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Ar-rumwaibidhah adalah seorang yang (pada hakikatnya) dungu, namun berani bercakap mengenai urusan umat.”

HR Ibn Majah

Maka berilmulah....nescaya engkau di atas jalan keselamatan

ABi




No comments: