Untuk para murabbi...para da'ie...muhasabahlah diri dan perilakumu berbanding diri Murabbi Agung Al Musthopa Rasulullah SAW dalam mendidik dan mengasuh para mutarabbi mu...
At Tirmizi di dalam kitab As Syamaail meriwayatkan dari Hassan bin Ali, bahawasanya ia berkata:
«قال الحسين: سألت أبي عن سيرة النبي صلى الله عليه وسلم في جلسائه فقال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم
Saiyyiduna Husain bin Ali radiyallahu 'anhumma berkata : " Aku pernah bertanya kepada ayahku ( Ali bin Abi Thalib ) tentang kehidupan Rasulullah SAW di tengah-tengah para sahabat Baginda. Dia menjelaskan: " Rasulullah SAW adalah
دائم البشر
Seorang yang berwajah ramah dan ceria
سهل الخلق، لين الجانب
Akhlaq dan perilaku yang yang lembut
ليس بفظ ولا غليظ ولا صخاب ولا فحاش ولا عياب ولا مشاح
Tidak pernah membuat jahat, ucapan dan perbuatannya tidak kotor, tidak suka memprotes dan mencela orang lain, tidak berlebih-lebihan dalam memuji
يتغافل عما لا يشتهي،
Mudah melupakan hal-hal yang tidak berkenan di hatinya ( tidak menyimpan dendam )
ولا يؤيس منه راجيه ،
Tidak memutuskan harapan orang lain
ولا يجيب فيه،
Berusaha membuat orang lain optimis
قد ترك نفسه من ثلاث: المراء والإكثار وما لا يعنيه ،
Berusaha menjauhi tiga perkara: perselisihan dengan orang lain ( dalam perkataan dan harta ), boros berkata-kata dan dengan harta, menjauhi segala sesuatu yang tidak bermanfaat.
وترك الناس من ثلاث: كان لا يذم أحدا ولا يعيبه ولا يطلب عورته ، ولا يتكلم إلا فيما رجا ثوابه
Menjauhi manusia daripada tiga perkara: mencela dan menghina orang lain, membuka aib( kejelekan ) orang lain, berbicara dengan orang lain tanpa manfaat
وإذا تكلم أطرق جلساؤه كأنما على رؤوسهم الطير ،
Jika Baginda bersuara, para sahabat akan menundukkan kepala mereka seakan-akan di atas kepala mereka terdapat suatu beban.
فإذا سكت تكلموا،
Apabila Baginda diam barulah para sahabat berbicara
لا يتنازعون عنده الحديث،
Mereka tidak berselisih pandangan di hadapan Baginda
من تكلم عنده أنصتوا له حتى يفرغ،
Siapa pun berbicara dengan Baginda, sahabat yang lain akan diam memerhatikan hinggalah orang itu selesai berbicara
حديثهم عنده حديث أولهم،
Baru disusuli oleh perbicaraan yang berikutnya
يضحك مما يضحكون منه
Baginda akan tertawa hanya apabila mereka tertawa
ويتعجب مما يتعجبون منه
Baginda mengkagumi sesuatu yang dikagumi oleh mereka
ويصبر للغريب على الجفوة في منطقة ومسألته، حتى إذا كان أصحابه ليستجلبونهم .
Baginda bersabar atas sikap kasar dan permintaan orang asing
( yang belum mengenali Baginda ), hingga para sahabat pun ikut memerhatikan permintaan orang asing tersebut.
«ويقول: إذا رأيتم طالب حاجة يطلبها فأرفدوه .
Baginda bersabda: " Apabila kamu melihat seseorang yang mencari sesuatu yang diperlukan , maka bantulah ia ".
ولا يقبل الثناء إلا من مكافىء ،
Baginda tidak menerima pujian atas apa yang tidak Baginda kerjakan
ولا يقطع على أحد حديثه حتى يجوز فيقطعه بنهي أو قيام» .
Baginda tidak suka memotong perbicaraan orang lain kecuali pada perkataan-perkataan yang tidak baik sehingga Baginda dapat mencegahnya atau Baginda terus berdiri lalu meninggalkannya.
Subhanallah...agung sungguh akhlaq dan perilaku mu wahai Kekasih Allah....
Ingatlah...
Sesungguhnya ...dakwah adalah qudwah...tarbiyyah adalah qudwah...
ABi
No comments:
Post a Comment