Jiwa kuat 6
Jiwa manusia jadi kuat...bila HATI ..
Ada keikhlasan dalam ubudiyyah ( pengabdian ) .......
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّـهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus
Al Bayyinah : 4
Keikhlasan melahirkan keyakinan mutlak padaNya...dan menjana istiqamah pada jalanNya...
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ ﴿١٥﴾
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.(15)
Al Hujurat : 15
Istiqamah yang menjadikan keredhaan Allah dan kehidupan akhirat sebagai tujuan akhir kehidupan. Susah payah hidup di dunia sedikit pun tidak menggusarkan jiwanya.
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿١٣﴾ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ خَالِدِينَ فِيهَا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١٤﴾ الأحقاف ١٣-١٤
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.(13) Mereka itulah penghuni-penghuni surga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan.(14)
Al Ahqaaf : 13-14
Keikhlasan meletakkan hanya Allah ta'ala matlamat dalam beramal saleh dan bukan pujian mahupun celaan manusia.
يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ (٥٤) المائدة ٥٤
yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. (54)
Al Maaidah : 54
وعن الفضيل بن عياض رضي الله عنه قال: ترك العمل لأجل الناس رياء والعمل لأجل الناس شرك والإخلاص أن يعافيك الله منهما
Fudhail ibnu 'Iyadh mengatakan, "Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya', beramal kerana manusia itu syirik, dan ikhlas itu bahawa Allah menyelamatkanmu dari keduanya"
قال أبو القاسم القشيري رحمه الله تعالى :
الإخلاص تصفية الفعل عن ملاحظة المخلوقين
Abul Qosim Al Qusyairiah juga mengatakan :
“Ikhlas adalah membersihkan amalan dari perhatian (ulasan) manusia.”
وعن ذي النون رحمه الله تعالى قال: ثلاث من علامات الإخلاص استواء المدح والذم من العامة ونسيان رؤية العمل في الأعمال واقتضاء ثواب الأعمال في الآخرة
Dari Dzun Nuun RahimahulLahu ta'ala, menyebutkan tiga tanda ikhlas:
1. Tetap merasa sama antara pujian dan celaan orang lain.
2. Melupakan amalan kebajikan yang dulu pernah diperbuat.
3. Mengharap balasan dari amalan di akhirat (dan bukan di dunia).
Hati yang terisi dengan keikhlasan pasti melahirkan jiwa yang kuat dan istiqamah perjuangan hingga akhir hayatnya.
فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا ﴿١١٠﴾
الكهف ١١٠
Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya"(110)
Al Kahfi : 110
No comments:
Post a Comment