Jiwa kuat 1
Jiwa manusia jadi kuat .... Bila HATI ...:
Ada makrifatullah ( kenal Allah ) .......
Kenal Allah dengan aqal dan hati....bukan semata-mata dengan secara ilmiyyah - kenal sifat-sifat dan asmaullah al husna, juga merasai sentuhan dan belaian rahmatNya, menyaksikan keagungan qudrat dan iradatNya dengan hati dan perasaan sehingga membuahkan keterikatan ma'iyyatullah ( معية الله ) kebersamaan denganNya, mengikat teguh ketenangan dan istiqamah dalam jiwa seorang hamba...
الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ ﴿٧٨﴾ وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ ﴿٧٩﴾ وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ﴿٨٠﴾ وَالَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ ﴿٨١﴾ وَالَّذِي أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ ﴿٨٢
(Iaitu Tuhan) Yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku,(78)
dan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku,(79)
dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,(80)
dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali),(81)
dan Yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat".(82)
As Syu'araa: 78-82
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ ﴿١﴾ خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ ﴿٢﴾ اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ ﴿٣﴾ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ ﴿٤﴾ عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,(1)
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.(2)
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,(3)
Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,(4)
Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.(5)
Al 'Alaq : 1-5
عن أبي ذر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إني أرى ما لا ترون وأسمع ما لا تسمعون أطت السماء وحق لها أن تئط ما فيها موضع أربع أصابع إلا وملك واضع جبهته ساجدا لله والله لو تعلمون ما أعلم لضحكتم قليلا ولبكيتم كثيرا وما تلذذتم بالنساء على الفرش ولخرجتم إلى الصعدات تجأرون إلى الله...
روى الإمام أحمد والترمذي وابن ماجه
Daripada Abu Zar berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku dapat melihat apa yang kamu tidak lihat dan aku mendengar apa yang kamu tidak dengar. Langit merintih dan memang ia mempunyai hak untuk merintih. Tidak ada padanya (langit itu) walau selebar empat jari melainkan ada malaikat meletakkan dahinya sujud kepada Allah. Demi Allah! Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, pasti kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis, kamu tidak akan bersedap-sedap dengan isteri-isteri di atas ranjang dan kamu pasti akan keluar menuju ke jalan-jalan untuk tunduk memohon pertolongan kepada Allah”.
Semakin kenal Allah..semakin bertambah ibadah seorang hamba. Bila bertambah ibadah maka semakin dekat kepadaNya. Melimpah ruah lah rahmat dan kasih sayang Nya pada hamba tu lantas memperkukuhkan jiwanya .... Untuk terpilih menjadi para penolong agama Nya.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن الله تعالى قال من عادى لي وليا ، فقد آذنته بالحرب وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه ، ولا يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه ، فإذا أحببته ، كنت سمعه الذي يسمع به ، وبصره الذي يبصر به ، ويده التي يبطش بها ، ورجله التي يمشي بها ، ولئن سألني لأعطينه ، ولئن استعاذني لأعيذنه ، .
رواه البخاري .
Dari Abi Hurairah RA katanya, telah bersabda Rasulullah saw : Sesungguhnya Allah swt telah berfirman:
"Barangsiapa yang menyakiti wali-Ku , maka Aku isytiharkan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan keatasnya. Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku-lah yang menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya; Dan sesunggunya, jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya."
(Riwayat Imam Bukhari)
No comments:
Post a Comment